Semalam, pelakon dan usahawan muda, Aeril Zafril berkongsi situasi dirinya yang sudah bebas dari Covid-19. Aeril sebelum ini disahkan positif wabak Covid-19 dan diarahkan menjalani kuarantin di rumah selama 10 hari.
Memetik laporan Harian Metro Aeril sebelum ini turut menjalani swab kali kedua sebelum disahkan bebas wabak berkenaan.
“Alhamdulillah, hasil ujian saya negatif hari ini. Semalam juga adalah hari terakhir saya menjalani kuarantin.
“Sepanjang kuarantin kendiri di rumah, aktiviti saya menonton televisyen, layan media sosial, beribadat dan tidur. Saya memang tak keluar bilik langsung sebab ada anak kecil di rumah.
“Setiap hari saya berkomunikasi dengan isteri dengan menghubunginya atau buat panggilan video dengan anak-anak. Kalau Wawa hantar makanan pun, dia hanya ketuk pintu bilik saja. Dia tak masuk dalam pun,” katanya.
Dalam satu perkongsian di laman instagramnya, Aeril memuat naik gambar mereka sekeluarga.
Alhamdulillah atas doa anda semua. Semalam hari last saya kuarantin..
Akhirnya boleh peluk diaorang mcm biasa 😊
Biarlah gambar diaorang tak ready ke apa. Yg penting gambar aku on point,” ujar Aeril yang sempat lagi bergurau sehingga membuatkan warganet terhibur.
Dalam pada itu, rata-rata gembira suami kesayangan Wawa Zainal ini sudah pulih dan bebas dari Covid-19.
Aeril sebelum ini disahkan positif covid-19 dan menjalani kuaranti di rumahnya. Sepanjang proses kuarantin, Aeril aktif berkongsi video yang membuatkan warganet terhibur.
Sumber: aeril_zafrel