“Alhamdulillah, Kawan Sampai Kahwin.” Janggal Lepas Kahwin Nak Panggil Apa, Caption Pasangan Ini Undang Lucu Di Hati Netizen.

Share

Jodoh pertemuan, ajal maut semuanya ditentukan olehNya. Kita hanya melaksanakan apa yang Dia rancang.

Bagi pasangan merpati sejoli ini, mereka yang awalnya hanya berkawan, siapa sangka mereka akhirnya bergelar suami isteri.

Kisah pasangan yang dikenali sebagai Zati Zaini dan pasangannya Ammar Azlan yang telah diijabkabulkan baru-baru ini.

Apa yang menariknya, caption yang dimuat naik di laman instagramnya mengundang kelucuan di hati netizen.

“Alhamdulillah, kawan samapi kahwin,” demikian kapsyen ringkas tapi bermakna yang ditulis oleh Zati Zaini.

Alhamdulillah dengan sekali lafaz saya sah bergelar isteri kepada @ammar_azlannn . Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami. Yey we did it! ?
#zatizainixammarazlan

Dalam pada itu, sang isteri turut berseloroh kononnya keliru untuk memberikan gelaran apa kepada suaminya.

 

Dalam satu perbualan antara mereka, si isteri tersasul membahasakan diri ‘Aku’ namun segera diperbetulkan olehnya setelah ditegur suami. so sweet kan mereka ni.

Berpeluang menemu bual pengantin baru ini, menurut Zati atau nama sebenarnya Nurul Izzati binti Zaini dan suami Muhammad Ammar bin Azlan masing-masing berumur 22 tahun.

“Kenal lepas Spm. Dah lama sebenarnya dia cuba berkawan dengan saya dari zaman sekolah lagi. Dia tegur di wechat cuma saya tak layan lagi masa tu. Satu hari saya pergi ke kedai makan , tak sangka di berkerja di situ. Dia pun tegur saya “eh zatizaini , kenal aku tak?”

“Lepas balik je dari kedai makan dia terus wechat saya maklumlah waktu tu kami hanya menggunakan applications wechat,” cerita Zati lagi ketika di temu bual Majalah Keluarga.

Bermula sebagai kawan biasa, mereka kemudiannya mulai rapat dan selesa berkawan.

“Lepak makan sama sama. Susah senang sama sama. Kami kumpul duit sendiri sama sama dan mulakan business kecil kecilan sama sama.

“Kami berniaga ayam (@spicychicky) di tepi jalan sama sama. Tak sangka rezeki Allah bagi dapat sambutan dari orang ramai , Alhamdulillah kami berjaya buka 4 branch sekarang.

“Bila rasa dah stabil Ammar pun berhasrat untuk pinang saya pada 25 Decembar tahun lalu dan kami bernikah pada 1 Mac 2019,” ungkap Zati lagi. 

Sumber: IG zatizaini__