Perginya seorang permata hati, Nur Dinie Damia akibat jangkitan influenza A benar-benar terkesan di hati warganet. Berita sedih ini dikongsikan oleh oleh semua dan memetik daripada Sinar Harian, ini beritanya.
Kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun, Nur Dinie Damia yang didakwa kritikal akibat jangkitan Influenza A disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10.40 malam tadi.
Perkara itu dimaklumkan bapa kepada kanak-kanak berkenaan, Muhammad Noor Ain, 38, menerusi aplikasi WhatsApp.
Ads
"Anak saya dah tiada. Innalillahiwainnailaihirojiun," katanya dalam mesej ringkas yang dihantar kepada pemberita. Dilaporkan jenazah kanak-kanak berkenaan telah dibawa ke bilik mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk proses bedah siasat.
Mengimbas kembali tahap kesihatan adik Nur Dinie, sebelum ini dia mula dimasukkan ke ke ICU HSA sejak beberapa hari lalu selepas kesihatannya merudum ketika dirawat di sebuah hospital swasta di Johor Bahru. Menayahnya iaitu, Muhammad Noor
Ads
“Nur Dinie sebelum ini seorang kanak-kanak yang aktif dan tidak menghidap sebarang penyakit namun kesihatannya tiba-tiba merudum selepas mengalami demam minggu lalu.
“Hari ketiga demamnya masih tidak kebah menyebabkan saya membawanya ke klinik sebelum dia disahkan dijangkiti influenza A sebelum dirujuk ke sebuah hospital swasta.
Ads
“Keadaan Nur Dinie ketika dirawat di hospital swasta juga tidak menunjukkan perubahan di samping mengalami muntah darah menyebabkan dia dirujuk ke HSA dan dimasukkan ke dalam ICU bagi pemantauan pakar, ” katanya.
Bersamalah kita sedekahkan al fatihah dan semoga keluarga adik Nur Dinie tabah menghadapai ujian ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Begitu banyak sebenarnya nasihat-nasihat daripada Luqman Al Hakim kepada anaknya telah diceritakan di dalam Al Quran. Ini adalah antara tips, nasihat dan info parenting yang boleh kita ikuti untuk mendidik anak-anak kita menjadi anak yang soleh. Jom semak.
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an adalah Lukman Al Hakim. Kenapa, tak lain, kerana hidupnya penuh hikmah. Suatu hari ia pernah menasihati anaknya tentang hakikat hidup.
“Anakku, jika makanan telah memenuhi perutmu, maka akan matilah pikiran dan kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan malas untuk melakukan ibadah, dan hilang pulalah ketulusan dan kebersihan hati. Padahal hanya dengan hati bersih manusia bisa menikmati lezatnya berzikir.”
“Anakku, kalau sejak kecil engkau rajin belajar dan menuntut ilmu. Dewasa kelak engkau akan memetik buahnya dan menikmatinya.”
“Anakku, ikutlah engkau pada orang-orang yang sedang menggotong jenazah, jangan kau ikut orang-orang yang hendak pergi ke pesta pernikahan. Karena jenazah akan mengingatkan engkau pada kehidupan yang akan datang. Sedangkan pesta pernikahan akan membangkitkan nafsu duniamu.”
“Anakku, aku sudah pernah memikul batu-batu besar, aku juga sudah mengangkat besi-besi berat. Tapi tidak pernah kurasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya.”
“Anakku, aku sudah merasakan semua benda yang pahit. Tapi tidak pernah kurasakan yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan.”
“Anakku, aku sudah mengalami penderitaan dan bermacam kesusahan. Tetapi aku belum pernah merasakan penderitaan yang lebih susah daripada menanggung hutang.”
“Anakku, sepanjang hidupku aku berpegang pada lapan wasiat para nabi. Kalimat itu adalah:
1. Jika kau beribadah pada Allah, jagalah fikiranmu baik-baik. 2. Jika kau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandanganmu. 3. Jika kau berada di tengah-tengah majlis, jagalah lidahmu.
4. Jika kau hadir dalam jamuan makan, jagalah perangaimu. 5. Ingatlah Allah selalu. 6. Ingatlah maut yang akan menjemputmu 7. Lupakan budi baik yang kau kerjakan pada orang lain. 8. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu.
Mesti ramai yang masih tertanya-tanya, apa punca hidung kerap berdarah?
Ramai yang bertanya kepada saya, apa sebenarnya punca yang menyebabkan anak mereka mengalami pendarahan hidung secara kerap, walaupun fizikalnya mereka nampak sihat.
Di bawah merupakan beberapa sebab biasa dan common yang boleh menyebabkan pendarahan hidung berlaku. Saya beri sepuluh punca. Antaranya :
1. Cuaca yang kering : persekitaran yang kering dan panas akan mengakibatkan lapisan mukosa dalam hidung anda kering dan mudah berdarah. Sekiranya anda sering mengalami pendarahan daripada hidung, pastikan anda mengelak daripada berada di kawasan yang terlalu kering yang boleh menyebabkan pendarahan lebih mudah berlaku.
2. Kerap mengorek hidung : ini biasa berlaku kepada anak-anak termasuk juga dewasa. Bagi kanak-kanak biasanya mereka akan menggaru hidung akibat gatal dan sebagainya, manakala bagi golongan dewasa tabiat mengorek hidung yang sudah menjadi ‘habit’ perlu dihentikan. Trauma dan luka pada lapisan dalaman hidung boleh mengakibatkan pendarahan.
3. Terlalu kerap menggunakan ubat nasal spray: ya, penggunaan ubat nasal spray adalah bagus bagi mereka yang mengalami masalah alahan, alergik dan sinus. Namun, untuk penggunaan sesetengah ubat nasal spray yang digunakan melebihi dan tidak mengikut nasihat doktor, ia boleh mengakibatkan lebih iritasi pada lapisan dalam hidung. Pendarahan boleh juga berlaku.
4. Ubat-ubatan : hati-hati dalam penggunaan ubat-ubatan khususnya jika anda mempunyai masalah pendarahan. Ubat-ubat seperti ubat tahan sakit jenis NSAIDS (non-steroidal antiinflammatory drug), ubat cair darah dan beberapa lagi yang lain boleh mengakibatkan pendarahan mudah berlaku. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil ubat-ubat seperti ini.
5. Penyakit hati: sekiranya anda mempunyai penyakit yang boleh mengganggu fungsi pembekuan darah, seperti organ hati… ia boleh juga menyebabkan pendarahan berlaku. Dapatkan pemeriksaan doktor sekiranya masalah yang anda alami tidak berkurang.
6. Alahan dan resdung : masalah ini merupakan antara yang biasa ditemui di kalangan pesakit saya. Sekiranya masalah sinus atau alahan anda tidak terkawal, anda memang berisiko untuk mengalami pendarahan hidung. Gunakan ubat yang diberi atas nasihat doktor. Cuba elakkan perkara-perkara yang boleh mengakibatkan masalah anda bertambah serius.
7. Darah tinggi : masalah ini biasa berlaku kepada mereka yang mengalami ‘hypertension’ yang tidak terkawal. Pesakit biasa boleh mengalami gejala seperti pening kepala, kabur mata dan mereka juga boleh mengalami simptom pendarahan hidung akibat pressure terlalu tinggi. Kawallah tekanan darah anda. Pastikan anda mendapat follow up yang regular dan teratur bersama doktor.
8. Penyakit dalam darah : kadang-kadang kita tidak sedar bahawa pendarahan daripada hidung juga merupakan antara simptom kepada penyakit dalam darah seperti thrombocytopenia, leukemia, hemophilia dan sebagainya. Sekiranya anak anak anda ada tanda-tanda pendarahan atau lebam pada anggota lain selain hidung, dapatkan pemeriksaan doktor terlebih dahulu.
9. Penggunaan bahan dan makanan tradisional : ada juga di kalangan pesakit saya yang mengalami pendaran hidung akibat masalah ini. Ada yang terlalu percaya pada suplemen atau minunan tradisional berbanding ubat-ubat hospital. Tujuannya untuk supaya badan lebih kuat, memutihkan kulit, mencuci buah pinggang kononnya, mengawal kencing manis… namun akibatnya, masalah lain pula yang datang. Penggunaan makanan atau minuman seperti ini tanpa nasihat doktor boleh mengakibatkan pendarahan berlaku juga.
10. Kanser : untuk mereka yang berusia khususnya(walaupun boleh berlaku kepada golongan muda), pendarahan daripada hidung secara tiba-tiba perlu diambil lebih serius. Apabila ia berlarutan melebihi tiga minggu disertai benjolan pada leher, masalah pendengaran, maka dapatkanlah pemeriksaan daripada doktor.
Sumber: Dr Ezairy M.Sallih
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila tiap-tiap tahun hamil, memang akan memudaratkan kesihatan wanita yang bergelar isteri itu. Memang ada yang kata, jangan ditolak rezeki yang diberiNya. Rezeki setiap tetap ada. Tetapi fikirkan kesihatan ibu yang hamil. Malah ada yang sanggup mengambil risiko merancang sendiri. Bangga lagi apabila berjaya melakukan cara ni.
Namun ada juga yang tak berjaya. Apa pun jangan buat main hal kehamilan ni kerana ia boleh menjejaskan keselamatan ibu yang hamil terutama yang bersalin secara pembedahan. Apa yang pasti kena juga merancang cara yang betul atas nasih doktor. Ikuti perkongsian Bel Nawhen yang sungguh bermanfaat bersama.
Tak habis2 dengan ayat ‘Saya merancang sendiri pun berjaya’ awak tu. Awak nak tahu tak, ada sahaja ibu caesarean yang ikut ideology awak tu, hamil balik selepas 6 bulan melahirkan secara pembedahan sebab merancang sendiri yang didewa-dewakan semua tu.
Sudahnya, perlu pembedahan lagi.
Perdarahan pula tu sebab rahim memang belum sembuh sepenuhnya.
Rahim hampir pecah jadinya.
Tolong. Simpan cadangan rancang sendiri tu untuk diri sendiri. Tak payah bawa ke sosial media dan memudaratkan orang lain yang mengikutnya. Kot awak nak tolong susukan anak dia masa dia admit boleh juga.
Kami doktor, nurse ni bukan dengki sangat dengan awak yang subur ni. Tapi kami risau sebab risiko itu sentiasa ada.
Merancang kehamilan bukannya kita ni nak menolak rezeki, tetapi kita nak memastikan setiap amanah yang diberi boleh dijaga dengan rapi.
1) Biar dalaman cukup kuat sebelum hamil semula. 2) Biar emosi cukup sihat sebelum menambah lagi. 3) Biar hilang lelah berjaga malam dahulu sebelum kembali kepada rutin itu lagi. 4) Biar anak2 cukup kasih sayang, cukup menyusu dengan ibu sekurang-kurang 2 tahun. 5) Biar fizikal cukup fit untuk terkejar2 dengan anak2 yang dah besar dan yang masih bayi.
Ramai yang beranak kecil dengan umur diantara anak rapat-rapat mengalami tekanan kerana tidak cukup rehat fizikal dan emosi. Suami pula lepas tangan. Jangan begitu. Kesian kat isteri sikit.
Notakaki: Kewanitaan anda bukan dinilai melalui berapa kali anda mampu hamil.