“Alhamdulillah Di Usia Perkahwinan Ke 3 Tahun Kami Sedang Tunggu Kehadiran Ahli Baru.” Sari Yanti Umum Hamil 6 Bulan

Share

Biarpun pernah mengalami keguguran dua kali sebelum ini, namun rezeki pasangan sama cantik sama padan ini menimang anak akhirnya dimakbulkan.

Semalam, Sari Yanti dalam satu perkongsian memuat naik sekeping gambar bersama Jep dan anak. Sekali gus mengumumkan dirinya sedang berbadan dua.

Untuk rekod, Sari sebelum ini pernah menjalani pembedahan membuang sebelah tiub fallopiannya yang rosak.

Esok anniversary kami yang ke 3 . Ya Allah rahmatilah perkahwinan @jepsepahtu dan @sariyanti di dunia hingga akhirat. amin ❤ .

Alhamdulillah dalam perjalanan kami di usia perkahwinan yang ke 3 tahun kami sedang tunggu kehadiran ahli baru .. insyaallah. Kami bersyukur dan ucapkan terima kasih banyak banyak atas doa yang baik dari anda semua. Semoga Allah balas yang lebih baik buat anda sekeluarga 🤗


Kakak tak penah kisah @jepsepahtu rambut panjang ke pendek. Mana mana pun sayangnya sama. Hatinya sama. Tak ada beza. I love you Husband @jepsepahtu . Happy 3rd Anniversary 💋❤

Nota kaki : my 6th pregnancy. #6monthpregnant

Sumber: IG sariyanti