Umum mengetahui bahawa balu kepada Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali telah menang kes saman fitnah yang difailkan terhadap adik iparnya,Ali Puteh.
Sejurus itu, Hidayah menunaikan hajat membeli buah di untuk sedekah kepada surau atas kemenangannya kes itu.
Riak wajah yang tenang, dalam video berkenaan mengucapkan dia meluahkan rasa terima kasih yang mendoakan diri dan anaknya.
“Terima kasih mendoakan saya dan Hamzah. Hari ini ke kedai buah. Nak beli buah dan sedekah untuk orang masjid. Alhamdulillah. Lepas hajat.”
Pada masa yang sama turut menulis kapsyen ringkas dengan mengucapkan rasa syukur .
“Alhamdulliah terima kasih Ya Allah terima kasih semua yg mendoakan #alhamdulillah #menangkesmahkamah #allahbersamaku #lovemyfamily #al_fatihahsuamiku
Dalam pada itu, meninjua di ruangan komen mendapati warganet mengucapkan tahniah atas kemenangannya itu. Serta mendoakan ibu tunggal ini dan anaknya tabah meneruskan cabaran hidup.
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
Ads
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bintang Kecil:Pening kepala melihat telatah adik-adik BK kumpul marshmallow tapi kecoh satu kampung dibuatnya. Agaknya siapa yang menang cabaran kali ini? Mari kita saksikan.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Oleh kerana sikap suami yang tidak membenarkan isterinya mendapatkan rawatan susulan di sebuah hospital selepas bersalin, doktor ini melahirkan rasa kebimbangan mengenai ancaman nyawa pesakitnya yang boleh menggugat nyawat jika berlaku sebarang komplikasi yang diluar jangkaan.
Malah beliau melalui laman facebooknya Alifnunwau Nymous juga terkilan dengan sikap suami wanita berkenaan yang egois yang tidak bertempat tanpa mengambil berat kesihatan mereka. Sebagai pegawai perubatan, beliau hanya mampu memberi nasihat supaya pesakitnya bertindak segera.
Ikuti perkongsian ini, semoga bermanfaat sebagai panduan hidup.
Puan, awat takmau ambik darah anak?” Aku tanya seorang ibu.
Anaknya sudah berusia 42 hari. Kuning masih belum turun sepenuhnya. Namun dia tidak mahu ambil darah untuk periksa fungsi hati anaknya.
(Baca : kuning berpanjangan pada bayi -melebihi 14 hari bagi cukup bulan dan 21 hari bagi pramatang, perlu diperiksa darah untuk memastikan tiada masalah dengan hatinya)
Si ibu menggeleng. “Takpalah doktor. Ayah dia kata tunggu baby besar sikit”
Besar sikit? “Nak tunggu besar mana. Dah lebih lama dah ni.. kuning tak turun-turun..”
Aku kemudian terangkan tentang mengapa perlu diambil darah, kemungkinan masalah yang ada serta risikonya. Ibu angguk faham. “Tak apalah doktor, suami saya tak bagi”
Aku menarik nafas. Rupanya suami tak bagi. Si ibu pula, merupakan high risk case.
Melahirkan anak secara pembedahan kecemasan disebabkan ‘severe Pre eclampsia (tekanan darah tinggi hampir menyebabkan sawan), complicated with cardiomyopathy and APO (kesan kepada paru-paru dan jantung). Masuk ICU beberapa hari dan memerlukan bantuan oksigen bertekanan tinggi.
Lepas lahirkan anak, si ibu tidak datang jumpa doktor-doktor pakar seperti yang dijanjikan.
Punya la bahaya keadaan dia. “Puan.. puan tak pergi hospital sebelum-sebelum ni sebab suami tak bagi juga ke?”
Sengaja aku tanya. Mengagak. Sebab anak tak ambil darah pun sebab suami tak bagi juga.
Dia angguk. Aku; yang sudah cukup penat pada hari itu. Hanya mampu nasihat.
Aku terangkan pada ibu mengapa perlu jumpa doktor pakar. Mengapa dia adalah ibu berisiko tinggi. Mengapa perlu rancang keluarga. Mengapa perlu optimumkan kesihatannya.
Ibu pula masih muda. 20an. Ibu angguk faham dan akhirnya bersetuju untuk dirujuk semula (setelah default),
ANAK TAK CUCUK, SUAMI TAK BAGI
Selepas beberapa ketika, hampir bersurai. Aku lupa tanya satu benda.
“Anak dah cucuk ke?”Dia geleng. Bila aku tanya kenapa. Dijawab hari tu anak selsema. Hari ni tak payah lagi lah.
Setelah dikorek dan dikorek, baru si ibu mengaku. “Suami saya tak bagi lagi doktor”
Aku : yang dalam keadaan tenang terus rasa nak keluar asap di telinga. Huhu.
“Eh siapa yang sakit ni” “Suami duk tak bagi puan pergi hospital, dia ke nak tanggung sakit atau puan? Dia tak bagi anak vaksin, dia yang akan tanggung ke anak puan?”
Aku terkilan sangat masa tu. Terkilan dengan sikap seorang suami.
Seorang suami yang sepatutnya memimpin keluarga. Tapi akhirnya dia tak sedar dia menzalimi isteri sendiri dan anaknya.
Isteri jika tidak dijaga, tidak dipantau, bagaimana jantungnya? Bahkan mengancam nyawa.
Anak kuning berpanjangan, tidak dibenarkan diperiksa, tak dibenarkan imunisasi, pernah suami berfikir kesannya?
Yang Menanggung Itu Bukannya Dia. Tapi Anak Dan Isterinya. Aku menarik nafas.. Aku tahu isteri barangkali tersepit.
“Saya minta maaf.. saya tahu puan tersepit.. saya pun mampu nasihat je puan. Tapi jujur saya kesian kat puan. Suami tak bagi buat semua benda dan menyebabkan puan dan anak jadi mangsa”
Si ibu senyap. Ibu kepada ibu tadi juga senyap (ibu muda ini datang bersama ibunya”
“Saya cuba nasihat dia doktor.. saya pun takut juga” Si nenek bersuara.
Si ibu muda tunduk. Tak pasti apa dia fikir atau rasa.
“Tak apa saya cuba pujuk suami saya dulu” .Aku tahu mereka semua tersepit.
Oleh kerana seorang suami dan ayah yang tidak berfikir panjang, tidak mencari ilmu dan tidak bersikap adil pada anak dan isterinya.
Jujur aku kecewa. Kasihan pada isteri dan anak yang terpaksa ‘tunduk’ tanpa dibela..
Ingatlah kita manusia, baik siapapun dan di manapun posisinya, ada amanah dan tanggungjawab yang besar di belakang kita.
Begitulah lelaki, akad yang dilafazkan membawa tugas yang berat di sebaliknya. Ada tanggungjawab yang amat besar di sebalik nama seorang ‘ketua’. Merekalah pemimpin, pembimbing dan pelindung buat keluarga.
Mohamed Danish Hakim merupakan anak kepada Norman Hakim dan bekas isterinya Abby Abadi.
Selain memiliki wajah dan tubuh yang menarik, personalitinya juga boleh dijadikan contoh kepada anak muda yang lain.
Menerusi perkongsian video miliknya baru-baru ini, penampilan Danish Hakim mendapat perhatian orang ramai.
Ini berikutan Video yang dimuatnaik di Instagramnya ketika menyertai program Geng Ngaji Musim ke-3 secara dalam talian meraih perhatian ramai.
Menerusi program tersebut, suara Danish mengaji surah An-Nahl ayat 12 di dalam program tersebut cukup merdu Dan sedap didengari.
Bacaan Danish yang jelas dan betul semua tajwidnya ini serta suaranya yang merdu mendapat pujian daripada Sheikh Abdul Karim Al-Makki. Siap imam bertanya bila boleh menjadi makmum Danish.
Bahkan,mendengar alunan surah yang di baca itu membuatkan ustazah Farhatul Fairuzah dan ustaz Fakhrul Radhi turut memuji Danish pandai bertaranum dan memberi nilai markah mumtaz bagi bacaan surah tersebut.
Walaupun dipuji pandai mengaji namun Danish menunjukan bersikap merendah diri.
Dia juga sempat menitipkan pesanan supaya tidak tinggalkan quran dalam apa jua yang dilakukan.
Sejak pendemik melanda dan lebih-lebih lagi menjelang Lebaran, adanya sekatan tidak boleh pulang ke kampung untuk meraikan Hari Raya bertemu orang tersayang. Pastinya pengumuman yang dibuat oleh pihak pemerintah membuatkan ramai rakyat berasa kecewa, marah dan bersedih hati.
Pun begitu, membaca satu perkongsian di facebook, Najibah Mustaffa ada berkongsi pandangannya dari sisi berbeza. Ini perkongsiannya dan sebaiknya kita cuba terima setiap ujian ini dan pastinya sambutan raya tahun ini akan menjadi satu lagi nostalgia dan memori yang akan disebut-sebut di masa akan datang.
Ini yang dikongsikan oleh Najibah.
PKP 3.0. Ramai yang marah dan geram dengan keputusan mengejut begini. Rentas negeri, rentas daerah, bahkan nak rentas pagar rumah jiran pun tak boleh. Allahu, sungguhlah ia ujian emosi, ujian sabar, ujian lidah dan jari jemari juga buat kita di hujung Ramadhan begini.
Saya pun sedih. Geram pun ada lah juga bab mengejut gini. Cumanya saya fikir. ‘Orang atas’ tentu tidak mahu buat keputusan tidak popular begini. Dikecam sana sini. Sampai ada rakyat sebut “takpe tak bagi aku balik raya. Nanti pilihanraya tunggu, aku tak bagi undi”. Ha lebih kurang macam itu.
Ia tentunya dibuat atas pelbagai pertimbangan, maslahah nyawa lebih besar daripada keinginan kita semua untuk bergembira di Aidilfitri. Kata orang, ibarat tarik rambut daripada tepung. Rambut tak putus, tepung tak bersepah. Ia kerja sukar.
Selalu dah dengar ceramah tentang akhir zaman. Keadaan manusia nanti macam mana. Terasa seperti ia permulaan kepada keadaan itu. Jadi nak marah, bergaduh, keadaan jadi serba tak kena. Entah bagaimana ye keadaan tahun tahun mendatang.
Bab raya ni. Saya cuma fikir begini untuk pujuk hati. Sudah berpuluh tahun Allah beri kita keseronokan berhari raya. Packing beg baju, balik kampung. Tempuh perjalanan jauh sambil dengar lagu raya. Bila terperangkap jammed tu. Dia menambahkan memori raya kita. Memang indah.
Tapi itulah. 2 tahun ini Allah uji kita begini. Bukan kita saja. Pandemik satu dunia. Jadi kita pujuk pujuk hati, duduk sekejap fikir yang baik dan besarkan syukur. Syukur ya Allah, kita masih sihat. Paling kurang ada pasangan dan anak-anak depan mata. Mak ayah dan adik beradik yang jauh dimata, kita rentas ke hati mereka dengan doa insyaallah. Ada saudara kita di luar sana Aidilfitri mereka di katil hospital, sedang bertarung nyawa.
Dan bila raya di rumah sendiri begini. Kita wujudkan suasana itu. Ajaklah pasangan dan anak-anak. Kemas rumah, pasang lagu raya. Lagu raya Dato’ Alif Syukri tengah trending katanya.
Ceritakan kepada anak-anak bagaimana sunnah Rasulullah saw menyambut Aidilfitri – pada ruang terbatas yang boleh kita lakukan.
Bawa jiwa emak-emak, sediakan juga menu raya. Raikan anak-anak yang gigih berpuasa. Biar mereka rasa gembira. Masak lebih pun tak apa. Boleh hantar ke rumah jiran. Sangkut dipagar boleh, jaga jarak sosial.
Malam malam pasang pelita ke, lampu liplap ke. Ajak anak isi kuih raya dalam balang. Walaupun nantinya kita anak beranak je yang ulang makan. Malam raya kita takbir sama-sama. Buat macam kita selalu buat tu bila balik kampung. Cuma bezanya kali ini ia berlaku di rumah kita.
Baju raya tu kita pakai je lah. Bergambar kenangan sekeluarga. Nanti nantinya ia akan jadi memori mahal.
“Dulu tahun 2021 semua kita raya di rumah masing masing je”.
Ada perkara di luar kawalan kita. Dan ketika itu kita pilih untuk buat apa yang kita boleh.
Terjumpa satu quote yang beri semangat juga kepada saya.
“If you are patient in one moment of anger, you will escape a hundred days of sorrow”.
Bab sabar, redha ini pun dalam alQuran banyak ayat yang memotivasikan. Insyaallah, kita mulakannya sekali lagi. Sama sama. Kita yakin satu perkara, buat sama sama dan berjemaah ini ada kekuatan padanya. Insyaallah.
Dan dalam munajat kita di hari hari akhir Ramadhan ini. Doakan juga frontliners agar mereka terus kuat. Katil ICU pun dah sampai tahap maksimum tu. Mereka penat lama dah. Dan mereka pun ada keluarga. Raya nanti pun mesti ramai frontliner kena kerja. Kan?
Barangkali asbab doa doa kita yang bersatu. Allah beri jaluran rasa yang kuat kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan sebaiknya. Aamin.
Catatan selepas Subuh. Dan status ini pun barangkali tidak popular. Cuma berkongsi isi hati dengan niat menguatkan rasa.