Gelagat selebriti sorang ini sememangnya sering mengundang tawa ramai. Terbaru, pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein sekali lagi mencuri tumpuan apabila berkongsi sekeping video memotong rambut suaminya, Mohamad Azlan di rumah.

Video yang berdurasi 1 minit itu memaparkan gelagat suami isteri ini berada di laman rumah. Elly dalam kapsyennya bergurau kononnya tengan memotong rambut adiknya.


Ade ni tgh nak potong rambut adik jap .. 🤣🤣🤣
Perkongsian tersebut mengundang tawa ramai lebih-lebih lagi gelagat Elly yang sering menyakat suami kesayangannya itu.


intan_insysa Msti husben kak lina ni xkering gusi..kak lina lawak..😂😂 arulaida 😂😂😂😂hebatnye…jadik la kak pompom 👍👍👍 shuk_95 Lawa jgk potongan rambut cikgu…😂 itsmekajahbeb1112 Tak tahan aku gelak besar aku mlihat kepom muka mengada2 tu..😂😂😂😂😂❤️ kamacaliff 😂😂😂😂😂kenapa la aku xleh tgk akak lina pompom ni…xbukak mulut pn dh tergelak ni acaner….😂😂😂 Elly dan Azlan mendirikan rumahtangga pada 18 Januari 2020. Kini, pasangan bahagia ini sedang menantikan zuriat mereka yang pertama memandangkan Elly kini sedang hamil lebih kurang 7 bulan.
Sebelum ini Elly pernah berkahwin dan memiliki seorang cahaya mata, Putri Sara Sefhia Azmi.