“Al-Quran Bersih Dan Ada Labah-labah Di Rehal..”-Wania Ni Kongsi Kesan Selepas Banjir Berlaku Depan Mata!

Share

Nafkah al-Quran ditemukan masih selamat meskipun keadaan rumah penuh berlumpur akibat banjir benar-benar menginsafkan buat kita yang melihatnya.

Begitulah yang dirasai oleh Zumigawati yang tinggal di Kampung Tengkawang Kuala Berang, Terengganu berkata, rumahnya mulai dinaiki air kelmarin sebelum dia terkejut melihat al-Quran yang sering dibaca dan diletakkan atas tilam dalam bilik itu tidak terjejas.

“Keadaan al-Quran itu sedikit pun tak kena lumpur dan tak terbalik sedangkan air sangat deras hingga mesin basuh dan tong gas terbalik,” kata Zumigawati Mat Adam, 49.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

Memetik Harian Metro, difahamkan Zumigawati  setiap kali selepas solat,  akan membaca al-Quran. Kemudian akan meletakkan al-Quran tersebut atas ‘toto’.

“Selalu tengok orang kongsi al-Quran selamat tak kena banjir, tapi kali ini terjadi kepada saya.

“Ketika melihat kejadian ini depan mata, tiada lain yang diungkapkan selain memuji kebesaran Allah SWT,” katanya ringkas.

Tambahnya lagi apa yang membuatkan dia terkejut  apabila terdapat labah-labah pada rehal itu.

 

“Keadaan rumah saya penuh lumpur dan berselut. Kalau tengok bahagian dalam al-Quran hanya basah sikit tapi macam terkena air bersih.

“Bahagian atas al-Quran pula bersih dan sedikit lumpur pun tak ada, kemudian, ada labah-labah kecil betul-betul  atas rehal. Saya teringat kisah labah-labah yang menyelamatkan Nabi Muhammad SAW ketika dalam Gua Hira,” katanya.

Sumber : Harian Metro

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club