Media sosial pagi ini dihujani dengan berita Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyambut keputeraan putera kedua. Baginda berkongsi berita tersebut dengan memuatkan sekeping gambar bersama isteri dan puteranya.
Pasangan diraja yang disatukan pada 2014 sebelum ini dikurniakan puteri dan putera iaitu Tunku Khalsom Aminah Sofiah serta Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail.
Turut berkongsi berita yang sama, Che Puan Khaleeda Bustamam yang memilih bersalin di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru sudah dibenarkan pulang ke kediaman bagi menjalani sesi berpantang.
Menerusi laman Instagram, Che Puan Khaleeda menzahirkan ucapan terima kasih kepada doktor dan kakitangan hospital yang terlibat dalam melancarkan proses kelahiran tersebut.
Dalam pada itu, rata-rata netizen melahirkan rasa bangga dan memuji pasangan diraja ini kerana memilih hospital kerajaan berbanding di swasta bagi melahirkan cahaya ketiga itu.
Sumber: IG ymchepuankhaleeda & hrhcrownprinceofjohor