Tahniah diucapkan buat pengacara, Jihan Musa yang mendedahkan dia kini hamil anak ketiganya.
Menerusi Instagramnya, Jihan dan suaminya, Ungku Haris memuat naik video berkongsi perkhabaran gembira itu kepada ahli keluarga kedua belah pihak ketika menyambut Aidil Adha pada Jun lalu.
“Berita yang tidak dijangka, reaksi yang tidak dijangka.
“Alḥamdulillāhi ‘lladhi bi ni`matihi tatimmuṣ-ṣāliḥāt,” tulisnya menerusi kapsyen.
Menerusi video kejutan yang dikongsikan itu, kedua-dua buah keluarga ternyata amat terkejut dengan pendedahan mereka sebelum kesemuanya bersorak gembira dan mengucapkan tahniah atas kehamilan itu.
Tambah menarik bila mana anak sulung Jihan, Arsalan turut sama mengumumkan kehamilan bondanya kepada ahli keluarga. Memang gamat.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat dan pengikut Jihan turut sama mengucapkan tahniah atas perkhabaran gembira itu serta mendoakan agar kehamilan dipermudahkan hingga melahirkan kelak.
Terdahulu, Jihan dan suaminya, Ungku Hariz mendirikan rumah tangga pada Mac 2016. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Ungku Arsalan Haq dan Ungku Altamis Barr.
Menarik: “Anak Dah Sepasang” Tak Mahu Czer Kali Ke-3, Shila Amzah Tak Rancang Tambah Anak!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my