“Aku Mungkin Tak Sama Seperti Arwah Suami Mung Dulu…”- Issey Akhiri Zaman Duda, Pilih Kenalan Lama Jadi Pasangan Hidup

Share

penyampai radio Suria FM dan juga pelawak terkenal, Issey Fazlisham telah selamat bergelar suami kepada pasangannya Noor Aimi Jamel dengan sekali lafaz.


Dengan sekali lafaz, Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, 32 sah bergelar suami kepada Noor Aimi Jamel . Penyampai Radio Suria FM ini bertemu jodoh dengan ibu tunggak yang mempunyai 3 orang anak. pasangan ini dikatakan sudah mengenali antara satu sama lain sejak dibangku sekolah lagi.




Majlis yang berlangsung dengan penuh ketenangan ini diadakan di Calamaya Garden ,Kota Bharu Kelantan dengan dihadiri sahabat handai dan juga saudara-mara kedua-dua belah pihak. Dalam majlis tersebut, Issey telah memberikan sebentuk cincin dan senaskah al-Quran sebagai mas kahwin kepada Aimi serta dinikahkan oleh Timbalan Imam Masjid Mukim Pauh Panji, Ustaz Tengku Mahmud bin Tengku Haji Ibrahim.


Untuk makluman, penyampai radio itu pernah mendirikan rumahtangga dengan seorang wanita dari Kelantan namun perhubungan mereka tidak bertahan lama sebelum mengambil keputusan untuk berpisah. Manakala Aimi pula sudah dua tahun kematian suami dan memiliki tiga orang anak hasil perkahwinannya yang terdahulu.
Semalam, Issey turut memuat sekeping gambar bersama isternya dengan caption yang cukup menyentuh hati.


"Kenal masa sekolah menengah. Form 1. Aku pernah naik basikal lalu depan rumah dia. Semata mata nak usha dari jauh. Ada 3,4 kali jugak la aku buat. Sampai la dia perasan, terus aku tak buat dah. Tu cerita dulu. Alhamdulillah. Masing masing pernah ada pengalaman berkahwin. Aku mungkin tak sama seperti arwah suami mung yang dulu. Tapi insyallah. Aku cuba yang terbaik. Kita sama sama jaga perhubungan ini. Insyallah. Mohon dipermudahkan semuanya esok. @aimi_jamel
#gengissey
#isseyxaimi

Sumber: IG isseyfazlisham