Setelah beberapa konflik yang melanda buat pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana, akhirnya mereka memilih untuk berpisah dengan cara baik dan damai.
Bagi penerbit, Datuk Yusof Haslam serta isteri, Datin Patimah Ismail, mereka akui sedih dengan keputusan yang dibuat oleh anak dan menantu mereka namun pasrah dengan keputusan Syamsul yang akhirnya bersetuju menceraikan isteri pertamanya Puteri Sarah pada 18 April nanti.
Memetik laporan Harian Metro, kata Yusof, mereka cuma berdoa agar krisis dan konflik antara keduanya bernoktah dengan perdamaian demi anak-anak.
“Walaupun sedih, Sarah sendiri ada alasan yang kuat dan dia tetap akan menjadi menantu kesayangan kami. Syamsul pun jangan lupa tanggungjawab terhadap anak-anak.
“Bila sudah jadi bekas isteri, kami harapkan hubungan mereka takkan terus keruh. Semoga mereka berdamai dan terus jalin silaturahim kerana kita pun tidak tahu apa boleh berlaku pada masa hadapan.
Ads
“Itu kami serahkan kepada Tuhan namun yang penting biarlah segala krisis dan konflik mereka berakhir. Kalau keruh, nanti jadi tak sihat, jangan ada permusuhan pun,” katanya kepada Harian Metro.
Yusof juga menyerahkan segala urusan lafaz cerai pasangan itu pada 18 April ini kepada mereka sepenuhnya. Beliau dan isteri tidak akan hadir ke mahkamah untuk prosiding terbabit.
“Itu keputusan terbaik yang mereka ambil, kami hormat. Kami tak nak pilih kasih dan biarlah berada di tengah-tengah. Apapun, yang penting semoga ia takkan jejaskan hubungan dengan anak-anak,” katanya.
Ads
Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah di sini menetapkan 18 April ini untuk pengarah filem Syamsul melafazkan cerai terhadap isteri Puteri Sarah.
Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas menetapkan tarikh itu, selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baharu dan penyelesaian antara kedua-dua pihak.
Ads
Bagaimanapun terma penyelesaian akan dimaklumkan pada tarikh terbabit yang mana ia akan direkodkan. Antaranya membabitkan hadanah (hak jagaan anak), nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian.
Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Sumber : Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lama tidak mendengar khabar pelakon putih melepak ini. Jika dahulu wajahnya sering menghiasi ruangan drama. Watak antagonis yang dibawakannya tidak pernah mengecewakan.
Namun seiring dengan kemunculan muka-muka baru, kelibatnya jarang kelihatan. Terbaru, Zila Bakarin mengejutkan ramai pihak apabila tampil dengan berhijab. Dia menarik perhatian ramai apabila berkongsi gambar memakai tudung menerusi akaun Instagramnya buat tatapan umum. Menurut Gempak, pelakon ini mendedahkan dia telah berhijab sejak sebulan yang lalu.
Baiknya Hati ‘Cleaner’ Ni! Tak Ada Kereta, Wakaf 2 Mesin Dialisis, Raih Perhatian Ramai
Seorang Mukmin yang ingin menjadi baik iaitu menjadi manusia yang bermanfaat kepada manusia lain dan menjadi hamba yang taat kepada Allah SWT pastinya tahu akan perkara yang boleh membina kebaikan dalam diri seseorang manusia.
Ramai manusia yang ingin menjadi baik, tetapi tidak dapat membina kebaikan diri kerana tidak tahu akan formula untuk menjadi insan yang benar-benar baik pada pandangan Allah SWT dan baik dalam kalangan manusia.
Namun jika kita yang pilih untuk menjadi baik dan bermanfaat kepada orang lain tidak perlu kaya atau hartawan.
Sebagaimana perkongsian ini menarik perhatian ramai apabila seorang ‘cleaner’ sanggup mewakafkan mesin dialisis. Tidak berkira, biarpun hidup seadanya. Tetapi sanggup korban harta untuk memberi manfaat kepada insan yang memerlukan pertolongan. Baiknya hati insan ini.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Seorang ‘orang’ berhati mulia. Jual tanah untuk wakaf 2 mesin dialisis. Saya panggil dia Kali.Nama penuh Kalipulizan. Dia pelanggan saya.Dia kerja cleaner kat Pusat Dialisis.
Dia tak dak kereta. Dia ada motor pi kerja, motor pi kedai dan motor makan angin. Tahun lepas dia lantik saya jual tanah dia.
Saya dah jual. Saya tanya, ‘Nak buat apa duit jual tanah?’. Dia kata nak buat belanja. Dia juga nak beli mesin dialisis 2 biji, nak wakaf kat Pusat Dialisis yang dia kerja cleaner.
Hari ni Kali hantar gambar mesin dialisis. 2 biji. Saya tanya, ‘Berapa kos 2 biji mesin dialisis yang dia wakaf?’ Lapan puluh ribu.
Kali masih kerja cleaner kat Pusat Dialisis yang dia wakaf 2 biji mesin yang berharga lapan puluh ribu ringgit.
Kecoh baru-baru ini seorang wanita dikenali sebagai Rosnazirah Mohd Naim yang merupakan seorang ejen produk kosmetik dipercayai dilarikan oleh sekumpulan lelaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, Kelantan, pada Selasa lalu.
Ibu kepada Rosnazirah, Zahasnah Mohd Zain menyatakan sehingga kini mereka sekeluarga masih berada dalam keadaan trauma dengan apa yang berlaku serta terngiang-ngiang suara anaknya meminta tolong ketika diheret oleh sekumpulan lelaki.
Bercakap sekiranya keluarga menerima sebarang panggilan mengenai wang tebusan, Zahasnah berkata sehingga kini keluarga masih tidak menerima apa-apa panggilan.
Makcik sekarang terlalu sedih mengenangkan nasib anak yang sehingga kini tidak mendapat sebarang khabar berita. Makcik hanya mampu berdoa supaya Rosnazirah ditemui selamat dan menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Diseret tanpa sempat pakai selipar
Bercerita mengenai kejadian yang berlaku, Zahasnah mengatakan pada ketika itu dia baru sahaja selesai solat Asar sebelum didatangi beberapa orang lelaki yang bertanyakan nama anaknya.
Suami terus memanggil anak yang ketika itu berada di dapur dan secara tiba-tiba Rosnazirah diheret tanpa sempat memakai selipar atau tudung. Pakcik (suami) sempat bergelut beberapa minit walaupun lelaki itu mengeluarkan pisau, namun pakcik terpaksa mengalah sebaik lelaki itu mengeluarkan pistol sambil mengeluarkan kata-kata ugutan.
Ketika itu ramai yang menyaksikan kejadian itu termasuk anak Rosnazirah yang menangis meminta pertolongan, namun tiada siapa yang berani mengenangkan lelaki itu mempunyai pistol.
Difahamkan, sebelum kejadian, si ibu menyedari terdapat sebuah motosikal lalu lalang di kawasan rumah sebelum empat orang lelaki datang menaiki kereta. Dalam pada itu, adik mangsa, Mohd Syarafi mengatakan mereka sekeluarga akan mengadakan solat hajat agar kakaknya ditemui dengan selamat.
Sumber : Harian Metro
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...