“Aku Tiada Duit, Kau Belanja. Kalau Aku Sakit, Kau Jaga.” Momen Pertemuan 2 Sahabat Yang 20 Tahun Berpisah Ini Undang Sebak

Share

Di sinilah segala persengketaan akan terungkai dan yang jauh didekatkan. Sebab itulah ramai yang sanggup ambil cuti lama untuk meraikannya dan menggunakan kesempatan ini untuk mengeratkan silaturahim.

Bukan setakat bersama keluarga dan saudara mara sahaja, inilah masanya untuk bertemu kembali dengan rakan-rakan yang bertahun-tahun tidak berjumpa.

Jika sebelum ini asyik sibuk dengan kerjaya, peluang inilah yang terbaik untuk berjumpa.

Begitulah yang berlaku kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Rose Zainal apabila dapat bertemu semula dengan sahabat baiknya yang juga merupakan rakan sebilik sewaktu di universiti yang dikenali sebagai Yus Idawati, selepas 20 tahun berpisah.

Menerusi hantaran di laman TikTok, Rose yang kelihatan sangat teruja telah berkongsi momen bahagia itu dilihat begitu gembira menyambut kedatangan sahabatnya sekeluarga yang datang berkunjung ke rumah untuk beraya.

“Pertemuan selepas 20 tahun berpisah dengan sahabat baik saya. 3 Tahun kami jadi rakan sebilik.” Tulisnya di kapsyen.

Tambah runtun lagi, apabila Rose berkata, Idawati merupakan individu yang banyak membantu dan menjaganya ketika dia jatuh sakit ketika menjadi roomate.

Kongsi susah senang bersama. “Aku tiada duit kau belanja makan. Kalau aku sakit kau tolong tengokkan. Aku ingat lagi semua itu.”

“Sayang kau selamanya sahabatku Yus Idawati. Semoga ada rezeki kita berjumpa lagi.”

Video tersebut telah mengundang sebak dikalangan para netizen apabila melihat pertemuan semula dua rakan baik itu selain mendoakan persahabatan mereka kekal selamanya.

Ada juga yang melahirkan harapan untuk bertemu semula dengan rakan baik mereka di zaman belajar dulu kerana selepas tamat pengajian, ramai yang sibuk dengan kerjaya dan keluarga masing-masing sehingga tidak dapat meluangkan masa bertemu dengan rakan-rakan.

Semoga Aidilfitri ini mengeratkan lagi silaturrahim dan ikatan persaudaraan di antara kita semua.

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club