“Alhamdulillah Daddy Sihat, Semangat Perjuangan Daddy Masih Kuat” – Noryana Najib

Share

Secara rasmi, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najis Razak sedang menjalani hukuman penjara sejak Selasa lalu, Datuk Seri Najib Tun Razak masih menyesuaikan diri menjalani kehidupan baharu di sebalik ‘tirai besi’ itu.

Pastinya rakyat Malaysia tertanya-tanya bagaimana keadaan Datuk Seri Najis Razak dalam penjara dan tertunggu perkembangan terkini dari ahli keluaga terdekat beliau.

Menurut perkongsian anaknya, Nooryana Najwa menerusi Instagramnya malam tadi,  bapanya sedang membiasakan rutin baharu di Penjara Kajang, yang sememangnya berbeza dengan jadual harian yang padat.

“Hari ini (semalam), wakil dari barisan peguam dapat bertemu dengan daddy di Penjara Kajang.

“Alhamdulillah daddy dalam keadaan sihat dan semangat perjuangan daddy masih kuat.

“Keperluan asas daddy juga telah diberikan dan daddy sedang membiasakan diri dengan rutin baharu yang berbeza dengan jadual bossku yang sentiasa padat,” katanya.

Menurutnya lagi, mereka sekeluarga akan dapat bertemu dengan Najib di Mahkamah Kuala Lumpur susulan perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini.

“Yana rasa ini kali pertama kami menanti kehadiran daddy di mahkamah kerana saya dan keluarga dapat meninjau keadaan daddy walaupun dari jauh,” ujarnya.

Dia juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada pegawai dan pengawal di Penjara Kajang yang mengambil berat mengenai keadaan bapanya.

“Kami sangat hargai keprihatinan mereka. Sekian saja perkembangan terkini dari saya dan keluarga,” tambahnya.

Sebelum itu, Nooryana sempat memuatnaik satu gambat tali leher milik bapanya, jelas tidak dinafikan kerinduan dan kasih seorang anak kepada bapa sangat utuh.

Selasa lalu, Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib kerana menyeleweng dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Dalam pada itu, beliau juga akan menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dan 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan jumlah yang sama.

Perbicaraan bagi kes tersebut sedang berlangsung ketika ini.

kredit : instagram yananajib