
Lazimnya skydiving dilakukan oleh orang dewasa. Ia merupakan aktiviti lasak yang memerlukan keberanian terutama berada di tempat yang tinggi.
Sudah pastinya aktiviti lasak ini kurang menjadi tumpuan kanak-kanak yang masih kecil. Tetapi berlainan pula dengan kisah keluarga ini yang kini trending di TikTok. Anak perempuannya yang baru berusia 3 tahun berani melakukan skydiving!
Sebagaimana yang dikongsi menerusi akaun TikTok, dengan nama AleeshaNurHuwainaa
Video yang berdurasi hanya 19 saat ini mendapat tontonan sehingga 899.5k dengan tanda suka lebih 55.9K.
“Kuturuti kemahuan mu nk jdi spidergirl.”-AleeshaNurHuwainaa
Watch on TikTok
Dalam pada itu, pemilik akaun ini juga turut berkongsi lokasi aktiviti ekstrem atas permintaan netizen. Aktiviti lasak itu dilakukan di dalam bangunan yang sudah tentu memerlukan daya keberanian.
Katanya, ia terletak di Windlab, indoor skydiving, 1 utama, Damansara.
Warganet teruja melihat keberanian si cilik 3 tahun!
Melihat perkongsian itu, ramai warganet memberi pujian atas keberanian anak kecil itu. Ada juga yang mengaku tidak berani untuk melakukan aksi lasak begitu. Selain itu, ada yang mendoakan anak ini menjadi seorang yang berani apabila dewasa nanti.
Sumber: AleeshaNurHuwainaa
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
“Pakar Ramai Nak Tolong, Doakan Kami. Moga Ada Allah Dalam Setiap Langkah & Usaha Kami.” Dr. Amalina & ‘Team’ Tunggu Ketibaan Adik Ainul Di Uk.

Isi Kandungan
ToggleKisah adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin pernah tular sebelum ini dan mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Rata-rata menghulurkan salam simpati atas penderitaan yang dialaminya. Dalam usia yang masih kecil, dia sudah diduga ujian yang cukup hebat.
Terbaru, menerusi laman instagram ayahnya yang berkongsi berita gembira, Ainul pakar di United Kingdom sudah bersedia untuk merawat penyakit ketumbuhan dibahagian mulut yang dihadapi Ainul.
View this post on InstagramA post shared by Ahmad Safiuddin B Ahmad Razak (@ahmadsafiudinn) on
Pakar perubatan di United Kingdom (UK) sudah memberi maklum balas bagi melakukan merawat terhadap Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menghidap ketumbuhan di bahagian mulutnya.
Menerusi laman Facebook Ahmad Safiuddin, dia berkata Dr Nur Amalina Che Bakri yang kini berkerja di sebuah hospital di UK turut menyertai rawatan tersebut.
Dr. Amalina & team sudah respon!
“Mereka dah ready di sana and minta kami buat MRI di sini. Menurut kata Dr Amalina, Pakar-pakar di UK ramai yang nak bantu Ainul,” katanya.
View this post on InstagramDah besar nanti, kamu akan jadi wanita yang hebat.
A post shared by Ahmad Safiuddin B Ahmad Razak (@ahmadsafiudinn) on
Rata-rata netizen menitipkan doa agar urusan merawat bayi berusia lapan bulan itu dipermudahkan sempena bulan penuh keberkatan ini.
eira_rahman94 Alhamdulillah.. semoga dipermudahkan urusan ainul.. moga Ada keajaiban Di Bulan Ramadan ni buat adik ainul…
puansri_alizanoor_mohdnoor Tqsm @dramalinabakrisempena bulan mulia ini.. allah angkat darjat buat Dr… kami yg tidak termampu hanya mampu berdoa agar semua berjalan dgn sempurna dan berjaya.. aamiin ?
azibeemamajara Alhamdulillah…syukur ya allah…semoha allah permudahkan seluasnya utk awak sayang….?
ayatoyui1432 Ya Allah mudahkn segala2 urusn ank ainul…juga ibu bapa ainul…yg sentiasa mencari jln tuk mengubati ank syurga ini..moga Ramadhn ini memberi rahmat ke ats keluarga ini…dilindungi oleh mu Ya Allah..?????
natrah_daleela7 semoga allah mudahkan awk bby syg….dan semoga awk blh menjalani khdupan sperti bayi2 yg lain…we pray of you syg…bantuan allah sgt ajaib….
hadzelinyusof Alhamdulillah. Semoga ada keajaiban dri Allah swt.
iffnadeeya Alhamdulillah… Moga ada sinar buat adik ainul mardhiah dgn berkat Bulan Ramadhan
Sumber: IG ahmadsafiudinn
“Selain Isteri Bantu, Saya Guna Tongkat Untuk Berjalan.” Suhaimi Saad Dedah Hidap Sakit Mata Kronik!

Selepas lama tidak mendengar berita mengenai penyanyi nasyid Suhaimi Saad, terbaru menerusi laporan Kosmo, bekas kumpulan InTeam ini dikatakan mempunyai masalah kesihatan. Suami kepada Ina Naim ini dikhabarkan menghidap sakit mata yang kronik sejak setahun lalu.
Suhaimi saad kini dikatakan banyak bergantung dengan isterinya, Ina Naim bagi membantu dalam menguruskan urusan harian kerana matanya mengalami rabun dan masih dalam rawatan.
“Saya mengalami masalah mata ini sejak tinggal di ibu negara lagi. Selain isteri, saya juga menggunakan tongkat untuk berjalan…”
“Saya masih mendapatkan rawatan susulan di hospital selain meneruskan rawatan secara tradisional untuk mengubati mata ini…”
Tampil single terbaru
Meskipun keadaan kesihatan terjejas, namun Suhaimi berkata dia masih aktif dalam bidang seni dan sedia membuat persembahan jika mendapat jemputan.
Malah, penyanyi itu bakal tampil dengan single terbaharu ciptaannya sendiri yang berunsurkan ketuhanan berjudul Zapin Selawat penghujung tahun ini.
Bisnes dalam talian
Sementara itu, bagi menambah pendapatan keluarga, isterinya menjalankan perniagaan barangan kosmetik dan pakaian secara dalam talian serta mengambil tempahan makanan.
Pasangan itu memiliki empat anak iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 12, Sallman El-Khoyri, 10, Phyrosh Elfadwah, 8, dan Nurlayla Elghufrony,6, yang bersekolah di rumah (home schooling) dengan ibu mereka sebagai guru.
Difahamkan, Pengerusi Persatuan Kebajikan Penggiat Seni Kelantan, Mohamad Afandi Mohamad akan membantu penyanyi itu untuk kembali aktif dalam bidang seni.
Sumber: Kosmo Online
Ibu Diwadkan Akibat Covid-19 & Anak Terus Rayu Nak Jumpa Walau Sekejap!

Umum mengetahui apabila seseorang itu positif covid-19, akan dengan segera di tempatkan di hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
Apa yang menyedihkan pula, bermula sejak tiba ke hospital, berpindah ke unit rawatan rapi atau ke wad pengasingan, ianya menjadi sebuah perjalanan yang teramat sunyi tanpa ditemani ahli keluarga.
Semuanya dilakukan sendiri dan senario ini juga tentu mengundang rasa pilu buat kaum keluarga akibat tidak dapat menemani orang tersayang ketika mereka sakit.
Ini sebagaimana yang cuba dikongsikan oleh doktor ini tentang satu kejadian di hospital.
“Tak boleh ke saya nak jumpa mak saya doktor? Sekejap pun jadilah.”
Sayup-sayup suaranya di hujung talian. Yang pasti, ianya berselang seli dengan bunyi esakan tangisan kesedihan.
“Minta maaf puan. Buat masa ni memang kami tak dapat benarkan sesiapa pun masuk ke sini. Kita tak boleh ambil risiko kerana ia boleh jadi berpunca dari virus bahaya yang boleh berjangkit.”
Aku terpaksa menerangkan lagi buat kesekian kalinya.
Seperti mana kebanyakan hospital lain, wabak virus maut yang melanda memaksa kami di sini mengubah cara kerja seharian. Ada sebahagian ruang di jabatan kecemasan perlu ditutup sepenuhnya kepada waris dan keluarga pesakit.
Langsung tak dapat benarkan mereka untuk masuk.
Bahkan tak semua kakitangan kesihatan diberikan keizinan berada dalam ruang tu.
Hanya beberapa orang staf saja dalam satu-satu masa yang akan bertugas merawat pesakit di situ.
Itu pun kami perlu berpakaian perlindungan lengkap yang menutupi seluruh anggota badan. Siap wajib mengenakan penutup kepala dan juga perisai muka (face shield).
Panas, berpeluh lencun, tak dapat nak bernafas dengan selesa disebabkan topeng muka, semua tu terpaksa ditahan. ‘Zero’ tolak ansur.
Kecuaian mungkin akan menyebabkan jangkitan pada si perawat sendiri.
Segala urusan perhubungan dengan waris dilakukan melalui telefon atau pun rakan kami yang bertugas sebagai ‘runner’ di luar.
“Tak apalah doktor. Tapi tolong ya, berikan rawatan yang terbaik untuk mak saya. Saya masih nak jumpa dia lagi.”
Sayu benar rayuannya.
“Baik puan. Kami usahakan yang terbaik. Selebihnya kita serah pada Tuhan. Puan sekeluarga teruskan berdoa.”
Lantas aku meletakkan talian kemudian berpaling ke arah tubuh emak kepada wanita tu. Jasad tua itu terlantar lesu di atas sebuah katil.
Tiub pernafasan jelas terletak antara mulutnya bersambung ke mesin bantuan pernafasan.
Turun naik pergerakan dadanya, patuh mengikut aturan setting pada mesin tersebut.
Dia tiba sebentar tadi dalam keadaan hampir tak sedarkan diri. Nafasnya termengah-mengah dan bila dadanya diaskultasi, bunyi paru-paru kedengaran terlampau sempit menggambarkan proses pernafasan yang teramat sukar.
Rawatan awal segera diberikan namun keadaannya masih serupa.
Lantas kami terpaksa memasukkan salur tiub ke dalam saluran pernafasan lalu menyambungkannya ke mesin bantuan pernafasan.
Terpaksa.
Demi mengelakkan bebanan melampau pada tubuh yang boleh mengakibatkan degupan jantung terhenti secara tiba-tiba.
Kisah ini hampir sama dengan apa yang sedang berlaku di kebanyakan tempat di negara kita.
Ada pesakit yang tak bernasib baik. Dijangkiti entah dari mana. Demam, batuk, selsema lalu kemudian keadaan merosot secara tiba-tiba.
Serangan teruk pada fungsi pernafasan hingga akhirnya bergantung pada mesin bantuan.
Yang paling menyakitkan, mereka terpaksa lalui semua itu seorang diri.
Bermula sejak tiba ke hospital, berpindah ke unit rawatan rapi atau ke wad pengasingan, ianya menjadi sebuah perjalanan yang teramat sunyi.
Tiada ahli keluarga yang dapat menemani.
Tiada kawan mahupun sahabat handai yang hadir menjenguk.
Dan jika ditakdirkan penyakit tersebut meragut nyawa, maka hanya pasukan dari bahagian kesihatan saja yang mengurus jenazah.
Tiada waris yang melihat dan mendekati jenazah hinggalah selesai pengkebumian.
Percayalah.
Selagi mana rantaian virus ni tak diputuskan, selagi itulah kesedihan begini akan terus berulang.
Dan ia boleh berlaku pada aku sendiri, kau dan kita semua.
sumber : Dr Ahmad Luqman Bukhari.