“Alhamdulillah, 29 Hari Fight..”- Achey Ucap Syukur Ibu Pulih Bertarung Dengan Covid-19!

Share

Setinggi-tinggi rasa kesyukuran yang dapat diucapkan bila mana diberikan kesembuhan daripada sebarang penyakit yang ditanggung. Begitulah yang cuba dinyatakan oleh Achey apabila ibunya yang sebelum ini bertarung nyawa melawan Covid-19 selama 29 hari, akhirnya disahkan kembali sembuh.

Achey menitipkan penghargaan buat petugas barisan hadapan dan kaum keluarga atas pengorbanan dan perkhidmatan yang diberikan dengan berkongsi video saat manis semasa ibunya dibenarkan keluar daripada hospital di instagramnya.

“Alhamdulillah… 29 hari fight… umur 70an dengan penyakit yang sedia ada… hadir pulak covid19 … mmg semangat nak kena sangat sangat sangat kuat.. baik pesakit dan orang sekelilingnya…

Terima kasih frontliner hospital SEGAMAT … khidmat anda tak terbalas…

Tq pada adik beradik saudara semua.. dan semua yang mendoakan mak serta keluarga kami.. 🤲🤲🤲

Terdahulu, Achey pernah memaklumkan selain ibu, abang, kakak, adik dan anak saudara berusia dua tahun  turut disahkan positif.

Sumber : Ig @acheykintangkintung 

 

ARTIKEL MENARIK: Bila Buat Air Kopi Guna Susu Full Cream Lagi Sedap Rasanya, Nak Cuba Ni Resipinya!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Duit Koyak Jangan Simpan Je, Rugi. Boleh Tukar Untuk Dapat Nilai Penuh Atau Separuh Di Bank Negara!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club