Pelakon Nonny Nadirah mengakui dia pernah berada dalam keadaan jahil apabila mempersoalan mengenai tujuan dalam hidup dan kewujudan Allah.
Nonny menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok Hijabistamy berkata persoalan itu timbul disebabkan dirinya tidak mempunyai pengetahuan agama yang luas.
“Apa sebenarnya tujuan kita dalam dunia ini.. apa sebabnya kita dicipta? Dulu Nonny tak tahu, kadang-kadang Nonny bertanya siapa ini terutama Allah itu siapa? Banyak kali Nonny tertanya macam itu.
“Kadang-kadang orang cakap jangan macam itu, nanti macam kita persoalkan. Tapi sebabkan kita tak ada basic agama yang betul, itu yang menyebabkan kita keluar dengan soalan-soalan yang pelik,” katanya.
Ads
Menurut Nonny, disebabkan itu juga dia mencuba untuk mencari orang sekeliling yang terbaik untuk membawanya ke arah yang lebih baik.
Ads
“Sebab itu Nonny cuba cari sekeliling Nonny yang terbaik, walaupun latar belakang saya bukan yang terbaik. Memang dari keluarga yang bercerai berai, yang memang hidup berasingan dengan keluarga.
“Lepas itu dengan bekerja pula dulu dekat club..latar belakang memang orang cakap tak baik. Tiba-tiba dapat rezeki masuk industri seni. Nonny pun teruskan macam biasa, tanpa ada guide yang betul.
Ads
“Apa yang Nonny rasa nak buat, Nonny buat,” ujarnya lagi.
Dalam video temu bual penuh, Nonny turut mengucapkan rasa syukur apabila dia didampingi dengan keluarga dan sahabat seperti penyanyi Mila Jirin dan Heliza yang membantu membimbing dirinya selain memperbanyakkan ibadah solat. Bukan itu sahaja, Nonny juga menitipkan nasihat untuk mereka yang menghadapi masalah supaya lebih mengutamakan Allah dalam kehidupan.
Perkahwinan adalah sebuah perkongsian kehidupan buat pasangan suami isteri. Kala dalam tempoh ikatan kasih sayang pastinya ada cabaran suka dan duka.
Namun, jika pasangan saling melengkapi antara satu sama lain, tentunya kebahagian itu sentiasa menyenari rumahtangga itu.
Begitu yang dipaparkan perkongsian seorang doktor ini melayani isterinya tanpa berkira. Malah meninggalkan cebiasan nota dan duit belanja buat isteri cukup manis membuatkan rumahtangga itu bahagia.
Malah cebisan nota ini yang dikongsi di facebook beliau telah mendapat sharing sehingga 16K telah menarik perhatian netizen yang melahirkan rasa kagum cara melayani isterinya.
Ikuti perkongsian cara beliau membahagiakan keluarga.
Nanti Ita check atas meja. Kot ada apa-apa rezeki ya. Love you.” Biasanya aku akan menghantar whatsapp begitu jika aku siap dulu ketempat kerja setiap pagi. Jika isteri pergi dulu, biasanya dia akan periksa sendiri atas meja apa yang ada sambil-sambil dia sediakan sarapan pagi untuk kami.
Jika sempat, aku kongsikan sepotong ayat Alquran atau hadis pada nota. Kalau tak sempat aku hanya tinggalkan nota ringkas atau hanya duit saja. Setiap hari aku akan bagi duit belanja makan minum untuk kami sekeluarga. Bermula dari 18 tahun lepas lagi. Ya, itu nafkah suami kepada keluarga. Itu tanggungjawab seorang suami selaku ketua keluarga.
Sejak dari awal perkahwinan kami, aku mulakan dengan sedikit. Dari tahun ke tahun, gaji aku naik maka aku tambah sikit demi sedikit. Almaklumlah, keluarga pun semakin besar. Belanja pun semakin tinggi.
“Abang, takyah lah bagi duit belanja banyak sangat. Ita pun kerja. Ada gaji,” ujar isteri. “Eh mana boleh. Belanja makan dan pakai keluarga mesti abang. Itu kan nafkah. Tanggungjawab abang. Jangan sesekali guna duit ita,” balas aku.
Duit isteri adalah untuk belanja diri dia sendiri. Bukan untuk keluarga. Setiap kali aku memberi, isteri akan tanya, “eh abang! Banyak sangat ni. Nanti abang tak cukup duit lak.”
“Alah tak banyak mana pun. Abang ada lagi ni,” balasku. Itu selalu akan aku jawab. Tak ternilai dengan wang ringgit pun pengorbanan seorang isteri kepada kita dan keluarga. Walaupun kadang kala aku ‘kekeringan’, aku tetap berusaha untuk beri belanja kepada keluarga. Itu tanggungjawab suami dan bapa kepada anak-anak. Muka mesti buat tenang. Takut dia terperasan.
“Alah, takde duit. Benda boleh settle lah. Kita kan anak jantan” – aku bermonolog kadang-kadang. Rezeki sikit, sikit lah. Jika banyak maka banyak lah. Ikut kemampuan. Alhamdulillah, masih cukup untuk kami sekeluarga.
”Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.” (Surah Al-Israa’ : Ayat 31) Segala makan minum, pakaian, rumah, kereta, pendidikan anak-anak dan lain-lain keperluan rumahtangga aku yang bertanggungjawab. Itu kewajipan. Itu juga prinsip aku.
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka”. (Surah al-Nisa’ ayat 34) Membelanjakan harta untuk isteri dan keluarga bukan sekadar kewajipan malah ia satu amalan yang disukai Allah.
Walaupun si isteri bekerja dan makan gaji, tak kiralah gaji si isteri lagi besar dari si suami, kewajipan itu harus diletakkan kepada ketua keluarga iaitu si suami. Semoga si suami seluruhnya dimurahkan rezeki. Amin
Betapa besarnya pengorbanan anak muda ini, Alif Iqbal, 16 tahun. Seluruh usia remajanya dimanfaatkan membantu ibu untuk mencari rezeki bagi menampung kehidupan dan perbelanjaan rawatan ayahnya yang kini lumpuh akibat serangan angin ahmar bahkan turut menghidap penyakit diabetes, darah tinggi dan jantung.
Dianggarkan kos untuk perbelanjaan ubat-ubatan, susu, lampin pakai buang untuk ayahnya kira-kira RM100 sehari atau RM3,000 sebulan.
Ini sebagaimana yang dipaparkan di Sinar Harian dan memetik lanjut tentang kisah Alif Iqbal ini berkata dia dan ibunya, Noor Razira Seman, 43, akan bangun awal pagi menyiapkan tiga adik berusia lima tahun yang bersekolah di Tadika Kemas dan berusia lapan dan 11 tahun yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Beris Panchor.
“Selepas saya hantar mereka ke sekolah, saya akan pulang untuk bantu ibu urus bapa seperti lap badan, sedut kahak, menukar lampin serta memberi makan dan minum.
“Saya bantu kerana kudrat ibu sendirian tidak mampu untuk mengangkat atau mengalihkan badan bapa. Sudah selesai semua itu baharulah saya keluar siap-siap untuk berniaga jagung,” katanya ketika lawatan Presiden Kelab Kebajikan Cakna Kelantan (KKCK), Pui Tiong Lam hari ini.
Alif Iqbal mempunyai susuk tubuh setinggi 150 sentimeter dengan berat 80 kilogram memungkinkan ramai yang tidak menjangkakan usianya masih muda dan wajar mendapatkan pendidikan demi masa depan namun persekolahannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor 1 ditangguhkan akibat desakan itu.
“Saya minat dalam bidang automotif dan teringin untuk masuk ke sekolah vokasional namun ketika ini ibu bapa saya sedang susah dan sayalah sebagai anak sulung yang perlu memikul tanggungjawab menolong ibu bapa saya.
“Sebagai abang yang sulung juga saya perlu menjaga adik-adik. Mereka perlu diberi makan dan kalau saya tidak cari duit nanti mereka akan lapar,” katanya sayu sambil meneruskan kerja-kerja membersihkan jagung.
“Selepas direbus saya akan membawa jagung ini ke Pasar Malam Padang Tembak, Pengakalan Chepa pada hari Isnin dan Rabu. Jagung madu dijual dengan harga tiga batang RM5, dapatlah untung bersih RM100 setiap kali berniaga.
“Modal saya guna niaga seterusnya dan baki duit saya bagi pada ibu untuk perbelanjaan ubatan bapa, makan minum dan persekolahan adik-adik. Kadang-kadang adik-adik datang tolong sebab mereka kumpul duit hendak beli basikal,” katanya.
Sementara itu, Noor Razira berkata, dia amat mementingkan pelajaran anaknya dan akan menghantar Alif Iqbal ke sekolah semula kelak.
Menurutnya, sebelum ini mereka menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat namun terhenti sementara ditukar ke kategori pesakit kronik.
“Apabila suami dimasukkan ke wad, Alif Iqbal yang menjaga adik-adik. Dia memang anak yang sangat baik dan bertanggungjawab walaupun baru berusia 16 tahun,” katanya.
Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh berbuat demikian ke akaun Agro Bank Norazira Seman 2-00-6631-00032088-0 atau hubungi talian 0139957775.
Sardin antara makanan dalam tin yang menjadi kegemaran ramai.Ia enak dimasak sambal, dijadikan inti sandwich mahupun dimakan begitu sahaja.
Buat penggemar sardin yang sering membelinya memang akan mengeluh ketika ini kerana harga satu tin sardin kian mahal dan tidak berbaloi dengan kuantitinya yang sedikit.
Kalau dah begitu apakata cuba buat sendiri sardin di rumah. Cara ini lebih menjimatkan dan yang penting hidangan sardin bebas daripada bahan pengawet. Memang berbaloi.
Bahan-bahan:
1 kg Ikan Sardin
2-3 labu bawang besar (dipotong dadu)
3 ulas bawang putih (dipotong dadu)
1 inci halia (dihiris)
2 biji tomato (dipotong dadu)
1 sudu besar tomato puri
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cili kisar
2 keping asam keping
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan Air
Sedikit garam dan perasa
Cara membuat:
Tumis bawang besar, bawang putih dan halia seketika di dalam periuk tekanan tinggi (presurre cooker)
Masukkan tomato diikuti bahan-bahan sos cili, sos tomato, cili kisar dan tomato puri, kacau sebati.
Masukkan air setengah cawan dan gaul rata.
Tambahkan garam dan perasa.
Masukkan ikan dan tutup periuk. Set high pressure selama 60-90 minit. Masak sardin hingga betul-betul lembut (sampai tulang ikan rapuh).
Info Ekstra:
1. Lepaskan ‘pressure’ perlahan-lahan dan buka penutup.
2. Sekiranya terlalu berkuah, reneh sebentar (tanpa bertutup) untuk memekatkan kuah.
3. Boleh dimakan terus atau dimasak semula mengikut kegemaran.
4. Letakkan dalam bekas kering dan simpan di dalam peti sejuk selama sebulan atau lebih tanpa bahan pengawet.
5. Boleh juga mengguna periuk biasa cuma perlu menjaga api (api tidak terlalu besar) dan selalu dikacau supaya ikan tak melekat. Masa memasaknya pun lebih kurang sejam lebih bergantung kepada kuantiti ikan.
Sumber Resipi: Junaidah Bujang
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.