“Alhamdulillah, Dah Jadi Daddy Dah. Lengkap Satu Famili. ” Intan Ladyana Selamat Melahirkan Bayi Perempuan. Tahniah!

Share

Pelakon Intan Ladyana  selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan .

Khabar gembira itu dimuatnaik suaminya  yang juga pelakon, Harris Alif menerusi satu perkongsian di InstaStory .

Malah, dia juga turut memuatnaik foto bersama Intan Ladyana dan bayi perempuan mereka di dalam wad berkenaan.

Dalam kapsyennya, Harris meluahkan rasa syukur serta berterima kasih kepada orang ramai di atas doa dititipkan buat isteri dan bayi mereka..

“31.1.2022 Alhamdulillah.. Puteri sulung daddy & mommy. Terima kasih semua atas doa-doa yang baik,” ujarnya lagi dikapsyen.

Dalam pada itu,Intan turut memuatnaik khabar yang sama di laman Instagramnya.

Dalam pada itu, ruangan komen dihujani ucapan tahniah daripada  rakan artis dan follower pasangan itu. Masing-masing mendoakan agar bayi pasangan ini menjadi anak solehah.

Pasangan ini diijabkabulkan pada 5 Februari Tahun lalu. Perbezaan usia 17 tahun tidak menjadi penghalang buat mereka untuk bergelar suami isteri.

Disember lalu, Intan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh selepas disahkan positif COVID-19 dan menjalani rawatan selama lapan hari sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

Sumber: harrisalif& intanladyana


ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami

ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah

“Selepas 35 Tahun, Bertemu Jua Pemilik Tulang Rusuk.” Mas Kahwin Senaskhah Al-Quran, Heliza Helmi Selamat Bergelar Isteri

BACA INI JUGA : Anak Ramai Tak Salah, Itu Rezeki. Jangan Salahkan Mereka Kalau Kita Tak Terurus. Deep Perkongsian Ibu Ni!


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara