“Alhamdulillah, Berkat Doa Semua.” Selamat Lahirkan Bayi Lelaki, Siti Sarah Masih Belum Sedarkan Diri!

Share

Penyanyi Siti Sarah Raisuddin selamat melahirkan anak keempat yang juga bayi lelaki secara pembedahan kira-kira jam 5 petang tadi.

Menurut pengurus Sarah, Nana Mohd Rom, keadaan penyanyi itu bagaimanapun masih sama dan belum sedarkan diri.

“Untuk makluman Siti Sarah telah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 5 petang tadi. Bagaimanapun keadaan Sarah masih belum sedar.

“Mohon doa semua untuk dipermudahkan segala urusan,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Sarah sebelum itu terpaksa ditidurkan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) setelah paras oksigen dalam badannya semakin menurun pada pagi Jumaat.

Pelantun lagu Kesetiaan  itu dikejarkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM sebelum ini dikenali sebagai HUKM) pada malam Rabu.

Sementara itu, Shuib juga turut berkongsi situasi kesihatab isteri nya itu.

Untuk  rekod, Sarah, Shuib serta tiga orang anak disahkan positif Covid-19 pada 25 Julai lalu setelah pembantu rumah dijangkiti virus itu.

Semoga Sarah kembali pulih seperti sedia kala dan dipermudahkan urusan.


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web  https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya! Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster