‘Alam Ghaib Ni Wujud.” Walaupun Hampir 2 Bulan Menghilang, Keluarga Pendaki Hilang Di Pulau Mawar Tetap Ikhtiar

Share

Belum sempat habis merungkai misteri kehilangan Acap yang hilang di gua Tempurung selepas menyertai araca larian 4 tahun yang lalu, kini satu lagi misteri kehilangan pendaki dilaporkan. 

Kali ini berlaku di Pulau Mawar, Mersing. Pemuda yang bernama Akmal Hakimi ini dikatakan tidak pulang ke rumah selepas keluar mendaki bukit secara bersendirian pada 1 Februari yang lalu. 

Menurut abang kepada pemuda ini, Muhamad  Mirza Qusyairi Ishak, laporan polis sudah dibuat namun operasi mencari dan menyelamat (SAR) menemui jalan buntu. 

Adiknya yang juga penuntut Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Kampus Lumut, Perak sudah terbiasa mendaki bukit sendirian sebelum ini. Ini bukan kali pertama adiknya mendaki seorang diri.

“Kami dua beradik je. Dia anak bongsu. Dia dah pernah hiking Pulau Mawar sendirian sebanyak tiga kali. Sebelum ini pun dia hiking Gunung Lambak dan Gunung Rembau seorang diri.

“Kami cuba hubungi dan WhatsApp dia tapi tak dapat. Kadang-kadang mak tengah masak pun sedih. Dia tanya adik kat mana, hidup lagi atau tak?” 

Biarpun ada pihak yang mengaitkan kehilangan itu dengan alam mistik, Qusyairi berkata keluarga tidak putus harapan dan berharap adiknya akan pulang secepat mungkin.

“Saya dan keluarga turut pergi ke Pulau Mawar sejak 1 hingga 3 Februari. Selepas SAR dihentikan pada 7 Februari, pencarian diteruskan dengan agensi bukan kerajaan (NGO), sukarelawan, orang kampung, ustaz dan iman Masjid Besar Sultan Iskandar Johor Bahru.

Menjawab soalan yang ianya ada kaitan dengan alam ghaib, kata pemuda ini, 

“Alam ghaib ni wujud. Cuma saya dengan keluarga tak taksub. Orang lain nak cakap apa-apa, cakaplah. Allah saja yang tahu. Saya percaya ada hikmah. Selagi belum jumpa petunjuk, saya terus ikhtiar,” ujarnya lagi.

Qusyairi turut membuat hebahan mengenai kehilangan itu menerusi aplikasi TikTok dan menawarkan ganjaran RM50,000 kepada sesiapa yang berjaya menemui adiknya.

Menerusi posting di TikTok, Qusyairi berkata adiknya memakai jaket kuning, kasut kelabu dan beg sandang hitam berjenama Jeep pada hari kehilangannya.N

Netizen di TikTok turut menzahirkan rasa simpati di ruangan komen dan mendoakan agar adik Qusyairi dapat ditemui semula.

Beberapa komen yang ditinggalkan oleh netizen;

“Kadang-kadang dia nampak kita. Kita je tak nampak dia. Moga urusan pencarian adik dipermudahkan.

“Ya Allah, dalam apa keadaan sekali pun, pertemukanlah adik ni dengan keluarganya.

“Kenapa saya tengok tempat hiking meremang bulu roma?” tulis beberapa netizen.

 

[TIPS]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club