Perginya seorang permata hati, Nur Dinie Damia akibat jangkitan influenza A benar-benar terkesan di hati warganet. Berita sedih ini dikongsikan oleh oleh semua dan memetik daripada Sinar Harian, ini beritanya.
Kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun, Nur Dinie Damia yang didakwa kritikal akibat jangkitan Influenza A disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10.40 malam tadi.
Perkara itu dimaklumkan bapa kepada kanak-kanak berkenaan, Muhammad Noor Ain, 38, menerusi aplikasi WhatsApp.
"Anak saya dah tiada. Innalillahiwainnailaihirojiun," katanya dalam mesej ringkas yang dihantar kepada pemberita. Dilaporkan jenazah kanak-kanak berkenaan telah dibawa ke bilik mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk proses bedah siasat.
Mengimbas kembali tahap kesihatan adik Nur Dinie, sebelum ini dia mula dimasukkan ke ke ICU HSA sejak beberapa hari lalu selepas kesihatannya merudum ketika dirawat di sebuah hospital swasta di Johor Bahru. Menayahnya iaitu, Muhammad Noor
“Nur Dinie sebelum ini seorang kanak-kanak yang aktif dan tidak menghidap sebarang penyakit namun kesihatannya tiba-tiba merudum selepas mengalami demam minggu lalu.
“Hari ketiga demamnya masih tidak kebah menyebabkan saya membawanya ke klinik sebelum dia disahkan dijangkiti influenza A sebelum dirujuk ke sebuah hospital swasta.
“Keadaan Nur Dinie ketika dirawat di hospital swasta juga tidak menunjukkan perubahan di samping mengalami muntah darah menyebabkan dia dirujuk ke HSA dan dimasukkan ke dalam ICU bagi pemantauan pakar, ” katanya.
Bersamalah kita sedekahkan al fatihah dan semoga keluarga adik Nur Dinie tabah menghadapai ujian ini.