Penyanyi Siti Sarah Raisuddin selamat melahirkan anak keempat yang juga bayi lelaki secara pembedahan kira-kira jam 5 petang tadi.
Menurut pengurus Sarah, Nana Mohd Rom, keadaan penyanyi itu bagaimanapun masih sama dan belum sedarkan diri.
“Untuk makluman Siti Sarah telah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 5 petang tadi. Bagaimanapun keadaan Sarah masih belum sedar.
“Mohon doa semua untuk dipermudahkan segala urusan,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Sarah sebelum itu terpaksa ditidurkan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) setelah paras oksigen dalam badannya semakin menurun pada pagi Jumaat.
Pejam celik pejam celik dalam sedar tak sedar, rupanya kita menghampiri penghujung tahun. Berbaki beberapa bulan lagi ke tahun baharu dan tentunya anak kita akan bertambah umurnya. Mungkin ada antaranya akan menjejakkan keki ke bangku sekolah.
Pastinya dalam memilih sekolah, kita sebagai ibu ayah mahukan anak-anak mendapat pendidikan yang terbaik.
Maka perkara pertama yang diberi perhatian adalah dalam membuat pilihan sama ada ingin menghantar anak di Sekolah Kebangsaan biasa, bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau sebagainya.
Berpandukan keputusan yang dibuat, ia akan menentukan langkah seterusnya yang perlu diambil oleh ibu dan ayah bagi mempersiapkan anak-anak.
Tidak dinafikan juga, pasti akan timbul delima dan keraguan di hati, ada pro dan kontra sebagaimana yang telah dikongsikan oleh seorang ibu bernama Puan Farawahida Dzulkifli. Difahamkan dia telah pun menghantar anaknya bersekolah di SJKC.
Jom semak apa katanya.
Ibubapa yang mempunyai anak yang bersekolah di Sekolah Cina or SJKC mesti korang rasa apa yang Sis Fa rasa kan?
First thing first. Kenapa Sis Fa nak hantar anak ke sekolah Cina ya?
Zaman Sis Fa muda dahulu Sis Fa lebih ramai kawan yang berbangsa Cina. Oleh itu Sis Fa memang bertekad untuk menghantar anak Sis Fa untuk mempelajari bahasa Cina. Sis Fa memang tidak tahu berbahasa Cina langsung.
Dari pengalaman Sis Fa lah lagi banyak pertuturan bahasa yang kita kuasai, lebih cerah dan lebih mudah untuk kita di masa hadapan.
Hebat bukan jika anak kita boleh berkomunikasi/ menguasai Bahasa Cina dengan fasih?
Bermula seawal umur anak Sis Fa empat tahun Sis Fa menghantar anak Sis Fa ke tadika Cina sehinggalah umurnya 6 tahun.
Tahun 2017 adalah tahun pertama anak Sis Fa menjejakkan kaki ke Tahun Satu. Nervous dan macam- macam perasaan ada tapi Sis Fa memang dah tekad untuk meneruskan pengajian anak Sis Fa ke sekolah Cina.
Tahun 2018 ini adalah tahun kedua. Alhamdulillah Sis Fa tetap teruskan. So far semua nya ok cuma biasalah kita sebagai ibu mesti risau kan jika anak kita susah dan masih tak dapat menguasai Bahasa Cina dengan baik.
Berikut adalah 9 dilema yang Sis Fa hadapi sepanjang dua tahun menghantar anak Sis Fa ke sekolah Cina / SJKC:
1) Bahasa/ Pertuturan
Bahasa dan Pertuturan mereka di sekolah semestinya Bahasa Cina sahaja. Risau juga nanti kalau anak Sis Fa terlupa pula bahasa Ibunda dia…KihKihKih
2)Pembelajaran Semua subjek Pembelajaran mereka adalah dalam bahasa Cina kecuali BM, BI dan Agama. Pening juga tengok buku-buku sekolah anak Sis Fa.
3)Makanan/ Minuman
Sis Fa tidak menggalakkan anak Sis Fa untuk membeli di kantin sekolah. Lagi pun katanya tidak sempat sebab kena beratur panjang. Waktu rehat pula singkat kerana masa inilah mereka hendak makan lah, hendak ke tandas lah. Mesti bawa bekal setiap hari dari rumah.
4) Kawan/ Pergaulan
Anak Sis Fa lebih cenderung berkawan dengan murid Cina. Ada juga kawan lain yang berbangsa Melayu dan India. Biasalah anak Sis Fa suka berkawan dengan semua orang… Macam Sis Fa juga!
5) Belajar Agama
Setiap hari ada pelajaran agama tetapi result tidak memberangsangkan. Oleh sebab itu Sis Fa menghantar anak Sis Fa ke kelas KAFA setiap hari kecuali Hari Rabu.
6) Kelas Tambahan
Sangat perlu sebab tidak ada seorang pun di rumah yang boleh mengajar dalam bahasa Cina. Kalau ada kerja rumah yang tidak sempat buat atau terlupa bawa, biasanya Sis Fa akan cuba bantu dengan menggunakan ‘Google Translator’ atau pun meminta tolong kawan-kawan Sis Fa yang berbangsa Cina.
7) Mengaji
Belajar mengaji di rumah sahaja buat sementara waktu. Kadang sempat kadang tidak sempat pun.
Owh, Sis Fa dah dapat cari tempat mengaji dah… Kelas mengaji setiap hari selepas kelas KAFA dengan ustazah yang sama. Bila weekend Sis Fa akan ulangkaji Iqra dengan anak Sis Fa pula.
8 ) Hari Sukan /Mesyuarat PIBG
Biasanya mereka berkomunikasi dalam Bahasa Cina. Sepatah pun Sis Fa tidak faham. Biasanya orang sebelah akan jadi ‘translator’ lah.
9) Buku
Masalah buku banyak dan beg berat… Kadang-kadang kesiankan… Tapi hendak buat macamana.. Anak Sis Fa pun suka bawa semua buku ke sekolah…Hahaha..
Ini adalah apa yang dikongsikan oleh Puan farawahida setahun yang lalu di akaun fbnya. Bagi mengetahui cerita terkini, kami hubunginya untuk mengetahui cerita terkini pada tahun ini dan ini katanya.
“Alhamdulillah untuk tahun 2019, tahun ke – 3 anak saya di SJKC. Tahun ini jadual agak padat sikit. Ada kelas Wushu, ada Kokurikulum… Baru je minggu lepas pergi Mesyuarat PIBG, jumpa cikgu-cikgu setiap pelajaran tanya perkembangan dia. So far semua positive, ada peningkatan cikgu cakap dia ni smart, independent, sangat talkative.
“Bila cikgu – cikgu bagitau anak saya suka bercakap, talkative sangat dalam kelas. Bagus jugalah kan, boleh ada peningkatan Bahasa Mandarin dia tapi itulah kena pesan kat dia juga, masa cikgu mengajar jangan main- main, jangan berbual. Dalam hal pembelajaran, semua ok. Ada peningkatan, walaupun jadual setiap hari amat padat. Sabtu dan Ahad saya bagi dia rehat. Hanya ulangkaji sendiri di rumah.
“Bab makan dan minum, saya masih pastikan anak akan bawa makanan dan minuman dari rumah. Belajar Agama/ Mengaji: Kelas kafa selepas waktu sekolah dari jam 2.45pm-5.45pm. Lepas tu sambung belajar mengaji dengan ustazah kafa yang sama. Manakala kelas tambahan, tahun 2019 so far belum ke kelas tambahan. Ulangkaji sendiri dari rumah.
“Saya juga ingin berpesan kepada ibu ayah yang menghantar anak-anak di sekolah SJKC ini, pada Hari Sukan/ Mesyuarat PIBG Wajib hadirkan diri setiap tahun. Sebab masa ini lah kita jumpa cikgu – cikgu, ibu bapa dan kawan-kawan anak kita. Masa ni juga jumpa setiap cikgu untuk tahu perkembangan anak kita di sekolah.”
Sejak dulu beras digunakan sebagai pupur untuk mencerahkan kulit dan membuang kotoran dengan cepat. Pernah tak dengar orang kata kenapa orang-orang Siam atau yang duduk disempadan Siam muka cantik gebu dan semuanya comel-comel belaka. Kalau perasan, muka mereka semuanya cantik dan paling penting kulit licin dan gebu. Jerawat? Memang tak pernah ada. Malah, ada yang mengatakan amalan mereka makan pulut sejak kecil rahsia kulit cantik. Ya, itu hakikatnya. Pulut Ayam yang jadi makanan popular mereka adalah menu ruji saban hari. Makan pulut macam makan nasi agaknya dan inilah rahsia kulit cantik mereka.
Jika tak mampu nak amalkan makan pulut setiap hari, apa kata kita amalkan petua buat masker daripada beras pulut yang dikongsikan Siti Zainab di facebooknya. Malah MamaAmoi juga dah cuba! Jom tengok apa bahan-bahannya.
Masker Putih Gebu
Bahan-Bahan:
4 sudu besar beras pulut
2 sudu besar Rose Bud
1 sudu besar susu tepung
Sedikit air mawar -Facemist Bunga Kampung Suzy Honey
Kisar kering semua satu persatu. Kisar sampai jadi halus.
Kemudian bancuh ketiga-tiga bahan ini ikut keperluan yang anda nak guna.
Kemudian baru titikkan air mawar mengikut tahap kepekatan. Paling penting senang nak sapu pada muka nanti.
Sapu pada seluruh wajah dan boleh juga digunakan pada seluruh badan.
Biarkan kering, sekurang-kurangnya 30 minit.
Sebelum bilas dengan air bersih, basahkan masker dan lulurkan dahulu sebentar.
Sental kulit muka dengan perlahan-lahan.
Basuhlah kulit muka dengan air suam hingga bersih.
Kelebihan Masker Rose & Beras Pulut
Setelah dah cuba baru anda akan tahu hasilnya. Gabungan beras pulut dan rose bud ini buat muka jadi lebih cerah dan gebu. Malah ia juga boleh menghilangkan parut-parut jerawat serta menghaluskan lagi kulit anda. Jadi rugi kalau tak cuba!
Rose bud mengandungi dua kali Vitamin C berbanding buah oren. Susu tepung pula bagi kesan cerah dan lembap. Lakukan rawatan ini dua tiga kali seminggu untuk hasil superb glow dan cerah gebu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Nak sediakan minum petang apa hari ini ye? Apa kata cuba buat Puding Karamel versi Pandan. Cara yang simple tapi pasti membuatkan anda sekeluarga sukakannya.
Cerita petang ni..cuti sekolah kan..so, projek ibu pun berjalan laaa..nk p bercoti dok leh..jadi..ibu pn godek2 kt dapur buat puding kegemaran husband dan anok2😊
Sis olah resepi puding caramel biasa aje. Buat rase pandan plok. Sis bagi resepi kt bawah
Bahan-Bahan:
Telur 5 biji
Susu pekat manis (separuh tin)
Susu cair (separuh tin)
Air (1 tin..sis guna tin susu tu jer😁)
Perasa pandan
Pewarna hijau(nak blend daun pndan pun boleh)
Tepung kastard (2 sudu makan mambung)
2 sudu besar gula(untuk karamel)
Cara membuat:
Cairkan gula dalam loyang..kacau2 sampai perang. Letak tepi dulu(jangan bagi hangit,nanti rase pahit🥴)
Pecahkan telur semua..kacau sebati..
Masukkan susu pekat, susu cair..sebatikan
Masukkan perasa pandan.
Lepas sebati semua..masukkan air, tepung kastard..kacau lagi..sis guna garfu jer kepuk2 manje😅
Last step baru masukkan pewarna hijau.
Lepas tu tapis. Baru nanti rasa dia lembut.
Dah habis semua step ni..masukkan dalam loyang gula yang kita cairkan tadi..gula memang akan keras bila sejuk..tapi boleh dah siap kukus..dia akan rata macam biasa..so,boleh la kukus sampai masak..
Selamat makan2 dan selamat mencoba😉
Ps:
Alamak..lupe..whipping cream just tuk buh atas puding tu aje..nk suh rse lagi best😅
nak lg sedap..buh dalam peti..nyaman aje lalu iku tekak😁
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...