Umum mengetahui akan Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal menimang cahaya mata kedua tidak lagi lagi. Dalam satu temu bual, Penyanyi nombor satu negara ini berkongsi beberapa perkara mengenai kehamilannya kali ini.
“Syukur sangat bila dapat tahu saya hamil sekali lagi, hanya Allah sahaja tahu bagaimana perasaan saya. Sebenarnya saya tertanya-tanya juga, adakah Allah akan berikan lagi saya zuriat selepas saya temui banyak kegagalan ketika melakukan proses IVF sebelum mendapatkan Aafiyah. Namun ternyata Allah terlalu baik dan saya diberi peluang hamil lagi.
Menurut Siti, terdapat perbezaan hamil bayi lelaki berbanding sewaktu beliau hamilkan Siti Aafiyah dahulu.
“Saya tiada mengidam macam-macam kerana saya tidak boleh mengambil makanan pedas. Agak sedih sedikit lah kerana saya memang peminat makanan pedas.
“Jadi kebanyakan makanan saya hanya lah sup dan masakan kampung yang ringkas.
“Saya akan mengalami ‘heart burn’ yang teruk jika mengambil makanan pedas jadi terpaksa elak makanan sebegitu.
“Hamil anak lelaki ni pula bezanya saya lebih penat dan banyak simptom ibu hamil saya lebih terasa kini.
“Selain itu, perut saya kini juga lebih besar dan berat naik agak banyak berbanding hamilkan Aafiyah dahulu,” kongsinya kepada Astro Gempak.
Tambah Siti lagi sejak hamil dia jarang masuk ke dapur kerana simptom seperti loya dan mudah penat.
“Saya jarang sangat masuk dapur lebih-lebih lagi ketika hamil trimester pertama. Saya akan loya bila bau minyak atau masakan bergoreng.
“Mengandung kali ini, saya lebih penat untuk kehamilan kali ini, mungkin juga faktor usia kerana saya akan mencecah 42 tahun.
“Selain itu, kali ini saya perasan saya lebih emosi dan mudah menangis lebih-lebih lagi jika menonton drama sedih atau membaca kisah-kisah sedih di laman sosial, ujar Tokti yang dijangka bersalin pada April tahun hadapan.
“Tapi Alhamdulilah, kini dah masuk trimester ketiga ni saya sudah mula masuk dapur untuk sediakan makanan Aafiyah atau masak untuk suami jika dia teringin nak makan masakan saya sekali sekala,”ujarnya lagi.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sumber: Astro Gempak