Bila tiba Hari Raya, pasti ada pelbagai jenis biskut raya akan terhidang atas meja. Selalu semasa raya kita akan beli atau dapat biskut-biskut raya dalam kuantiti yang banyak. Raya kan sebulan? Tapi kadang-kadang itu, tak sampai sebulan dah lemau dan tak ranggup! Nak buang dan beli baru rasa macam rugi.
Jadi, seorang pengguna TikTok @n_iyliamarz telah berkongsi cara bagaimana nak buat biskut yang dah lemau jadi rangup balik. Nampak macam mustahil tapi anda juga boleh cuba untuk menentukan keberkesanannya.
CARA NAK BUAT BISKUT LEMAU JADI RANGUP, BARULAH SEDAP
Biskut raya jika salah cara penyimpanannya, akan menyebabkan biskut menjadi lemau dan tidak sedap. Namun jangan risau kerana ada caranya untuk buat biskut itu akan rangup dan sedap balik! Antara caranya adalah dengan:-
Ads
1. Letakkan biskut raya yang lemau tersebut ke dalam dulang oven.
Ads
2. Terbalikkan setiap biskut yang lemau tadi.
3. Masukkan ke dalam oven selama 10 hingga ke 15 minit dengan suhu 120 hingga 150 mengikut jenis oven.
Ads
Kemudian dah siap! Biskut raya anda akan kembali menjadi rangup dan sedap semula. Tak payah dah nak buang dan rugi. Selamat mencuba!
Bagi yang tengah mencari menu yang sesuai, ringkas dan mudah disediakan, mungkin boleh cuba kubis roll ini sebagai salah satu menu di rumah. Caranya cukup ringkas, bahannya pun tak susah nak cari. Rasanya pula dah tentulah sedap. Yang penting Diet menjadi!
Apa kata kita cuba resipi sumbangan Puan Noorazian Muhamad Xiyans Muhamad
ini. Katanya sesuai juga untuk seisi keluarga.
Bahan-bahan
Kubis cina (untuk roll)
Daun bawang (untuk mengikat)
Daging kisar / ayam kisar
1/2 biji bawang holland cincang
1/2 btg carrot cincang
Cili merah cincang
Hirisan daun bawang
Garam
Serbuk lada hitam
Minyak bijan – 1 sudu teh
Cara membuat:
1. LERAIKAN KUBIS
Mula-mula, leraikan kubis satu-persatu. Kalau boleh jangan terkoyak.
Saya guna kubis Cina sebab lembut dan warnanya pun cantik lepas dicelur.
2. CELUR KUBIS & BAWANG
Kemudian celurkan kubis dalam 6-8 minit. Masukkan sedikit garam dalam air mendidih.
Daun bawang pun dicelur sekejap.
3. SEDIAKAN INTI
Intinya tadi cuma gaulkan semua bahan-bahan di atas kecuali kubis dan daun bawang yang nak digunakan untuk menggulung.
Jadi masukkan daging kisar / ayam kisar, bawang, carrot, cili, garam, lada hitam, minyak bijan semua ke dalam sebuah bekas.
Tak perlu masak dulu sebab masa kukus nanti ia akan masak.
Gaul sebati.
4. GULUNG
Kemudian dah bolehlah gunakan inti tadi untuk digulung dalam kubis yang telah dicelur.
Gulungkan macam biasa, lebih kurang macam gulung kuih ketayap.
5. IKAT
Kemudian boleh ikat dengan daun bawang supaya gulungan tadi lebih kukuh.
6. KUKUS
Lepas tu, kukus dengan api sederhana selama lebih kurang 10-15 minit.
7. SIAP!
Dah siap pun. Beginilah hasilnya.
Mudah saja. Sedap tau, orang yang tak gemar makan sayur pun mesti akan suka.
Sedap dicicah dengan sos atau dimakan begitu saja.
BOLEH PELBAGAIKAN INTINYA
Anda boleh pelbagaikan intinya ikut citarasa masing-masing. Contohnya saya ada juga buat inti guna isi udang macam dalam gambar di bawah ini.
Memang lazat dan cukup mudah. Yang penting, sihat dan berkhasiat kan?
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Cara buat kerepek terung yang rangup dan sedap dimakan sampai sekeluarga boleh jadi leka mengunyah. Resipi ini juga boleh membantu untuk bagi anak anda yang tak suka makan sayur.
Sesetengah kanak-kanak memang susah nak makan sayur. Jadi ibu kena guna pelbagai Teknik dan tips untuk menawan selera mereka agar makan sayur dalam menu seharian.
Kalau sekadar masak sayur menu biasa, memang tak dipandang oleh si kecil. Sanggup dia buat muka mencebik kalau dihidangkan juga. Tapi kalau dia rasa kerangupan dan kesedapan kerepek terung mesti dia tak sangka ia sejenis sayuran.
Apa itu terung?
Mengikut Hello Doctor, terung atau turut dikenali sebagai eggplant di Barat merupakan tumbuhan yang saiz agak panjang, berbentuk bujur yang mempunyai warna ungu gelap.
Walaupun ia mungkin bukan satu tumbuhan yang popular, namun terung merupakan antara sayuran yang sering menjadi pilihan dalam masakan Melayu.
Dipanggil sebagai terung, mungkin bukan sesuatu yang memelikkan, namun pernah anda terfikir kenapa ia dipanggil eggplant atau terjemahan secara terus dalam bahasa Inggeris, ‘tumbuhan telur’, sedangkan ia langsung tidak mempunyai kaitan dengan telur?
Sebenarnya, panggilan ini merujuk kepada terung yang ditanam dan tumbuh di Eropah yang berwarna kekuningan atau putih yang menyerupai telur. Nama itu melekat sehinggalah ia mula dibawa masuk ke Barat.
Nama lain bagi sayuran ungu gelap ini adalah Solanum melongena. Ia dikatakan berasal dari keluarga ubi kentang dan tomato dan berkaitan dengan nightshade family Solanaceae
Ia boleh didapati dalam bentuk bujur atau telur besar dengan kulit licin dan berkilat dengan warna ungu gelap. Tetapi, adakah anda mengetahui apakah kebaikan terung daripada aspek kesihatan?
Terung juga adalah makanan baik untuk otak. Terdapat penyelidikan yang dijalankan ke atas tumbuhan ini memberikan tumpuan kepada kandungan anthocyanin phytonutrient (fitonutrien antosianin) yang terdapat pada kulit terung dipanggil nasunin.
Nasunin adalah sejenis antioksidan yang kuat dan bahan kimia radikal bebas yang terbukti melindungi membran sel daripada kerosakan.
Cara buat kerepek terung
Bahan-bahan:
Terung
Garam secukupmya
Serbuk kunyit
Tepung jagung
Serbuk cili
Cara membuat:
Pastikan anda menggunakan terung yang masih keras kalau lembik tak jadi kerepek rangup. Potong terung nipis-nipis.
Tabur garam, serbuk kunyit dan gaulkan.
Kemudian tabur tepung jagung bagi ia bersalut dengan terung tadi. Tepung tak perlu bancuh air. Tabjur sahaja sebab nanti air yang ada pada terung akan lekatkan tepung tersebut.
Kalau nak pedas boleh tambah serbuk cili. Kemudian boleh goreng dan angkat bila sudah kekuningan.Sedap dimakan sementara masih panas.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA tahun ini secara virtual. Anda bukan sahaja dapat belajar pelbagai ilmu keibubapaan daripada panel-panel seperti Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie tetapi juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah.
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kentang antara benda wajib yang dibeli oleh ibu-ibu setiap kali membeli barang keperluan rumah. Selain digunakan dalam masakan, kentang juga boleh dijadiakan snek ringan. Selain itu, ia juga dijadiakan bahan untuk tujuan kecantikan.
Namun, apa yang menjadi masalah, kentang tak boleh dibeli dalam kuantiti yang banyak. Sebabnya takut kentang tidak tahan lama dan akan jadi busuk kalau lambat digunakan dalam masakan.
Sebenarnya ada banyak petua yang boleh diamalkan bagi memastikan kentang mampu bertahan lama dan tidak cepat busuk. Apa yang anda kena buat?
Elak simpan dalam peti sejuk
Simpan pada suhu bilik dan jauhkan daripada cahaya matahari. Dalam keadaan lembap seperti di dalam peti sejuk, tunas kentang akan lebih cepat tumbuh dan kentang bertunas sebenarnya sudah tak berapa elok lagi untuk di makan.
Asing dan buangkan kentang yang mula busuk. Biasanya kentang dibeli dalam guni atau plastik besar, pasti ada kentang yang tidak elok. Asingkan dan terus buang untuk mengelakkan kentang tersebut memindahkan bakteria kepada kentang lain yang masih baik keadaannya. Jadi kentang yang tinggal boleh ditingkatkan jangka hayatnya.
Asingkan dengan bawang
Kadang-kadang kita simpan kentang sekali dalam bekas bawang bukan? Sebolehnya diasingkan kerana kedua-dua tumbuhan ini bila diletakkan bersama akan menghasilkan sejenis gas yang boleh saling merosakkan antara satu sama lain. Rugi. Jadi simpan kedua-duanya dalam bekas yang berlainan untuk tahan lebih lama.
Kalau kentang yang dah basuh pula, nak elakkan jadi lebam dan tahan lama sebaiknya jangan basuh. Cukup hanya dibuang kulit dan terus sahaja disimpan dalam peti ais. Bila kentang dibasuh, kentang tersebut akan menjadi lembap dan berair, dan ini memudahkan pembiakan bakteria. Akibatnya kentang akan cepat busuk.
________________________________________ Kenapa Kena Pilih Kentang Segar
Kalau makanan apa pun terutama sayur dan buah-buahan, kenalah pilih yang segar. Makanan yang segar ternyata lebih banyak khasiat berbanding yang tak segar. Jadi buat apa makan benda tak segar kan?
Yang anda perlu tahu, di dalam kentang terkandung nilai khasiat yang cukup hebat. Nutrien yang terkandung dalam kentang pula adalah vitamin B6, kalium, kuprum, vitamin C, mangan, fosforus, fiber, vitamin B3 dan asid pantotenik.
Walaupun banyak khasiat tapi kentang tak kurang juga nilai kalorinya. Satu cawan kentang bersamaan nilai kalori 161 dan mempunyai nilai GI dalam kategori tinggi, iaitu sekitar 70-80. Jadi kenalah berpada-pada jika ambil kentang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tangguh SPM, gadis 17 tahun perlu jalani rawatan kanser ovari. Seorang remaja perempuan yang sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini terpaksa menangguhkannya kerana perlu menumpukan rawatan kanser ovari yang dihidapi sejak tahun lalu.