Sedangkan suami isteri pun terasa kepayahan dalam mencari rezeki dan membesarkan anak sekaligus, apatah lagi buat ibu tunggal yang perlu memikirkan cara mencari duit untuk menyara dan membesarkan anak sendirian.
Itulah yang rasai dan dilalui oleh pelakon, Rita Rudaini yang telah memuat naik video throwback memaparkan dirinya bersama anak-anak ketika kecil.
Video yang dikongsi di laman Instagram itu menyatakan bahawa dia tidak pernah terbayang akan diuji dengan menjadi seorang ibu tunggal yang membesarkan anak-anak sendirian.
“Tak pernah terbayang… waktu mereka sekecil ini, aku dah galas tanggungjawab sorang-sorang.
“Hebatnya energy dan emosi yang Allah hadiahkan pada aku dan ibu-ibu tunggal yang lain. Bukan senang ya, nampak macam senang kan,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Tambahnya, hanya insan bergelar ibu tunggal saja merasai pengalaman suka duka sebegini.
“Liku-liku, lopak, gaung, duri di kiri kanan… hanya kami saja yang dapat rasa, nak explain dengan kata-kata memang tak dapat.
“Hanya dengan air mata aku explain kepadaNya… syukur padaNya yang telah menulis perjalanan hidup aku, indah dengan pengalaman. Sangat indah dengan bahagia cara kami sendiri,” tambahnya.
Sekadar info, Rita pernah berkahwin dengan pemain bolak sepak, Aidil Zafuan pada 2008.
Namun, perkahwinan mereka tidak berpanjangan apabila bercerai pada 2013.
Hasil perkahwinan tersebut, Rita dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 14 dan Airit Qaqa Arjuna, 12.