Cerita perkongsian dari pelakon Zarina Zainuddin mengenai anak istimewanya Azal dan Azil sering di nantikan oleh netizen.
Semangat dan pengorbanan Zarina membesarkan mereka menjadi tunjang semangat bagi ibu bapa lain yang mempunyai anak istimewa ini.
Baru-baru ini, tular satu video TikTok di akaun Sugehresort yang memaparkan rakaman Zarina sedang bertanya kepada anaknya, Azal Azrai jikalau suatu hari nanti dia tiada, bagaimana perasaan Azal ketika itu.
Namun, apa yang mencuri perhatian ramai adalah ketika Azal ingin menjawab soalan yang ditanya oleh Zarina, tetapi secara tiba-tiba dia ‘membuang angin’.
Nak didik anak untuk cintakan agama bukannya mudah. Apa lagi mendidik untuk akur dan patuh dengan tiang agama yang satu ini, iaitu bersolat.
Baik yang kecil atau sudah semakin remaja, liat bukan main bila disuruh solat setiap kali masuk waktunya. Puas diajak, disuruh cara baik malah dipaksa, anak-anak semakin menjadi-jadi malasnya. Sudahnya ibu ayah buntu. Geram dan sakit hati sendiri.
Pendekatan psikologi antara yang boleh dicuba ibu ayah untuk mengajak anak bersolat. Pada masa yang sama wajib cuba doa paling mustajab yang diajarkan oleh Ustaz Iqbal Zain ini. Sama-sama kita usaha.
TIPS SUPAYA ANAK-ANAK SOLAT DENGAN KESEDARAN TANPA DISURUH-SURUH
Bagaimana membuat anak-anak solat dengan kesedaran mereka sendiri tanpa perlu disuruh dan dimarah?
Seorang sahabat bercerita: “Aku menceritakan satu kisah yang terjadi padaku. Anak perempuanku yang berumur 16 tahun, solat baginya adalah hal yang sangat berat . Pada suatu hari aku berkata kepadanya :
“Bangun solat subuh..dan aku mengintainya dengan ekor mataku. Aku melihatnya mengambil sejadah, kemudian melemparkannya ke lantai sudut biliknya. Lama kemudian ia keluar. Aku bertanya kepadanya : “Apakah kamu sudah solat .. ?” Ia menjawab : “Sudah”
Kemudian aku mencubitnya. Kerana berbohong
Aku benar-benar marah padanya, aku denda dia dan aku menakut-nakutkannya akan siksa Allah ..tapi ternyata semua kataku itu tidak ada yang menakutkannya.
Suatu hari, seorang sahabatku bercerita suatu kisah… “Suatu ketika ia berkunjung ke rumah seorang saudara dekatnya, ketika datang waktu solat, semua anak-anaknya langsung bersegera melaksanakan solat tanpa diperintah
Ia berkata : Aku berkata padanya “Bagaimana anak-anak kamu solat dengan kerelaan mereka tanpa disuruh.
“Ia menjawab :
Ada satu doa, sebelum aku menikah aku selalu amalkan dan sampai saat ini pun aku masih tetap berdoa dengan doa tersebut dalam sujudku, saat sebelum salam , ketika solat witir dan di setiap waktu-waktu yang mustajab .
Demi Allah wahai saudara-saudaraku, anakku saat ini telah bekerja sejak aku berdoa dengan doa itu, anakku itulah yang rajin membangunkan kami dan mengingatkan kami dan adik-adiknya untuk solat.
Alhamdulillah .. Mereka semua selalu menjaga solatnya. Neneknya bertandang ke rumah kami tercengang melihat anak perempuanku bangun pagi, kemudian membangunkan kami untuk solat subuh.
Jadi doa apa yang di baca?
Doa dari surah Ibrahim ayat 40
رب اجعلني مقيم الصلاة ِﻭَﻣِﻦ ﺫُﺭِّﻳَّﺘِﻲ ﺭَﺑَّﻨَﺎ ﻭَﺗَﻘَﺒَّﻞْ ﺩُﻋَﺎﺀ )
“Ya Robbku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yg tetap melaksanakan solat .. Ya Robb kami ,perkenankanlah doaku” (QS. Ibrahim : 40 )
Ya saudara-saudaraku semua berdoalah untuk anak kita semua, sebagaimana kita semua tahu bahwa doa adalah senjata seorang mukmin. Kirimkan tulisan ini agar lebih ramai orang yang mengambil iktibar. Semoga Allah merahmati orang yang bersedia untuk dikongsi bersama.
Bacalah selalu doa ini untuk anak-anakmu, biidznillah mereka akan selalu berada dalam penjagaan dan perlindungan Allah Ta’ala .. Aamiin Allaahumma Aamiin.
Dalam kemeriahan menyambut Tahun Baru Cina, industri hiburan tanah air tiba-tiba dikejutkan dengan amukan dari penyanyi yang terkenal dengan panggilan Mummy, siapa lagi kalau bukan Mas Idayu dalam sebuah rancangan hiburan yang menampilkan peserta yang mempunyai talian kekeluargaan bergabung untuk merebut hadiah yang ditawarkan di samping mencabar diri dari setiap cabaran yang diberikan.
Minggu lepas, apa yang menjadi bualan ramai adalah komen yang berbaur amarah dari Mas Idayu yang merupakan salah seorang juri bagi rancangan itu.
Komen yang diberikan mungkin kedengaran sangat beremosi namun penuh dengan nasihat, umpama ‘Ibu Marahkan Anak’ yang berulang kali melakukan kesilapan yang sama.
Terkesan dengan komen yang diterima, penyanyi Sissy Iman yang merupakan peserta program tersebut kelihatan sangat tersentap dan dilihat tidak mampu menahan airmata sewaktu berada di pentas.
Malah perkara itu berlarutan apabila Sissy dilihat tidak tampil di akhir rancangan tersebut dan rentetan dari itu Sissy Iman telah memuatnaik satu hantaran di laman Instagramnya seolah tidak mahu meneruskan karier nyanyian.
Bahkan penyanyi berbakat besar itu turut meluahkan kurang terujanya untuk melancarkan album terbaharunya bulan hadapan.
Terbaharu pasangan Sissy Iman dalam rancangan tersebut yang juga merupakan sepupunya iaitu Naim Daniel tampil memberikan kata-kata semangat buat Sissy Imann untuk kekal kuat bagi meneruskan perjuangan mereka di pentas rancangan yang bersisa dua minggu sahaja lagi.
Menyedari kesedihan rakan seperjuangannya itu, Naim menyatakan dirinya akan sentiasa bersama Sissy biarpun perlu menghadapi tugasan yang mencabar setiap minggu di pentas program tersebut.
Perkongsian tersebut telah dibuat oleh Naim menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Tak mengapa, saya ada.
Kadang, ada ketika dimana kita menjalani tuntutan tugasan kita dalam keadaan yang kita sendiri tak sehebat mana dalam menjayakannya, tapi kita tetap cuba.
Walau kadang kita dua tak pasti sama ada orang akan suka bagai nak gila atau benci mencuka.
Tak mengapa, saya ada.
Kadang, ada ketika dimana kita berdua berhadapan dalam satu keadaan sama ada ingin menyahut cabaran atau kekal dalam selesanya landasan, tapi tetap juga kita teruskan walau kita sama-sama takut dengan pelbagai penerimaan.
Biasalah, darah mudakan suka perubahan? Pasti adanya penentangan. Itu adat pertandingan.
Tak mengapa, saya ada.
Kadang, ada hari dimana kita berdua mati akal, kaedah apa dan lagu apa lagi yang kita nak bedal.
Supaya terhiburnya semua tanpa disangkal-sangkal. Kita tetap cuba cekal walau tahu penat minggu demi minggu kian menebal.
Tak mengapa, saya ada.
Dan jangan risau, walau ada hari dimana riang awak terhakis, menangis tak habis bagai pisau menghiris.
Tetap tak hilang peribadi awak yang umum tahu, seorang yang manis.
Tak mengapa, saya ada.
Semoga Sissy Iman terus kuat dan menganggap semua yang berlaku ini satu cabaran buatnya.
Kalah atau menang adalah adat bertanding, yang penting adalah ilmu yang diberikan oleh para juri serta pengalaman yang pasti akan mengajarnya sesuatu yang berharga.
Wanita yang ayu, lemah lembut dan sopan antara kriteria-kriteria biasa yang selalu kita dengar. Apatah lagi tidak ramai wanita yang sanggup melakukan kerja-kerja lasak seakan lelaki.
Namun tidak bagi gadis genit ini yang berusia 21 tahun ini. Nor Syazwani Nor Azman, gadis yang bertubuh kecil ini membuktikan bahawa wanita boleh melakukan kerja setanding lelaki.
Dengan berat badan 40 kilogram tidak menjadi penghalang untuk gadis manis ini mengangkat dan memunggah buah kelapa sawit boleh tahan beratnya bagaikan berat tong gas!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
NEKAD KERJA DI KEBUN
Dengan hanya memperolehi upah sekitar RM400 sebulan, dia tidak pernah merasa ralat memilih bekerja di kebun mandi peluh, gadis ini tekad untuk melakukan kerja di kebun yang kebiasaan dilakukan oleh orang lelaki tambahan pula tidak mempunyai kelulusan tinggi dalam pelajaran.
Melihat kerja lasak ini yang memerlukan tenaga yang kuat dan mampu mengangkat mengangkat setandan buah kelapa sawit yang dianggarkan seberat 25 kilogram, Syazwani memberitahu tiada makanan istimewa seperti vitamin tambahan. Sebaliknya makan apa yang dimasak oleh ibunya.
“Selain membuat kerja pemunggahan buah kelapa sawit, saya juga sedang belajar menuai daripada bapa saudara dan mahu menjadi sebahagian kemahiran jika bekerja di ladang.
“Sakit-sakit badan selepas bekerja di ladang adalah normal dan kebiasaan saya meminta ibu mengurut badan supaya segar semula.”
BANTU AYAH BUAT DAN BAIKI RUMAH
Katanya lagi, jika tidak ke kebun dia akan mengikut bapanya, Khairul Mohd Senawi, 43, yang terbabit dalam kerja pembinaan seperti membina dan membaiki rumah di sekitar kawasan berhampiran.
Syazwani memberitahu tidak pernah gayat apabila melakukan pembinaan rumah seperti memanjat bumbung rumah bagi memasang dan membaiki atap rumah.
“Saya sudah biasa melakukan kerja sedemikian selain tidak pernah berasa gayat.”
Bukan itu sahaja, gadis ini turut mahir menebar roti canai dan pernah membantu ibunya meniaga berniaga makanan di gerai berhampiran rumahnya.
IBU AKUI ANAK SUKA KERJA LASAK
Sementara itu, ibunya, Mastura Masran, 39, berkata, anak kedua dari sembilan beradik itu memang gemar melakukan kerja lasak.
Katanya, dia tidak hairan anaknya boleh melakukan kerja yang sering dibuat orang lelaki kerana dia juga pernah membantu orang tuanya di kebun .
“Kebiasaan anak gadis yang tinggal di tanah rancangan Felda akan membantu ibu bapa bekerja di ladang.”
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.