Setiap orang takkan lari dari rasa stress, betul tak? Tak kisahlah stress di tempat kerja ke, dalam pelajaran atau di rumah sekalipun, ia boleh mengundang masalah termasuklah dalam keguguran rambut! Biar betul? Nak tahu, jom spend masa sikit baca info di bawah ini ya!
Apa kaitan di antara stres dengan masalah rambut?
Menurut sebuah kajian, jumlah individu yang cenderung untuk mengalami masalah rambut seperti keguguran dan kebotakan akibat stress adalah sekitar 67 ke 97%.
Untuk lebih tepat, jenis stres yang dimaksudkan itu adalah stres psikososial di mana individu akan mula berasa terancam atau tertekan dengan lingkungan sosial mereka.
Contoh situasinya adalah ketika seseorang individu itu mula berasa sakit hati atau iri hati terhadap orang di sekeliling yang lebih berjaya berbanding diri mereka sendiri.
Stres jenis ini kemudiannya akan beri kesan buruk terhadap tubuh badan anda khususnya kepada rambut sekali gus menyebabkan masalah rambut gugur serta botak.
Dalam erti kata lebih mudah, masalah rambut adalah antara akibat stress yang sebenarnya mungkin boleh dicegah atau dielak asalkan anda tahu cara untuk kawal emosi.
Bagaimana stres itu boleh buat rambut gugur & botak?
Untuk pengetahuan anda semua, stres mungkin boleh jadi punca masalah rambut dalam 3 cara yang utama :-
#1. Alopecia areata
Alopecia areata merupakan kondisi berkaitan penyakit autoimun yang menyebabkan kerengsaan dan keradangan kulit kepala lantas mengakibatkan masalah rambut.
Sebenarnya, ia bukan sahaja boleh menyerang kulit kepala namun juga kawasan kulit lain yang penuh dengan rambut atau bulu seperti tangan, kaki atau ketiak.
Masalah keguguran rambut yang boleh dicetuskan oleh stres ini biasanya akan bermula dengan pola kecil dan agresif serta berakhir dengan kebotakan rambut total.
Selain stres, masalah ini turut didalangi oleh genetik di mana ibu bapa dengan kondisi sama juga mungkin akan mengakibatkan si anak mengalami keadaan yang sama.
#2. Telogen effluvium
Telogen effluvium merupakan kondisi berkaitan gangguan pada sistem siklus pertumbuhan rambut yang akan menjejaskan kadar rambut tumbuh atau keguguran normal.
Kebiasaannya, individu mungkin akan kehilangan sekitar seratus helai rambut dalam masa sehari namun stres adalah punca jumlah ini bertambah dengan lebih banyak.
Selepas rambut itu gugur, proses untuk menggantikannya akan berjalan seperti biasa. Namun masalah emosi adalah punca proses ini tidak dapat berjalan dengan baik.
Selain daripada stres, masalah emosi lain yang juga boleh jadi punca permasalahan rambut ini adalah kemurungan, kegelisahan atau lain-lain gejolak emosi dalam diri individu.
#3. Trikotilomania
Trikotilomania merupakan kondisi berkaitan tindak balas di antara psikologi dan fisiologi di mana individu cenderung menarik dan mencengkam rambut mereka sendiri.
Situasi ini mungkin akan berlaku angkara stres sehingga menyebabkan mereka merosakkan rambut sendiri, sekali gus mengakibatkan masalah keguguran dan kebotakan.
Adakah masalah kehilangan rambut ini akan kekal?
Berita baik buat anda, masalah kehilangan rambut akibat stress ini mungkin tidak kekal dan rambut boleh tumbuh semula asalkan kalian mampu untuk mengawal emosi diri.
Jika anda sudah terlambat pula, anda masih boleh menjalani perawatan seperti penanaman rambut di kulit kepala atau penggunaan sebarang tonik yang telah diperakui.
Jika anda perasan bahawa masalah rambut yang didalangi faktor emosi ini makin teruk, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan informasi dan nasihat lebih lanjut!
Macam mana nak atasinya?
#1 kawal emosi untuk elak rambut gugur atau botak dengan mengamalkan gaya hidup lebih sihat.
#2 Dapatkan rehat dan tidur yang lebih cukup untuk emosi lebih sihat. Sekitar 7 ke 8 jam sehari adalah waktu istirehat yang paling ideal.
#3 Dapatkan nutrisi yang penting dalam diet sehari-harian khususnya mengambil sumber protein dengan secukupnya.
Ini kerana rambut itu dihasilkan daripada sumber protein keratin. Dalam usaha menumbuhkan dan melebatkan rambut, maka protein perlu diambil dengan lebih banyak.
Sumber : Hello Doktor
Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!
Comel betul adik-adik BK buat Challange kumpul marshmellow!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/