“Alhamdulillah, belum lagi makan pasir….” Norsalina bangga kerjaya suami sebagai badut. Norsalina Abdul Aziz berniat untuk riak, jauh sekali mendabik dada dengan rezeki yang dikurniakan Allah buat dia dan keluarganya.
“Saya hanya mahu orang tidak pandang rendah kerjaya sebagai badut,” Norsalina. Norsalina Abdul Aziz, 36 isteri kepada Muhammad Ar-Rabi Ab Ghani, 37, yang terlibat dalam perkhidmatan badut secara sepenuh masa amat berbangga dengan kerjaya suaminya.
Malah menurut wanita berasal dari Negeri Sembilan itu, berkat kerjaya tersebut suaminya mampu menyediakan keperluan dan kesenangan kepada mereka sekeluarga.
Menerusi hantaran di laman TikTok, Norsalina memuat naik video mengenai perjalanan kerjaya suaminya sebagai ‘penceria’ acara sehingga mampu memberi kemewahan antaranya bercuti ke luar negara, berpeluang mengerjakan umrah, membeli sebuah rumah dan emas perhiasan.
“Sebenarnya semua ini tak dirancang, saya pun tak tahu video itu boleh tular. Niat saya hanya berkongsi pada mereka yang melihat supaya jangan sesekali memandang rendah pekerjaan seseorang.
“Rezeki bukan hanya datang dari pekerjaan kita, tetapi dari Allah. DIA berkuasa untuk beri rezeki selagi mana kita usaha dan yakin,” katanya.
Menyingkap kisah hidup mereka, Norsalina memaklumkan, keluarga tidak menolak pilihannya ketika di awal perkahwinan, bahkan menerima pekerjaan Muhammad Ar-Rabi sebagai badut.
Ads
Ibu Norsalina menyifatkan bakal suaminya seorang lelaki yang berani menggalas tanggungjawab untuk menampung kehidupan.
Walaupun pernah dihakimi oleh masyarakat sekeliling, pasangan yang dikurniakan dua cahaya mata itu hanya memekakkan telinga dan menepis persepsi dengan menjalani kehidupan serba cukup.
“Alhamdulillah, belum lagi makan pasir (kerana) suami buat kerja ini. Ada yang kata badut tak menjamin masa depan, sedangkan dengan kerja inilah suami dapat bawa kami sekeluarga bercuti luar negara.
“Saya terima banyak respon, ada juga yang terinspirasi dengan perkongsian kisah hidup kami.
“Ada juga yang kata saya riak bila berkongsi (kemewahan), namun niat saya hanya mahu masyarakat lihat kerjaya badut juga mampu menjamin masa depan,” ujarnya.
Ads
“Saya tak malu, malah bangga suami seorang badut sebab itu saya sendiri tawar diri untuk promosikan dia.”
“Masa tahun 2010, sejak dari sebelum kahwin suami membuat kerja sambilan sebagai badut, tetapi dia bekerja di bawah orang.
“Semasa itu suami ada kerja tetap sebagai ‘dispatch’ (penghantar barang) dan bila ada waktu cuti dia akan menjadi badut untuk memenuhi permintaan pelanggan.
“Selepas kahwin, saya lihat bakat suami boleh diketengahkan dan dia juga pandai menghiburkan orang lain terutama kanak-kanak. Dari situ saya ambil tugas buat promosi untuk iklankan perkhidmatan suami dan jalankan bisnes sendiri,” katanya.
Ads
Dia dan keluarga tidak pernah berasa malu dengan kerjaya suaminya sebagai badut kerana menganggap usaha itu sebagai komitmen suami menampung keperluan hidup mereka.
Menurut Noraslina, setiap tahun dia akan menjahit satu pakaian baharu untuk menambah kostum badut suaminya sambil menyusun jadual kerja lelaki itu.
Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, selain menyediakan perkhidmatan badut, dia dan suami turut menjalankan beberapa perniagaan lain antaranya ‘face painting’ dan ‘sand art’.
Bercerita lanjut, Norsalina memberitahu hasil perkhidmatan badut suaminya ini mampu meraih pendapatan kira-kira RM6,000 sebulan, bagaimanapun ia bergantung kepada permintaan pelanggan.
“Kami ambil tempahan seperti majlis hari jadi, kenduri akikah, fun run dan beberapa bentuk majlis santai yang lain.
“Kami tak jalankan secara terbuka di kawasan rekreasi seperti mana yang dilakukan tukang badut yang lain,” ujarnya.
Jelas Norsalina, kini permintaan untuk mendapatkan perkhidmatan badut bagi memeriahkan majlis bersama kanak-kanak semakin bertambah dan membuka rezeki luas buat keluarga kecil mereka.
Bukan mudah untuk membahagiakan pasangan, tambahan pula kesibukkan dengan tanggungjawab sebagai keluarga, kerjaya dan anak-anak. Namun, itulah rencah dunia rumahtangga.
Nyata, bagi membentuk sebuah perkahwinan bahagia ini harus diketahui oleh setiap pasangan supaya perkahwinan sentiasa sakinah. Oleh itu, setiap pasangan harus tahu peranan masing-masing untuk membahagiakan pasangannya.
Begitulah pendekatan yang dilakukan oleh seorang suami ini Muhammad Hassan melalui perkongsiannya di fbnya mengenai salah satu cara dia menawan hati isterinya supaya kekal bahagia rumahtangga. Walaupun nampak biasa-biasa, tetapi begitu luar biasa buat wanita bergelar isteri.
Seronok sebenarnya bagi masa untuk isteri shopping pakaian dia. Itulah ‘me time’ seorang isteri apabila masuk pasar raya,itulah masa untuk mereka hilangkan stress dan itulah salah satu cara suami gembirakan isteri yang sepanjang perkahwinan jiwanya untuk kita.
Saya cakap kat isteri; Pergilah pilih baju berapa lama masa yang awak nak,takpa saya jaga anak. Memang lama betullah,sampai saya dan anak pun cari ruang untuk rehat ?.
Rupanya sekeliling saya ramai para suami yang baik layan isteri,bagi masa untuk shopping sambil jaga anak.
Sabar menunggu isteri memilih pakaian mereka. yelah, bagi isteri terutama suri rumah,masa mereka lebih banyak berada dalam rumah. Dapur,bilik,ruang tamu itulah pejabat mereka 24jam.
Saya terharu sangat tengok para suami layan sepenuhnya ‘me time’ seorang isteri. Ada tu dari jauh lambai-lambai isteri sambil buat flying kiss. Saya apa lagi,lambai jugalah kat isteri, ingat nak buat flying kiss juga, rupanya isteri balas dengan isyarat nak duit ??.
Habis bayar isteri ucap terima kasih sebab belanja. Saya cakap itu hak awak terhadap suami.
Sahabat. Buatlah apa cara sekali pun,asalkan pasangan dan keluarga kita bahagia. Bahagia ini mahal,lebih mahal dari dunia isinya.
Aura sambutan Hari Kebangsaan ke 65 tahun ini begitu hebat! Bahkan kehadiran orang ramai pada sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka, dikatakan melebihi jangkaan apabila lebih 100,000 orang.
Sambutan bukan sahaja diadakan di Kuala Lumpur namun seluruh negara bagi meraikan sambutan hari kemerdekaan.
Acara perarakan daripada unit beruniform adalah antara yang menarik perhatian ramai termasukan dari Jabatan Bomba.
Segak dan teratur melangkah ketika perarakan membuatkan orang ramai kagum dengan unit ini.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Namun siapa sangka kejadian lucu secara sepontan yang berlaku semasa perarakan di Terengganu. Sebahagian ‘abang’ bomba kelihatan keluar barisan apabila melihat Penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI).
Ustaz Azhar Idrus yang kelihatan terkejut tidak menyangka beberapa orang bomba sanggup berhenti dan swafoto bersamanya.
Kelihatan ada yang mencium tangan dan memeluk penceramah ini. Tidak lama berada di situ, anggota bomba terus berlari memasuki kembali perarakan.
“SAYANG MEREKA PADA ULAMA.”
Meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya meluahkan rasa terhibur melihat gelagat mereka. Antara komen netizen adalah seperti berikut:
“Insan yang menghormati ulamak.. terbaik abang bomba.”
“Hahaha… adoii abg Bomba lawak sungguh..sayang mereka dekat ulama’
“Steady UAI bersila ja tengok perbarisan.”
“Meraikan ulamak..aku minat sangat dengan UAI ni..semoga ada rezki berjumpa dengan UAI.”
Jika suatu ketika dulu emas tidak mendapat perhatian sebagai pelaburan jangka masa panjang kini ia menjadi trending. Ramai yang berpusu-pusu ke kedai emas membeli walaupun harga mahal.
Dulu barang kemas sebagai perhiasan kini segelintir orang jadikan ia persediaan kecemasan dalam bentuk emas. Tak dinafikan emas adalah penyimpan nilai yang baik.
Namun, ada yang keliru mengenai faraid emas. Untuk penjelasan yang mudah, perkongsian Ustaz Khairul Anuar Basri mudah untul difahami.
Ikuti perkongsiannya.
Ini semua gara-gara posting yang mengelirukan! Kalau tak tahu, atau info tak lengkap, atau tak pandai menulis dengan baik, maka baik jangan tulis just for the sake of nak tulis or nak buat marketing.
Maklum sajalah banyak pulak lately kes isteri umur muda kematian suami. Emas pulak harga tengah mood menaik.
Ada kawan-kawan yang tulis jugak pasal ni dan explain. Saya ingat dah cukup dah. Rupa-rupanya tak selesai-selesai lagi.
Ada beberapa isu yang misleading kat sini :
❌ Emas tak tertakluk kepada hukum faraid bila berlaku kematian.
❌ Beli barang dengan duit nafkah suami bagi masa dia hidup menjadikan barang itu milik arwah suami dan kena faraid.
❌ Orang lelaki tak boleh simpan emas.
❌ Macam nak cakap faraid ni menganiaya si isteri bila kematian suami.
Adoiyaiiii… poning kepalo den nak explain.
So, once and for all saya akan tulis sekali saja benda ni. Jangan nak mesej-mesej saya tanya dah lepas ni ok?
Kalau nak kasi viral posting saya ni pun, dipersilakan dengan segala hormatnya!
1.Duit suami, duit suami.
2.Duit isteri, duit isteri.
3. Kalau suami bagi duit kat isteri, maka duit tu jadi duit isteri. Isteri boleh buat apa saja dengan duit tu.
4.Begitu jugak kalau isteri bagi duit kat suami, maka duit tu jadi duit suami. Suami boleh buat apa saja dengan duit tu,
5. Faraid ni ialah pembahagian harta si mati kepada yang hidup. Kena tengok siapa yang mati. Harta dia la yang kena faraid pada waris yang berhak.
6. Bukannya apa jenis harta yang menentukan kena faraid ke tak. Tapi tengok siapa yang mati. Harta dia la yang kena faraid.
7. Sekarang ni kes dia ialah SUAMI MATI. Maka segala harta suami tertakluk kepada faraid setelah ditolak apa yang sepatutnya.
8. Masa hidup, suami bagi duit nafkah pada isteri. Maka duit nafkah itu hak mutlak si isteri. Apa saja yang isteri beli, maka itu hak isteri. Bukan hak suami.
9. Termasuklah emas yang dibeli guna duit suami bagi masa dia hidup. Maka emas ini jadi hak milik isteri.
10. Dah kalau emas tu hak milik si isteri, maka emas tu tak perlu la bahagi ikut faraid lepas suami mati.
11. Kecuali si isteri yang mati. Maka emas tu kena nilaikan dan bahagi ikut hukum faraid kepada waris yang berhak.
12. Habis tu, bukan ke si isteri beli emas tadi guna duit nafkah suami bagi ke?
13. Sekarang ni soalan ni terjawab dengan sendiri bila kita tahu duit nafkah tu jadi duit siapa lepas dibagi. Jadi duit isteri la kan?
14.Sama macam kalau saya tanya begini. Saya bagi duit kat awak, awak pergi kedai beli nasi. Awak makan nasi tu. Sekarang, nasi dalam perut awak tu hak siapa? Awak ke saya? Awak la kan!
15. So, apa-apa yang dibeli oleh isteri, walaupun guna duit suami bagi, maka ia jadi hak milik mutlak si isteri.
17. Kalau sebab beli emas guna duit nafkah suami bagi, emas tu kena faraid, maka segala benda yang isteri beli guna duit nafkah suami bagi kena faraid la. Termasuk la bra, spender dan lain-lain. Tak ke haru tu.
So, jangan pening-pening lagi. Jangan konfius-konfius lagi.
Sifir dia mudah saja. Bukan pasal emas, bukan pasal apa. Tapi tengok harta tu siapa punya.
✅ Harta suami – suami mati, maka faraid la semua harta yang berkenaan.
✅ Harta isteri – isteri mati, maka faraid la semua harta yang berkenaan.
Yang kau nak pergi faraid harta kawan tu duk hidup lagi tu apa ke halnya?
Sumber: Khairul Anuar Basri
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...