Keibubapaan

“Alhamdulillah, Amanah Terbesar Buat Kami” – Syasya Rizal Timang Cahaya Mata Pertama

Share

Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal, telah berkongsi berita gembira mengenai kelahiran anak pertamanya pada Isnin lalu.

Syasya, atau nama sebenarnya Nursyasya Afiqah Shahrizal, 23, meluahkan rasa syukur atas kelahiran bayi lelaki yang kini menjadi amanah besar untuk dijaga bersama suaminya, Nasrullah Mohd Sapie.

Lebih manis, pasangan itu sepakat memberikan nama indah, Muhammad Yassir Hayyan, kepada cahaya mata sulung mereka.

“Alhamdulillah, ini adalah nikmat terbesar dan amanah untuk mama dan baba. Selamat datang, Muhammad Yassir Hayyan,” kata Syasya dalam satu hantaran di Instagram.

Syasya turut menceritakan bagaimana pada awal tahun ini dia memohon kepada Allah SWT untuk kehidupan yang lebih baik. Tidak disangka, doanya dimakbulkan dengan kehadiran bayi lelaki di penghujung tahun sebagai hadiah terindah.

DOA UNTUK ZURIAT

“Awal tahun ini, saya berdoa untuk kehidupan yang lebih baik dan penuh cinta. Syukur, Allah kurniakan rezeki ini kepada kami,” tambahnya lagi.

Pada bulan September, Syasya mengumumkan kehamilan pertamanya, dan kini dia serta suaminya menyambut kehadiran permata hati mereka dengan penuh syukur dan kegembiraan.

Untuk rekod, Syasya dan Nasrullah mendirikan rumah tangga pada 20 April lalu.

 

Sumber:syasya.rzl