Ainul Mardhiah, buah hati rakyat Malaysia yang pernah menjadi viral kisah pendertiaan si kecil yang ada kanser mulut Germ Cell Tumor sehingga membuatkan sesiapa sahaja melihat pasti menitiskan air mata.
Kisah kejayaan adik Ainul yang kuat semangat sehingga berjaya dalam pembedahan membuang ketumbuhan tersebut semasa dia berusia 10 bulan di United Kingdom benar-benar disyukuri oleh semua rakyat Malaysia tak kira agama dan bangsa.
Kini Ainul Mardhiah yang sudah mencecah usia empat tahun sentiasa mencuri hati setiap orang yang saban hari tidak pernah putus mendoakan kesihatan dan kebahagiaannya di posting mengenai Ainul di Instagram ibu dan bapanya.
Sememangnya Ainul sangat bertuah kerana bukan sahaja disayangi mama dan walid serta ahli keluarganya malahan seluruh rakyat Malaysia yang sememangnya berhati mulia dan prihatin.
Terkini, mama Ainul, Nurul Erwani berkongsi perkembangan terbaharu buah hati kesayangannya di Instagram.
Erwani memberitahu dia bersyukur kerana keadaan pipi sebelah kanan Ainul sudah sama saiz dengan sebelah kirinya.
Jika sebelum ini doktor pernah menulis dalam laporan perubatan untuk membuat rawatan membetulkan urat-urat tisu di pipi kanan Ainul yang tidak sama saiz.
Tetapi dengan kuasa Allah SWT, keadaan pipi Ainul elok dengan sendirinya.
Alhamdulillah. Nampak tak muka Ainul dah sama pipi dia sebelah kanan dan sebelah kiri dia. Dulu waktu lepas operation nampak bengkak pipi sebelah kanan Ainul. So doktor letak dalam report untuk betulkan urat-urat tisu dekat pipi Ainul biar sama. Tapi kuasa ALLAH, dah elok dengan sendirinya
Hati ibu mana yang tak bahagia dan bersyukur melihat satu demi satu perkembangan positif si anak yang pernah menderita sakit sejak lahir lagi.
Ainul sememangnya seorang anak yang kuat semangat dan aktif. Ada sahaja gelagat Ainul bersama adiknya Umar yang dikongsi Erwani di Instagram.
Telatah Ainul memang menghiburkan dengan keinginan dia yang suka mencuba pelbagai perkara sama seperti kanak-kanak lain.
Semoga Ainul terus membesar sihat dan gembira sama seperti kanak-kanak lain dan kedua ibu bapa Ainul diberikan kekuatan dan kesabaran untuk membesarkannya.
Sumber: IG _nrlerwani