Uncategorized

“Alhamdulillah Arif Full Puasa” Tya Arifin Kagum Tengok Arif Jiwa Puasa Penuh

Share

Bulan Ramadan ini pastinya ramai kanak-kanak yang mencuba untuk berpuasa. Walaupun tak sempurna tapi jika usaha dan semangat itu ada pun sudah memadai.

Tak dinafikan ia sangat mencabar lagi-lagi bagi kanak-kanak yang baru je nak belajar menahan diri dari lapar dan dahaga. Oleh itu, peranan ibu bapa sangat penting untuk memberikan sokongan kepada anak.

Sama seperti selebriti dan usahawan Tya Arifin yang kini sedang mengajar anaknya Arif Jiwa Asyraf untuk berpuasa tahun ini .

Menerusi perkongsian di laman Instagram Tya yang bertajuk ‘Kisah Puasa Arif’, anaknya itu nampaknya berjaya berpuasa sehingga hari ke 13. Arif yang berumur 6 tahun pada tahun ini semakin menunjukkan perkembangan positif dalam berpuasa.

“Ya, dah 3 hari bersahur mata terbuka. alhamdulillah. Malah dia boleh kenal rasa, cakap sayur hambar”.

Tambah Tya lagi, selepas bersahur Arif tidak ke sekolah pada hari itu kerana terlelap dek kepenatan bermain dengan kawannya.

“Tak sampai hati nak bangunkan, kuputuskan tak sekolah hari ini, mungkin semalam tidur lambat karna ada kawan2”.

Melalui video yang turut dikongsikan oleh Tya juga kelihatan Arif yang sangat produktif seharian walaupun sedang berpuasa.

 Sebagai seorang ibu, Tya juga bersyukur kerana anaknya berjaya berpuasa penuh dan mengharapkan agar anaknya konsisten berpuasa hingga hari terakhir.

“Alhamdulillah Arif full puasaaaa yey heheh. Doakan Onty full sampai last day”.

Tya Arifin mendirikan rumah tangganya bersama Muhammad Asyraf Khalid yang merupakan anak kepada Datuk K pada 1 November 2015 dan kini dikurniakan anak 2 orang anak.

Sumber: Tya Arifin