“Alhamdulillah Hari Ni Takda Rotan Kat Sebelah.” Tak Kisah Belajar Mengaji Dengan Isteri, Tomok Raih Pujian Ramai!

Share

Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak-anak. Kerana itu, bab mendidik anak-anak tidak diabaikan.

Demikian juga dengan penyanyi, Tomok yang berkongsi foto dilaman Instagramnya yang menunjukkan isterinya, Siti Rahayu Abas sedang mengajar anak-anak mereka mengaji.

Namun yang menariknya perkongsian baru-baru ini mendapat perhatian orang ramai kerana foto  tersebut turut menunjukkan Tomok atau nama betulnya Shah Indrawan Ismail dilihat sedang mengaji bersama isterinya.

Apa yang membuatkan warganet terhibur adalah kapsyen yang dimuatnaik Tomok yang mana dia meluahkan rasa lega apabila isterinya pada hari itu tidak memegang rotan berbanding foto sebelumnya.

“Alhamdulillah hari ini tiada rotan di sebelah” tulis penyanyi berkenaan di ruangan kapsyen.

Rata-rata memuji Tomok kerana tidak segan untuk belajar dengan isterinya sendiri.

mila_jirin ALHAMDULILLAH SO SWEET
cudacutie Alhamdulilah..isteri & ibu yg hebat… serba serbi hebat ayu ni..syukur dpt isteri hebat cmtu.
fatimah.arisha Gmbr ketiga tu 😂 Ikut turutan ek? 😅 Good effort bro 🙌
nanirohayu Ya Allah bagusnya tomok n family
marinaahmaf alhamdulilah,dibu ajarkan
hajardanisha87Sweetnyaaa abg tomok dgn kak ayu 😍😍

Sumber: tomokofficial

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club