Alert Lebih 20 Produk Yang Ada Kapur Barus. Tak Selamat Anak Bawah Dua Tahun, Didakwa Akibatkan Sawan!

Share

Maklumat yang dipaparkan oleh Public Health Malaysia mendakwa lebih 20 produk yang mengandungi bahan kapur barus boleh mengakibatkan sawan kepada kanak-kanak di bawah umur dua tahun.

Menerusi perkongsian portal ini yang mendapat lebih 36K share memberi peringatan kepada ibu bapa bahawa membaca dahulu arahan penggunaan dan kandungan kepada produk kesihatan yang ada dipasaran.

Ikuti lanjut hurian ini.

 

Anak saya tiba-tiba rebah. Tangannya menggenggam erat mainan anak patung dan menggeletar. Seperti terkena renjatan elektrik badannya. Matanya ke atas, giginya pula menggigit. Seluarnya juga basah.

Aiman! Aiman! Tiada respon diberikan.

“Dia selsema tadi. Saya sapukan ubat angin di hidung untuk hilangkan selsema.” Terang si ibu kepada doktor di wad kecemasan hospital.

Doktor menerangkan Aiman mengalami sawan. Ianya berpunca daripada ubat yang diberikan. Ianya mengandung Camphor atau kapur barus.

Ibu dan ayah. Produk yang mempunyai kapur barus tidak digalakkan untuk kanak-kanak berumur bawah dua tahun.  Kanak-kanak berisiko untuk mendapat sawan

Jika termakan, ianya juga boleh menyebabkan keracunan dan juga kematian.

Gejala lain – mulut dan tekak rasa terbakar, loya atau muntah, pening, keliru, dan juga masalah penglihatan. (Berlaku dalam masa 5-90 minit).

ALERT PRODUK INI

Berikut produk kesihatan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah dua tahun.

Alert maklumat ini untuk keselamat anak-anak terutama di bawah umur dua tahun.

Kredit: Public Health Malaysia