Dalam perkahwinan, apa yang perlu suami isteri perlu memandang tinggi adalah sikap bekerjasama dan toleransi antara satu sama lain, terutamanya dalam pengurusan hal rumah.
Jika yang belum dikurniakan zuriat, mudah bagi isteri menguruskan rumah kerana hanya tinggal berdua dengan suami, jadinya walaupun isteri bekerjaya masih lagi mampu untuk uruskan rumah kerana tiada sebarang gangguan lain untuk difokuskan.
Berbanding jika dah ada cahaya mata, banyak yang perlu isteri fokuskan, manakan anak lagi perlu di pantau, rumah perlu dikemas, jika bekerjaya kena fikirkan hal kerja. Kalau semua ini isteri yang perlu handle, memang serabutlah!
Di sini lah suami perlu main peranan untuk saling bekerjsama, misalnya suami tolong jagakan anak ketika isteri sedang masak. Haa barulah hidup harmoni dan isteri pun tidak sentiasa dalam kepenatan! Seperti yang dikongsikan ole h Taufiq Razif ini, jom ikuti perkongsiannya.
Siapa kata cuci pinggan ni tugas isteri?
Isteri bukan cuci pinggan kerana itu tugas mereka tapi kerana ihsan mereka pada pasangannya. Dia kesian pada pasangannya yang dah berpenat lelah mencari rezeki untuk keluarga jadi sebagai tanda ihsan dan kasih sayang maka isteri lakukan juga.
Tapi itu bukan bermakna si suami menganggap ianya adalah kewajiban dan tugas hakiki seorang isteri. Kepenatan seorang isteri adalah real dan bukan main main!
Tanda tanda isteri dalam kepenatan :
– Jadi susah nak senyum
– Mudah marah marah
– Mudah melenting
– Susah nak bergurau dah
– Nafsu untuk bersama semakin menurun
– Selalu rasa diri gagal
Sebab itulah kata kunci perkahwinan adalah #BuatSamaSama
-Sama sama cuci pinggan mangkuk
-Sama sama jaga anak
-Sama sama jaga rumah
-Sama sama kemas katil
-Sama sama buang sampah
-Sama sama mop lantai
-Sama sama susah
-Sama sama senang
Ingat, berkahwin bukannya untuk mencari pembantu. Berkahwin adalah untuk menenangkan dan mententeramkan jiwa dua individu!
Sumber : Taufiq Razif