Pelakon Amyra Rosli dan suaminya aktor Amar Baharin buat pertama kalinya mendedahkan wajah puteri menerusi laman instagram.
Dalam perkongsian tersebut, pasangan ini turut mengumumkan nama buat anak kedua mereka iaitu Ayra Aryssa.
“Assalamualaikum everyone… I am @ayraaryssa,” tulis Amyra ringkas.
Amyra selamat melahirkan bayi perempuannya pada sabtu yang lepas. Selepas 7 hari, pasangan ini membuat majlis akikah serta mengumumkan nama puteri sulung mereka.
Rata-rata memuji kecomelan puteri sulung pasangan ini dan ada yang mengatakan wajahnya seiras ibunya.
Sementara itu, Amar dalam satu perkongsian meluahkan rasa syukur kerana sudah memiliki sepasang cahaya mata.
tak sangka dah ada bin & binti AMAR 🥰🤲🏻 #alhamdulillah .
.
@aqeefanaqi
@ayraaryssa