
Setinggi-tinggi rasa kesyukuran yang dapat diucapkan bila mana diberikan kesembuhan daripada sebarang penyakit yang ditanggung. Begitulah yang cuba dinyatakan oleh Achey apabila ibunya yang sebelum ini bertarung nyawa melawan Covid-19 selama 29 hari, akhirnya disahkan kembali sembuh.
Achey menitipkan penghargaan buat petugas barisan hadapan dan kaum keluarga atas pengorbanan dan perkhidmatan yang diberikan dengan berkongsi video saat manis semasa ibunya dibenarkan keluar daripada hospital di instagramnya.
“Alhamdulillah… 29 hari fight… umur 70an dengan penyakit yang sedia ada… hadir pulak covid19 … mmg semangat nak kena sangat sangat sangat kuat.. baik pesakit dan orang sekelilingnya…
Terima kasih frontliner hospital SEGAMAT … khidmat anda tak terbalas…
Tq pada adik beradik saudara semua.. dan semua yang mendoakan mak serta keluarga kami.. 🤲🤲🤲
Terdahulu, Achey pernah memaklumkan selain ibu, abang, kakak, adik dan anak saudara berusia dua tahun turut disahkan positif.
Sumber : Ig @acheykintangkintung
ARTIKEL MENARIK: Bila Buat Air Kopi Guna Susu Full Cream Lagi Sedap Rasanya, Nak Cuba Ni Resipinya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Duit Koyak Jangan Simpan Je, Rugi. Boleh Tukar Untuk Dapat Nilai Penuh Atau Separuh Di Bank Negara!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
PU Amin Kongsi Cerita Kehidupan Di Awal Perkahwinannya. Banyak Yang Dikongsi, Jadikan Inspirasi Bina Keluarga Bahagia!

Mencari dan mengekalkan kebahagiaan hidup berumah tangga tentunya ada rahsianya yang tersendiri.
Bak kata orang tua-tua, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Apa yang penting, suami dan isteri kena saling tolak ansur dan sama-sama sabar untuk lalui asam garam hidup berumah tangga.
Begitulah juga apa yang cuba dijelaskan oleh PU Amin ini. Beliau berkongsi pengalaman hidup yang dilalui di awal usia perkahwinannya. Nyata dalam perkongsian tersebut banyak tip dan saranan yang boleh kita cedok untuk dijadikan inspirasi.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Masa ni baru seminggu kawen. Umur baru 22 tahun. Masa ni cuti kawen, sebelum balik Azhar Mesir untuk sambung baki pengajian 2 tahun lagi.
Masa ni belum ada nama PU Amin lagi. Masa ni jalan jalan shoping pakai duit biasiswa je . Masa ni naik motor pergi mall. Masa ni asyik berangan kalau ada rumah sendiri, kalau ada kereta sendiri, kalau kalau tak habis habis berangan. Berangan kan free .
Masa ni lah pergi beli kasut pertama untuk isteri saya. Murah pun ok, janji ada hadiah. Haha Alhamdulillah rezeki Allah. Banyak yang Allah bagi lepas 8 tahun ni.
Parent saya kata nak bagi tambah rezeki kena sentiasa jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan baik suami isteri. Jangan cakap benda tak elok, jangan kuat marah, sabar kena banyak.
Betul apa yang mereka pesan, rezeki Allah banyak bila kita hargai pasangan kita. Family saya tak sempurna macam orang lain. Sebab tu jarang share pasal life family kiteorang kat socmed. Sama je macam orang lain.
Bagi yang baru kawen kalau life kita tak meriah sangat tak apa , jangan follow orang lain, layan je life korang, ni moment indah untuk korang create kasih sayang waktu susah untuk korang hargai waktu senang nanti. Makan nasi bungkus share sama sama pun sedap, beli baju downtown, bundle pon xpe, baju jugak janji tutup aurat, settle.
Relax je, nanti Allah susun rezeki korang. Jangan mudah ungkap perkataan cerai, pisah dan benci. Banyak doa yang baik baik. Jangan cari kesempurnaan. Sebab manusia mana ada sempurna. Kan, So Moga korang dan saya terus bahagia selamanya di bawah jagaan Allah Swt.
Sekadar berkongsi, moga ada kebaikan nya.
Sumber : Pu Amin
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Besarkan Rumah Cara Jimat, Wanita Ni Kongsi Apa Keluarganya Lakukan & Jadikan Inspirasi!

Memiliki kediaman untuk keluarga itu juga satu rezeki, apatah lagi dapat melakukan ubah suai untuk membesarkan rumah dari masa ke semasa mengikut kesesuaian jumlah keluarga yang bertambah. Tentunya akan memberi lebih keselesaan kepada anak-anak dan keluarga.
Menyentuh tentang kisah renovation rumah, Nik Munazzah berkongsi di akaun fbnya di mana rumah yang dihuni 15 tahun hingga kini melalui beberapa fasa baik pulih tanpa merobohkan rumah asal dan hanya menyambungnya hingga kini menjadi dua tingkat.
Ini perkongsiannya.
Sekadar perkongsian dan inspirasi untuk geng rumah kampung …dibeli dengan harga 24k… walaupun beratap ardex… walaupun tak ada pagar ribu riban.. rumah kampung pun kita boleh buat bagi sedap mata memandang, damai dan selesa… tanpa merobohkan rumah asal.
Saya beli rumah tu pada 2004, dan terus pindah ke rumah itu pada tahun yang sama selepas membuat sedikit renovation sebab rumah tu terlalu kecil.. dan tinggal hingga ke hari ni.. dengan kata lain, saya dah tinggal dirumah itu selama 15 tahun. Ini bukan rumah warisan tetapi adalah rumah pertama saya..
Bermodalkan 45k , rumah ini diubah suai dengan tambahan ruang tamu di depan dan bilik tidur utama di kanan.. rumah lama masih dikekalkan diruangan tengah sebagai ruang makan.. menjadikan rumah ini 3 bilik tidur 2 bilik air..
Besarkan rumah untuk keselesaan
Selepas 14 tahun, bagi memenuhi keperluan anak-anak yang semakin membesar, kami membesarkan ruangan dapur dan menambah 2 bilik lagi menjadikannya 5 bilik tidur 4 bilik air tanpa mengusik rumah asal.
Atap zink warna kelabu di pasang bagi memberi keseragaman dengan bumbung ardex rumah lama… dan sekali gus menjimatkan kos.
Saya mengekalkan rumah asal lain tidak bukan sebabnya untuk meminimakan kos..Dulu saya memang mengimpikan untuk membeli rumah kecil atas tanah lot dan mengubahsuai mengikut citarasa dan kemampuan saya secara berperingkat. Maklumlah dengan pendapatan sederhana mana mungkin saya mampu dan layak membeli rumah idaman.. jadi dengan cara ini sahaja saya mampu memenuhi impian saya.
sumber : Nik Munazzah
Sujud Syukur! Naluri Ibu Selamatkan Anak Kena Dera. Perkongsian Ibu Ini Meruntun Jiwa

Hati ibu mana yang tidak sedih apabila melihat permata hati yang dikandung selama sembilan bulan dan dalam keadaan sihat disyaki mengalami keganasan domestik atau dera ketika dihantar dibawah jagaan pengasuh.
Setelah hampir tujuh jam anak dihantar ke taska, didapati bayinya lemah tidak bermaya. Malah anak muntah secara tiba-tiba dengan banyak menjadi petunjuk buatnya. Tidak mahu berprasangka tidak baik kepada seseorang, ibu dan suaminya memeriksa rakaman kamera litar. Terkejut dengan apa yang dilihat. Ya Tuhan!….
Ikuti perkongsian ibu ini Che Sarida yang bekerjaya di Hospital Putrajaya. Sungguh meruntun jiwa. Moga ia menjadi ikhtibar buat kita semua.
___________________________________________________________________
SAYA MERAWAT MANGSA DERA, ANAK SAYA TURUT MENJADI
MANGSA
Salam hormat untuk semua pembaca.Sebenarnya amat berat hati saya untuk menulis coretan ini.Setelah mengambil ‘tempoh bertenang’ untuk diri sendiri, saya mengumpul segala kekuatan yang ada untuk mencoretkan kisah yang dialami oleh kami sekeluarga baru-baru ini.Pada saya ini bukan isu individu atau
kekeluargaan, ini isu masyarakat, isu negara dan masyarakat perlu tahu.
Pada tanggal 22hb November yang lalu negara dikejutkan dengan satu lagi kejadian dera dua bayi di pusat asuhan kanak-kanak.Suspek melarikan diri,namun
berjaya dikesan dan ditangkap oleh pihak polis selepas 3 hari usaha mengesan suspek.
Saya akan menulis dalam bahasa yang paling mudah difahami dan tidak akan menerangkan secara terperinci memandangkan saya juga masih dalam fasa ‘trauma’ cuba
melupakan apa yang berlaku walaupun saya tahu ia akan kekal dalam memori saya dan keluarga seumur hidup kami.
Naluri ibu terhadap bayinya
Pada hari kejadian anak saya Adam mencecah usia 5 bulan 4 hari.Pada hari itu suami saya menghantar adam ke pusat asuhan pada jam 9.30 pagi sebelum masuk kerja jam 10am.Kebiasaannya saya akan mengambil adam antara jam 5-6pm selepas pulang dari kerja.Sekiranya saya bekerja malam kadang kala saya akan menghantar adam ke taska untuk membolehkan saya menguruskan kerja rumah dan berehat pada waktu siang hari. Pada hari kejadian saya tidak sedap hati, serba tak kena.Saya terdetik untuk mengambil anak secepat yang boleh namun bila ditoleh jam menunjukkan pukul 3.30pm dan cuaca di luar rumah masih panas.(Jarak rumah ke taska hanya 200m ).Saya akhirnya membuat keputusan mengambil adam pada jam 4.30pm.
Anakku muntah dengan banyak
Sewaktu saya datang di pintu taska guru yang menjaganya sedikit terkejut, Dia menyerahkan adam dan menyatakan “awal akak ambik harini, biasa lewat sikit.Adam baru susu 1oz” .Saya membalasnya “Ooo akak nak main ngan adam, malam ni kerja”Pada waktu itu adam tidak menangis tapi kelihatan letih.Saya fikir mungkin dia mengantuk baru lepas mandi petang.Saya lalu membawanya pulang ke rumah.Lebih kurang jam 4.45 pm adam muntah memantul yang sangat banyak.Dia kelihatan sangat lemah. Saya cuba untuk ‘breastfeed’ tetapi dia tidak mahu dan terus tertido sehingga suami saya pulang jam 8pm.
Teliti badan Adam
Saya telah menghubungi guru berkenaan melalui whatsapp bertanyakan bila last anak saya menyusu.Dia memberitahu pada jam 3.30pm dan 1 oz pada jam 4.30pm .Saya turut bertanya berapa kali anak saya muntah. Katanya hanya sekali pada waktu pagi dan sedikit sahaja.Dia turut memberitahu “adam ok sangat cuma muntah tu pelik”.Saya terus membuka pakaian anak saya dan memeriksa badannya.Pada waktu itu tiada apa-apa kesan yang dapat saya temui.Saya terus membuka beg nursery dan mendapati semua kain baby basah seperti dibasuh.Keadaan ini menimbulkan syakwasangka di hati saya.Adam juga sihat sewaktu berada di rumah, tiada muntah-muntah atau demam.
Rakaman kamera litar tertutup jadi bukti
Saya lalu menghubungi suami saya dan menceritakan hal ini.Kebetulan suami saya juga memberitahu yang dia juga merasa tidak sedap hati sepanjang hari di pejabat.Kami sepakat untuk melihat rakaman cctv.Pada waktu itu kami tidak menuduh kami cuma mahu memeriksa dan berniat untuk berlapang dada jika tiada apa-apa bukti yang ditemui.Suami saya menghubungi pengurus taska dan menyatakan hal tersebut..Pada jam 8.15 malam suami saya mendapat mesej daripada pengurus taska untuk kami datang ke taska jam 9pm.Apa yang kami lihat adalah sungguh menyedihkan.Sukar untuk saya ceritakan di sini.Dia memperlakukan anak saya dan seorang lagi bayi seperti anak patung/binatang.Hatta kucing sekalipun kita tak akan sanggup buat seperti itu.
Saya terus ke Jabatan Kecemasan & Trauma untuk membuat pemeriksaan dan laporan polis.Saya turut mengajak ibu kepada bayi yang satu lagi untuk membuat pemeriksaan di hospital.Bercampur baur perasaan saya sewaktu menunggu keputusan ujian ct brain.Alhamdulillah tiada keretakan ataupun pendarahan otak yang dilihat cuma kesan lebam pada dada kanan. Sujud syukur saya.Alhamdulillah Allah masih mengizinkan kami untuk menjaga amanahnya yang tidak ternilai ini.
Setelah siasatan dibuat dan pihak polis meneliti rakaman cctv didapati keempat-empat bayi di dalam bilik telah didera pada hari kejadian dan anak saya paling muda , mungkin dia paling menderita.
Keganasan domestik (Penderaan)
Tujuan saya menulis untuk memberitahu masyarakat betapa masyarakat melayu islam kita sangat sakit , walaupun telah banyak kes dera dilaporkan kejadian sebegini masih lagi berlaku. Adakah mereka berani kerana hukuman yang bakal diterima dirasakan tidak setimpal dengan perbuatan kejam mereka juga trauma berpanjangan yang dialami ahli keluarga terutama Ibu mangsa.Adakah media dan akhbar kurang mendedahkan perkembangan kes-kes penderaan di media massa ( Hukuman yang bakal diterima pesalah kes dera atau menyebabkan kematian kanak-kanak ).
Kepada pihak kerajaan dan kementerian yang berkenaan, juga untuk untuk perhatian KKM, tiga daripada ibu bapa bayi yang menjadi mangsa merupakan Pegawai perubatan.”We save life but our child are not safe”. Kalau kita lihat kes kematian bayi adam yg sebelum ini juga melibatkan staf KKM. Saya ingin memohon supaya isu ini mendapat perhatian pihak
kementerian.Saya juga memohon disediakan pusat asuhan kanak-kanak yang selamat di semua Hospital kerajaan terutama Hospital Putrajaya secepat mungkin.Adalah penting bagi kami bekerja dalam keadaan yang tenang kerana kami perlu membuat keputusan untuk masa hadapan pesakit.
Kepada ibu bapa, sentiasalah percaya kepada gerak hati kita sebagai ibu bapa.
Kadangkala apa yang kita rasakan dan bermain di fikiran itu adalah petunjuk daripadaNya.
Sentiasalah berhati-hati dengan orang yang terlalu baik dan berusaha untuk masuk ke dalam hidup kita dalam masa yang singkat ,simpan sedikit rasa syakwasangka apabila melepaskan anak-anak di bawah jagaan orang lain.
Setiap kali mengambil anak-anak dari pusat jagaan sila perhatikan tanda-tanda bahaya pada anak sebagai contoh
1.muntah yang memantul ( projectile vomiting )
2.Bayi kelihatan sangat lemah walhal sewaktu kita
hantar bayi sihat ceria dan tiada demam
3.Bayi menangis tanpa henti dan sukar dipujuk
4.Terdapat kesan lebam atau kecederaan fizikal yang lain
Kepada rakan facebook dan pihak media, saya merayu supaya tidak diviralkan rakaman cctv yang menunjukkan perbuatan suspek terhadap anak saya.Hancur luluh hati
saya. Saya hanya melihatnya sekali sahaja untuk mendapatkan bukti.Hingga saat ini saya masih trauma tetapi lebih tenang berbanding di awal kejadian. Ibu bapa mana yang sanggup melihat anak yang mereka sayangi diperlakukan sebegitu rupa.Saya dan suami seboleh mungkin tidak mahu ibu bapa kami berdua melihat rakaman cctv itu.Bantulah saya untuk membantu anda semua.Menguruskan kes-kes dera/rogol pesakit pesakit sudah meruntun hati saya, inikan pula darah daging sendiri. Tapi saya mahu kes ini diviralkan.
Kepada pendera terbabit, kamu tidak selayaknya menggelarkan diri kamu sebagai ‘teacher’/cikgu.Cikgu adalah perkataan yang agung yang bermakna mendidik dan melindungi bukan mendera anak-anak kecil yang tidak tahu apa-apa.Hilang sakit mereka tersenyum kembali. Selama ini saya berbuat baik terhadap kamu memandangkan kamu anak yatim piatu, saya juga anak yatim dan di fikiran saya kamu menjaga anak saya dengan baik hakikatnya adalah sebaliknya.Semoga apa yang berlaku memberi pengajaran kepada diri kamu sendiri.Apapun semoga mendapat balasan yang setimpal di dunia dan akhirat.
Untuk keluarga,rakan terdekat, boss dan rakan sekerja, terima kasih atas sokongan yang tidak berbelah bahagi buat kami.Jutaan terima kasih jugak kepada pihak PDRM pihak Hospital Putrajaya dan semua pihak yang terlibat kerana menjalankan kerja secara professional dan efisien.
Untuk makluman pada 28/11/2018 pihak pendakwa raya telah mendakwa suspek . Dia dibenarkan ikat jamin sebanyak rm20,000 dengan seorang penjamin tetapi dia merayu mohon dikurangkan kerana kakaknya hanya bekerja sebagai penjual pisang goreng.(Selama ini dia memberitahu saya kakaknya bekerja sebagai admin di UKM ).Hakim memutuskan ikat jamin diturunkan kepada rm10,000 dengan seorang penjamin. Pada waktu dan saat ini saya tidak pasti samada dia sudah dijamin atau tidak.
Kes akan dibicarakan pada 8 Januari 2019 kerana tertuduh “mengaku tidak bersalah
Untuk makluman juga waktu saya menulis ini anak saya berada dalam keadaan sihat cuma mengalami trauma,”traumatised cry” setiap kali terjaga dari tidur dan apabila melihat orang asing.Isu sudah berapa lama kejadian ini berlaku di taska, wallahuallam, ia adalah di luar batas pemikiran kita.Rakaman CCTV pula hanya disimpan selama seminggu. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui.
Syukur &Terima kasih Ya Allah kerana menggerakkan hati-hati kami untuk bertindak lebih awal sebelum kejadian yang lebih buruk berlaku.
p/s : mohon dipanjangkan mesej ini walau satu ayat. Tolong viralkan supaya kejadian ini harapnya tidak berulang.’Potential’ pendera/murderer ada di mana-mana
Dr CS
Adam Rayqal’s Mommy
Hospital Putrajaya
29 November 2018
Justice for adam ,arash, fatimah dan Khadijah
Saya buka kepada sebarang komen,pendapat juga nasihat
guaman.
#masyarakatprihatin
#perangipenderaankanakkanak
#kamibencidera