Elok je kita letak gula dalam bekas, ehhh sempat pula semut mai datang hurung. Dah tu, boleh pula dia masuk dalam bekas tu tah celah mana tah masuk, padahal bekas dah cukup rapat dah!
Tapi, boleh ke guna lagi gula yang dah dimasuki semut tu?
Menurut buku 501 Persoalan Fikah Wanita oleh Zawiah Hassan, gula yang dimasuki semut masih suci. Cuma, kita perlulah membuang semut-semut itu terlebih dahulu.
Dari sudut kesihatan pula, ia bergantung kepada kuantiti dan jenis semut yang menghurung gula tersebut. Kebanyakan jenis semut tidak memudaratkan kerana ia adalah haiwan yang tidak berdarah. Malah sesetengah budaya mengamalkan tabiat memakan semut sebagai snek. (*Tapi, dalam Islam kita tak boleh makan semut kecuali tak sengaja.)
Maka, sekiranya semut tidak terlalu banyak, bolehlah diusahakan untuk memisahkannya agar gula tersebut masih boleh digunakan. Mari cuba tips dan petua halau semut dalam bekas gula yang mudah dan berkesan ini.
Ads
PETUA MUDAH HALAU SEMUT DALAM GULA
Cara-caranya:
1. Letak beberapa batang kulit kayu manis. (Semut tak suka bau kulit kayu manis ni, laju dia lari ajak geng)
Ads
2.Selepas 1 jam semut semut tadi hilang dari radar. Selamat mencuba!
Yakinlah kerja rumah bagi seorang isteri memang tidak akan pernah siap. Ada sahaja yang perlu dibuat, dan semua ini sungguh memenatkan. Mengeluh panjang sekali sekala itu biasa, namun jika setiap waktu ada sahaja yang dirungut, itu bukan dapat melegakan keletihan. Malah menambahkan beban semata-mata.
Namun alangkah tenang dan lapangnya hati kita sekiranya melihat daripada sisi berbeza.
Bukankah setiap pekerjaan yang dilakukan dengan ikhlas pasti ada ganjarannya dariNya.
Sila baca juga, perkongsian daripada seorang isteri ini untuk sama-sama kita jadikan inspirasi bersama dalam menjalankan tanggunjawab sebagai isteri dan anak agar semua itu menjadi lubuk pahala.
Buat kerja rumah memang penat. Tambah kalau kau kena hadap kerja-kerja tu 24 jam. Belum masuk lagi peel anak-anak yang dambakan perhatian kau. Allah, tak boleh berenggang lansung!
Mandi pun ala kadar, makan pun tak sempat nak kunyah sempurna. Dah serupa ular sawa, asal telan saja.
Percayalah, bukan kau seorang lalui benda ni. Semua ibu pun berdepan rasa yang sama. Letih, penat, takde me-time, serabai, bahkan kau lupakan juga kesihatan diri sendiri demi suami dan anak-anak.
Kalau kau pandang ini sebagai jalan untuk kau ke syurga, kau pasti akan senyum sampai telinga. Hilang penat dan lelah sebab kau tahu penat kau selama ini berpahala.
Setiap orang, jalan syurganya berbeza. Para ilmuan, jalan syurganya dengan menyebarkan ilmu. Banyak masa dihabiskan untuk berjumpa masyarakat dan sebarkan manfaat. Itu jalan dia. Kau jangan cemburu buta.
Sebab jalan syurga kau juga ada. Betul-betul di depan mata. Kalau menghadap karenah anak-anak pun kau dah merungut sebakul, cuba kau pandang semula mata anak-anak kau yang comel tu.
Mereka sihat! Cergas! Aktif! Kau nak bising apa? Kau nak tengok anak-anak kaku atas katil tak bergerak dengan wayar berselirat? Atau kau nak anak-anak cuma menelan susu tanpa dapat menjamah masakan kau yang sedap tu?
Faham yang kau penat. Penat kau itulah lubuk pahala. Dah alang-alang penat, biarlah penat yang berpahala. Hati senang, jiwa ceria, insya-Allah tersedia pula tempat untuk kau di syurga.
Sumber : SriAjilahSamsir
Mengeluh sekali-sekala tu, biasa.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Biasa kita dengar orang pergi ke klinik untuk dapatkan rawatan penyakit seperti demam, batuk, selesema, sakit-sakit badan dan sebagainya. Bahkan ada juga yang datang berjumpa doktor kerana tidak tahan menanggung rasa pijar yang berpanjangan.
Ini sebagai mana perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin di akaun facebook miliknya berkongsi pengalamannya dikunjungi pesakit yang ingin mendapatkan rawatan akibat tangan yang terasa pijar selepas menyambal walau telah dicuci berkali-kali dengan air namun tetap terasa pijar.
Bagi menghilangkan rasa pijar tersebut, diakui ada sahaja petua-petua orang dulu boleh dipraktikkan namun perkongsian penuh daripada Dr Kamarul ini didatangkan berserta dengan faktanya sekali.
Ujarnya kesalahan utama bila ingin menghilangkan rasa pijar di tangan adalah bukan semata-mata dicuci dengan air bersih. Namun ada yang perlu dilakukan dan untuk mengetahui lanjut ikuti perkongsian penuh daripadanya di sini.
Diharapkan ilmu ini dapat dimanfaatkan di masa akan datang dan sekali gus bolehlah ‘merawat’ rasa pijar dengan lebih mudah dan berkesan.
Ini perkongsiannya.
CILI MENGANDUNGI CAPSAICIN & INI YANG MEMBUAT RASA PIJAR
“Doktor, tangan saya pijar! Macam mana nak hilangkan? Seksa, doktor!”
Kadang-kadang, ada pesakit datang ke klinik sebab tangan dia pijar selepas dia menyambal. Kesilapan utama yang dilakukan oleh ramai orang adalah, mencuci dengan air sahaja.
Tangan kita pijar selepas pegang cili adalah kerana cili mengandungi capsaicin. Sebatian ini, akan merangsang reseptor deria sakit. Kalau kena kulit, kita rasa pijar, kalau kena lidah, kita rasa pedas.
Capsaicin ni, ia tak larut air. Kalau kita cuci tangan dengan air sahaja, capsaicin ni sukar nak tanggal dari kulit kita. Capsaicin ni larut dalam minyak/lemak. Oleh itu, kita gunakan:
SUSU: susu berlemak dan mengandungi sejenis protin dipanggil casein. Ia akan memutuskan ikatan antara capsaicin dengan reseptor di kulit. Selepas cuci dengan susu, bilas dengan air sabun.
MINYAK: jika nak cuci tangan guna susu, rasa macam membazir pula. Jadi kita boleh gunakan minyak. Minyak akan mencairkan capsaicin. Selepas itu perlu juga bilas dengan air sabun.
CUKA: capsaicin bersifat alkali, jadi secara teori bahan berasid boleh meneutralkan atau melemahkan kesannya. Boleh juga gunakan air asam, perahan limau, atau sos tomato.
ALKOHOL: capsaicin juga boleh dilarutkan dengan alkohol. Jadi boleh gunakan pensanitasi tangan berasaskan alkohol untuk mencuci tangan yang pijar. Kena gunakan banyak.
LOSYEN: gunakan losyen berasaskan minyak untuk melarutkan capsaicin, kemudian disusuli dengan bilasan air sabun untuk buang losyen yang telah dicemari capsaicin tadi.
Selain mencuci gunakan bahan-bahan tertentu, capsaicin juga boleh ditanggalkan menggunakan geseran. Maknanya kena gosok tangan dengan tuala, berus, garam atau hampas kelapa.
Jika berkira-kira ingin memberi mood baharu sempena sambutan Hari Raya ini pada ruang tamu terutamanya pada bahagian sliding door, apa kata anda gayakan dengan kemasan langsir yang nampak cantik dengan bajet yang mampu milik. Percayalah, impak gaya dan warna langsir yang akan digayakan ini akan memberi karektor berbeza.
Menurut Noor Hafiza Mohamad yang berkongsi idea dan bajet untuk melengkapkan gaya pada bahagian sliding door, nyata kos yang digunakan adalah RM206 sahaja. Jom teliti dan bolehlah diguna pakai jika ada yang berhajat untuk tukar langsir baharu raya kali ini,
DEKO BAJET ~ RM206 UNTUK PASANG LANGSIR SLIDING DOOR
Barang-barang yang diperlukan:
• 2 batang rod langsir IKEA RM15 x 2
• 6 pendakap rod IKEA RM6.50 x 6
• 1 pasang langsir MR.DIY RM50 x 2
• 1 pasang day curtain IKEA RM37.60
JUMLAH KOS = RM206.60
CATATAN
– Rod IKEA diperbuat dari besi RM15
– Rod MR DIY diperbuat dari plastik ~RM9 (>210 cm)
– Langsir IKEA banyak pilihan dan harga berpatutan. Semuanya labuh 250cm
– Saya pilih langsir MR.DIY sebab mahukan langsir yang lebih tinggi.
– Langsir day curtain (putih) banyak pilihan di IKEA dan harga berpatutan.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.