
Isu ketiadaaan air Di selangor seolah-olah tiada penghujungnya. Bermula 13 hingga 16 Oktober ni Selangor sekali lagi akan mengalami gangguan bekalan air.
Justeru semua diminta untuk menadah air bersih. Jika tiada tong besar untuk tadah air, anda boleh menggunakan dua bahan ni.
Gunakan plastik sampah dan juga bakul untuk tadah air. Lepas tu ikat kemas-kemas. Selesai masalah.
Boleh cuba tips wanita ini yang berkongsikan tutorial menerusiTikToknya salleharoslan.
Watch on TikTok
Sumber: Salleharoslan
Selamat mencuba.
ARTIKEL POPULAR: “Kemas, Cantik & Kreatif.” Suami Siapkan ‘Kitchen Island’ Guna C Channel, Buat isteri Tersenyum Lebar Impian Dah Tercapai!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
‘Today Atuk Free’. Warganet Terhibur Lihat Gelagat Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob Bonding Dengan Cucu. Sweet!

Wpun sambutan hari merdeka dh berlalu tapi setiap kali berjumpa pasti kena nyanyi lagu tu sama2..
Wpun dia tdk memahami erti lagu tsb namun suka kpd lagu merdeka itu pun sudah ckp baik.
Insyaallah akan dtg atuk akan terangkan pengertian lagu & erti kemerdekaan….”
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Muat Turun Fail: https://cdn.keluarga.my/2020/11/whatsapp-video-2020-11-29-at-9.07.49-pm-29_57_108811.mp4Menjengah di ruangan komen, warganet terhibur dengan gelagat datuk dan cucu ini.
Sweetnya pak long dengan cucu
“Hampir 40 Jenazah Saya Hantar Ke Kubur, Tapi Tak Daya Bawa Jenazah Anak Sendiri. Luahan Bapa Ini Meruntun Jiwa. Sebak!

Pilu hati seorang ayah sukar diungkapkan dengan kata-kata bila mana tiga anak pergi buat selama-lamanya . Namun, sebagai umatNya, Mohd Ismail 64, , bapa kepada tiga beradik yang lemas di Sungai Terengganu, dekat Kampung Kuala Telemong, Hulu Terengganu, semalam reda dengan apa yang berlaku.
Dalam perkongsiannya menerusi Harian Metro, Mohd Ismail yang bekerja membawa kenderaan jenazah berkata, sudah menghantar hampir 40 jenazah ke tanah perkuburan tetapi kali ini dia tidak ada daya untuk berbuat demikian.
“Semangat saya menjadi lemah.Saya berasa sebak apabila melihat tiga keranda di ruang tamu rumah dan tidak berupaya untuk membawa sendiri jenazah anak ke tanah perkuburan,”ujarnya.
Dia bagaimanapun tetap reda dengan pemergian mengejut ketiga-tiga anak dan bersyukur kerana usaha pasukan keselamatan mencari mayat ketiga-tiga mereka selesai dalam masa yang singkat.
“Saya reda kerana orang kata mati lemas jadi syahid dan hadiah untuk mak ayah. Sebalik yang buruk ada baiknya,” katanya.
Mayat Umar Iskandar, 21, Khairil Firdaus, 17, dan Khalif Naim, 16, ditemui antara jam 9.50 pagi hingga 12.40 tengah hari.
Mohd yang juga pesara Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kuala Berang berkata, tiga anak terbabit menjadi harapan keluarga dan anak yang baik serta bertanggungjawab.
Menurutnya, Allahyarham Umar yang menuntut di Universiti Malaya (UM) bercita-cita menjadi pakar matematik, Allahyarham Khalif Naim pula belajar di Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang mahu menjadi kadi, bagaimanapun Allahyarham Khairil Firdaus tidak berkongsi cita-citanya.
“Saya nampak kesungguhan mereka belajar dan saya selalu mengingatkan mereka supaya belajar bersungguh-sungguh kerana kita orang susah,” katanya yang menjadi pemandu kereta jenazah dan pengurusan masjid sejak menamatkan perkhidmatan dengan TNB kira-kira empat tahun lalu.
Dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sudi memberi bantuan kewangan dan semangat serta pasukan keselamatan yang bertungkus-lumus sepanjang operasi.
Sementara itu, pemergian Khalif Naim Mohd, 16, dianggap suatu kehilangan besar buat warga Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Berang, memandangkan Allahyarham adalah pelajar yang pintar dan berbudi pekerti.
Guru tasmik halaqah al-Quran sekolah tersebut Mohd Sidik Hassan berkata, Allahyarham adalah seorang pelajar yang sangat menghormati guru, disenangi rakan, dan mempunyai ingatan cerdas dalam hafazan al- Quran.
“Allahyarham baru sahaja tamat menghafaz 30 juzuk al-Quran pada 10 Mac lepas. Allahyarham memang pelajar yang bagus, dan senang dibawa berbincang…. bersama-samalah kita semua doakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Khalif Naim bersama dua abangnya, iaitu Umar Iskandar, 21 dan Khairil Firdaus, 17, dikatakan ke sungai itu yang terletak hanya 200 meter dari rumah mereka, kira-kira 6 petang semalam.
Mayat ketiga-tiga beradik itu ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) di dasar sungai degan mayat pertama, Umar Iskandar ditemukan 100 meter dari lokasi kejadian pada pukul 9.50 pagi.
Ia disusuli mayat kedua, Khairil Firdaus, pada jarak 150 meter pada pukul 11.36 pagi dan mayat terakhir, Khalif Naim, pula ditemukan pada pukul 12 tengah hari tadi, dengan jarak 170 meter.
Khairil Firdaus ialah pelajar tingkatan lima Sekolah Agama Mahmudiah, Kuala Berang, manakala Umar Iskandar adalah penuntut Universiti Malaya.
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu Md Hilman Abd Rashid berkata, kes lemas tiga beradik itu adalah kes ke-13 yang berlaku di Terengganu sejak 1 Jan lepas.
“Kebanyakan kes lemas berlaku disebabkan mangsa tidak biasa dengan keadaan persekitaran di lokasi kejadian, sama seperti tiga beradik ini mereka tidak biasa mandi di sini dan banyak kemungkinan yang berlaku (punca lemas), seperti pasir jerlus, lumpur dan sebagainya.
“Saya nasihatkan rakyat Terengganu agar sentiasa berhati-hati apabila pergi ke tempat peranginan seperti sungai dan pantai, peka dengan bahaya yang ada ,kerana kemalangan dan kecederaan boleh berlaku tanpa dijangka,” katanya.
Sumber: BERNAMA
“Biasa Abang Akan List Menu Yang Nak Makan.’ Tak Dapat Sambut Ramadan Bersama, Suami Meninggal Terjatuh Ketika Menangkap Udang

Pengorbanan ibu bapa, sangat tidak ternilai. Kalau boleh, setiap keperluan dan kehendak anak mahu ditunaikan.
Melihat keterujaan untuk menghantar anak-anak ke sekolah, namun di sebaliknya hanya mereka yang mengerti kepayahan untuk menjadi melaksanakan tugas tersebut.
Anak-anak mungkin tidak mengerti kepayahan itu, kerana mereka hanya melihat setiap kemahuan akan dituruti dan setiap yang diimpikan akan cuba dipenuhi.
Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita pemergian seorang nelayan bernama Muhd Syamsul Helmi Abdul Aziz dalam insiden terjatuh ke laut ketika sedang menangkap udang.
Apa yang lebih menyedihkan, kata isterinya arwah sempat menghantar mesej di aplikasi WhatsApp sebelum insiden itu terjadi.
“Sebelum suami saya jatuh ke laut, arwah sempat menghantar pesanan WhatsApp menyatakan tangkapan udang kurang… (kalau) lepas bayar yuran sekolah anak jadilah,” kata Halimatul Noor Akira Omar, isteri kepada seorang nelayan yang ditemukan lemas selepas jatuh ke laut, kira-kira lima batu nautika dari jeti Kampung Nenasi.
Halimatul Noor Akira berkata, suaminya, Mohd Syamsul Helmi Abdul Aziz telah keluar rumah jam 8.30 pagi dan difahamkan turun ke laut pada jam 3.30 petang, Rabu lalu.
Dia dipercayai terjatuh ke laut, awal pagi Khamis, ketika menangkap udang bersama dua lagi rakannya.
[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar
Menurut ibu tiga anak itu, dia mengetahui kejadian menimpa suaminya, kira-kira jam 3 pagi, Khamis lalu, selepas dihubungi oleh adik iparnya.
Katanya, hanya Tuhan sahaja yang mengetahui perasaannya ketika itu.
Ketika itu, dia tetap berdoa semoga suaminya ditemukan selamat walaupun ia agak mustahil.
“Saya tidak pernah menduga dengan apa yang berlaku, arwah tidak menunjukkan kelainan, malah kehidupan kami sekeluarga sentiasa ceria melayan tiga cahaya mata, Muhammad Naqib Ramadhan, 6: Nur Hanan Aiman, 3, dan Muhammad Harraz Rizqi, 11 bulan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Beluru, Nenasi, dekat sini, semalam.
Beliau menambah, beberapa hari sebelum kejadian, dia melihat perubahan pada diri suaminya apabila banyak termenung sambil duduk sendirian.
Halimatul Noor Akira berkata, dia masih ingat arwah pernah menyatakan dia tidak berminat turun ke laut lebih daripada tiga orang dalam satu bot, alasannya kalau ramai, pendapatan akan diraih berkurangan.
“Saya bersyukur akhirnya mayat suami ditemukan jam 10.30 pagi Khamis, selepas tersangkut dalam pukat yang dipasang oleh nelayan yang terbabit dengan operasi pencarian.
“Saya reda dengan apa yang berlaku walaupun terlalu pahit untuk dilalui, pasti ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Saya perlu tabah menghadapi ujian yang begitu berat ini,” katanya yang kini tinggal bersama ibu, Zainab Muhamad, 62, yang mengalami masalah kesihatan selepas diserang angin ahmar.
Terbaharu, hantaran Akira di media sosial menarik perhatian ramai mengenai luluh hatinya mengenangkan Ramadan kali ini akan disambut sepi tanpa suami di sisi.
[TIPS]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club