“Alahai Mini Tokti. Sejak Nak Jadi Kakak Ni Makin Cantik.” Pandu ‘Kereta Mewah’ , Reaksi Comel Aafiyah Jadi Perhatian!

Share

Kalau dah namanya anak selebriti, ke mana sahaja kaki melangkah , apa yang dipakai semuanya menjadi perhatian.

Apalagi kalau bergelar anak kepada penyanyi nombor satu negara. Penangan bergelar anak Tokti, tempias glamour turut dirasai Siti Aafiyah Khalid, puteri dan anak sulung kepada pasangan sejoli Dato Sri Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohd Jiwa.

Terbaru, pasangan ini meraikan majlis hari lahir Aafiyah kali ketiga dalam satu majlis yang berlangsung mengikut SOP tapi tetap meriah.

Majlis yang berlangsung sehari lebih awal itu diraikan bersama dengan pelancaran produk minuman kesihatan Beaukids kolaborai Beausiti X WonderLab serta majlis pelancaran single lagu kanak-kanak terbaharu, Medley Klasik Siti 1.

Di dalam majlis tersebut, Aafiyah tampil manis dalam persalinan gaun merah jambu sambil memandu sendiri kereta ferrari memasuki ruang dewan berkenaan sambil disambut oleh tetamu dan juga ahli keluarga.

Kelihatan tulisan ‘Aafiyah 19’ tertera pada kenderaan tersebut simbolik kepada tarikh lahir puteri keayangan Datok K dan Siti Nurhaliza.

Turut hadir meraikan majlis berkenaan, Asyraf Khalid bersama isteri dan anak, Izara Aisyah Bersama suami dan anak serta ahli keluarga Siti Nurhaliza.

Dalam pada itu, Siti yang kini memasuki bulan kelapan kehamilan berharap proses kelahiran anak keduanya berjalan dengan lancar pada bulan depan.

“Alhamdulillah saya sihat, anak dalam kandungan juga sihat. Doakan proses bersalin berjalan dengan mudah.

“Saya akan berpantang dan berharap pandemik akan segera selesai agar dapat bekerja seperti biasa selepas ini,” ujar Siti lagi.

Dalam pada itu, rata-rata memuji kecomelan puteri sulung Siti Nurhaliza dan Datuk K ini. Tak kurang yang menggelar si kecil ini sebagai ‘mini Tokti’.

ryan_escada Last pic tu sebijik ctdk❤️
yna_rasid Cantik nyer anak kak ct.. baju cantik rambut cantik semua cantik😍
nurulfarhyza87 aafiyah.. masya’allah cantik sangat
nora_dzia Sebiji macam tokti
sitimashitah_sarif Alahai mini Tok Ti nyaa❤️
mamasab.fiesya Aafiyah sebijik rupa dato’ ctdk…
cm7_nurhaliza Aafiyah cantik nya anak Ibu @ctdk sudah besar 😍😍🙌
ernaraemazhani Cantik nya anak.. Ibu Datok.. kayak Ibu & Ayah.. sukses terus Aafiah.. seperti Ibu& Ayah.. ank maniss

Sumber: ctdk

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club