
penyampai radio Suria FM dan juga pelawak terkenal, Issey Fazlisham telah selamat bergelar suami kepada pasangannya Noor Aimi Jamel dengan sekali lafaz.
Dengan sekali lafaz, Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, 32 sah bergelar suami kepada Noor Aimi Jamel . Penyampai Radio Suria FM ini bertemu jodoh dengan ibu tunggak yang mempunyai 3 orang anak. pasangan ini dikatakan sudah mengenali antara satu sama lain sejak dibangku sekolah lagi.
Majlis yang berlangsung dengan penuh ketenangan ini diadakan di Calamaya Garden ,Kota Bharu Kelantan dengan dihadiri sahabat handai dan juga saudara-mara kedua-dua belah pihak. Dalam majlis tersebut, Issey telah memberikan sebentuk cincin dan senaskah al-Quran sebagai mas kahwin kepada Aimi serta dinikahkan oleh Timbalan Imam Masjid Mukim Pauh Panji, Ustaz Tengku Mahmud bin Tengku Haji Ibrahim.
Untuk makluman, penyampai radio itu pernah mendirikan rumahtangga dengan seorang wanita dari Kelantan namun perhubungan mereka tidak bertahan lama sebelum mengambil keputusan untuk berpisah. Manakala Aimi pula sudah dua tahun kematian suami dan memiliki tiga orang anak hasil perkahwinannya yang terdahulu.
Semalam, Issey turut memuat sekeping gambar bersama isternya dengan caption yang cukup menyentuh hati.
"Kenal masa sekolah menengah. Form 1. Aku pernah naik basikal lalu depan rumah dia. Semata mata nak usha dari jauh. Ada 3,4 kali jugak la aku buat. Sampai la dia perasan, terus aku tak buat dah. Tu cerita dulu. Alhamdulillah. Masing masing pernah ada pengalaman berkahwin. Aku mungkin tak sama seperti arwah suami mung yang dulu. Tapi insyallah. Aku cuba yang terbaik. Kita sama sama jaga perhubungan ini. Insyallah. Mohon dipermudahkan semuanya esok. @aimi_jamel
#gengissey
#isseyxaimi
Sumber: IG isseyfazlisham
“Anak Perempuan Ni Kena Banyak Cakap Dan Rapat Dengan Mereka.” Bapa Ini Kongsi 10 Tip Didik Anak Perempuan.

Bukan mudah nak didik anak yang ramai dengan pelbagai kerenah yang diluar jangkaan.
Namun, bukan calang-calang yang mampu untuk mengajar anak agar patuh dan hidup saling membantu dengan adik beradik yang lain.
Bagi Baharuddin Mohammed, yang merupakan bapa kepada sembilan orang anak dengan enam perempuan, mengakui ia bukan sesuatu yang mudah.
Namun, ilmu keibubapaan yang dimilikinya mampu membantu dirinya dan isteri menguruskan anak-anak dengan sempurna. Ikuti 10 tip menguruskan anak perempuannya.
10 Tip Didik Anak Perempuan
.
Keluarga saya besar. Anak saya sembilan orang dan enam darinya adalah perempuan. Paling dewasa 17 tahun dan paling kecil sudah 8 tahun. Saya kongsikan beberapa tip sebagai ayah menjaga anak perempuan.
.
Mendidik anak perempuan berbeza dengan anak lelaki kerana hati mereka lembut. Kalau cakap tinggi sikitpun dah meleleh air matanya. Tapi kita kena banyak cakap dan rapat dengan mereka untuk memastikan mereka dalam landasan yang betul.
Korang bayangkanlah kalau dah 6 orang anak dara dalam rumah. Paling ketara rumah dah macam kedai jual baju dan tudung punya banyaknya pakaian mereka. Tak campur lagi maknya.
.
Nak tunggu bersiap seorang 30 minit. Kalau dah 7 orang setengah harilah jawabnya.
.
Tip ayah ramai anak
=================
.
1. Saya selalu memuji-muji isteri saya didepan anak-anak perempuan. Saya selalu cakap jadikan ibu mereka sebagai contoh. Anak-anak perempuan akan jadikan ibunya sebagai idola mereka.
.
2. Selalu ikut mereka keluar. Jangan biasakan mereka keluar sendiri. Hantarkan mereka kemana sahaja mereka nak pergi. Pesan jangan suka tidur dan duduk rumah orang lama-lama. Anak dara tak manis dipandang orang selalu pergi rumah orang.
.
3. Jadikan mereka kawan. Setiap pagi bila hantar mereka ke sekolah selalu nasihatkan mereka supaya jaga tingkah laku dan sopan santun. Lebih penting pilih kawan, jangan terlalu rapat dengan kawan lelaki.
.
4. Selalu kenal siapa kawan rapat mereka. Ambil tahu apa aktiviti mereka. Selalu tanya dan semak phone mereka. Biarlah orang kata kita kolot tapi anak kita terjaga.
.
5. Minta mereka selalu tolong didapur. Biasakan dengan kerja rumah dan pengurusan rumah. Biasakan mereka membasuh, memasak dan tanggungjawab dengan adik-adik. Berikan tugas mereka untuk pastikan semua barang dapur cukup. Ini semua melatih mereka cekap mengurus hal rumah tangga.
.
6. Berikan peluang pada mereka untuk buktikan kejayaan mereka dengan apa yang mereka minat. Cuba penuhi hasrat mereka. Berikan galakan dan motivasi kepada mereka supaya mereka yakin yang mereka boleh berjaya. Jika ada kejayaan kecilpun hargailah mereka dan puji mereka. Orang perempuan suka dipuji, tapi pujian yang berpada-pada.
.
7. Ajarkan mereka dari kecil dengan perasaan MALU. Jangan belikan baju mereka yang ketat-ketat. Selalu tegur mereka kalau mereka ketawa terlalu kuat atau suara yang nyaring.
.
8. Isteri saya akan pastikan anak-anak saya solat diawal waktu. Mengaji sekurang-kurangnya sehelai Quran sehari, waktu subuh atau lepas solat magrib. Ini terapi paling berkesan supaya anak ini lembut hatinya.
.
9. Jangan sesekali memukul mereka dibadan yang menyakitkan. Jangan sekali memukul mereka sehingga meninggalkan kesan. Anak perempuan bukan sama macam anak lelaki. Kesan itu akan mendalam sehingga ke hati mereka. Nasihatlah mereka dengan cara yang betul dan baik. Mereka selalunya ikut dari apa yang mereka lihat.
.
10. Perempuan perlu pandai dari lelaki. Perempuan perlu lebih ilmunya. Selalu saya ingatkan anak-anak saya. Saya memang mencari isteri yang pandai supaya anak-anak saya juga pandai-pandai. Oleh itu saya minta mereka suka membaca. Saya habiskan RM300 sebulan dengan membeli buku cerita. Galakan mereka membaca.
.
Share dengan suami, share dengan isteri, share dengan jiran…mana tahu ada sesuatu yang boleh mereka dapat dari perkongsian ini.
Belajar Masak Dan Ilmu Asas Rumah Tangga Dulu Baru Kahwin, Pesanan Pedas Tapi Penuh Motivasi Dr Fatin Liyana Buat Golongan Muda!

Beberapa minggu ini ramai orang memperkatakan mengenai isu kahwin muda. Semuanya gara-gara seorang lelaki yang mengahwini seorang kanak-kanak berusia 11 tahun untuk dijadikan isteri ketiganya baru-baru ini.
Itu kisahnya kahwin dengan kanak-kanak. Bagaimana pula isunya mengenai kahwin muda yang menjadi trend wanita masa kini. Tak salah kahwin muda tetapi perlu cukupkan ilmu asas rumah tangga terlebih dahulu. Begitu kata, Dr Fatin
Liyana.
Sememangnya perkongsian Doktor cantik ini banyak benarnya. Ilmu rumah tangga bukan untuk siapa-siapa, tetapi untuk diri sendiri. Di kemudian hari nanti baru kita nampak kesannya pada diri kita. Jadikan ia satu motivasi diri sendiri untuk berkeluarga kelak.
Bagi yang sudah berkahwin tetapi masih belum menguasai ilmu memasak terutamanya, bolehlah mulakan langkah untuk menambah ilmu di dada. Penting ni!
“Ummi nak share something. Hal perempuan. Ummi tengok lately macam banyak anak gadis yang berbangga yang dorang tak tau masak atau buat kerja rumah.
Kiranya macam proses urbanisasi kalau seorang wanita itu tak pandai masak atau berkemas. Kenapa begitu ye?
” Takpelah nanti I carilah future husband yang pandai masak so he can cook for me”.
“Future husband I jenis tak kisah…kitaorang boleh belajar sama-sama after kahwin nanti”
” I have so many positive points, kenapa pandai masak dan pandai kemas rumah jugak yang you nak emphasize (ayat biasaummi dengar)”
Take it from me…pengalaman sebenar wanita berjiwa gonjeng yang sudah berkahwin 3 tahun (still a long way to go hihi)
Skill-skill basic rumah tangga ini sebenarnya perlu ada dalam diri setiap wanita yang nak berkahwin. Bukan untuk suami sangat sebenarnya, tapi untuk diri sendiri. Ya untuk diri sendiri!
Supaya diri sendiri
tak stress,
tak hilang konfiden,
tak rasa dipinggirkan,
tak rasa terkecuali,
tak rasa menyesal di kemudian hari.
Meh ummi kasik contoh:
Takde pun orang dilahirkan terus pandai serba serbi. Semua kena try buat dan belajar. Janji ada niat untuk improve diri sendiri demi kebaikan keluarga. Keyword dia: RAJIN!
Jadi kepada memana gadis single di luar sana, pergi balik rumah mak dan tolong mak masak dan kemas rumah. Serap semua ilmu rumah tangga dari mak sementara mak masih ada.
Nanti dah takde, takde siapa akan ajar dan tegur kita seikhlas mak kita sendiri.
Kata-kata indah ini bagi yang bujang atau yang dah kahwin boleh ambil pakai. Berguna untuk kita semua dan jadikan ianya satu motivasi untuk diri sendiri dan keluarga. Suami apatah lagi. Tak gitu?
Mak..adalah madrasah pertama untuk seorang anak. Pendidikan formal boleh belajar di sekolah tetapi pendidikan informal inilah yang datangnya dari asuhan dan didikan seorang insan bernama MAK.
Jom kita jadikan pemangkin semangat buat diri kita dan anak-anak.
Kredit: @dr.afl
Jangan Jadikan Anak Robot Dengan Paksa Untuk Duduk Diam Dan Belajar. Sehingga Usia Enam Tahun, Biar Anak Bermain Untuk Serlah Potensi Diri

Apabila mempunyai anak, setiap ibu bapa pastinya inginkan cahayamatanya menjadi seorang yang hebat, cemerlang dan pandai dalam pelajaran. Malah ada yang sanggup memberikan kelas tambahan buat anak apabila anak tidak boleh membaca dan menulis.
Namun, tahukah anda, tindakan ini memberi kesan negatif kepada perkembangan anak itu. Ia akan membuatkan anak seakan ‘robot’ yang tiada emosi dengan persekitarannya. Hakikatnya, pada usia tahun pertama ini, 0 hingga enam tahun ini, anak harus dibiarkan aktif bermain.
Begitulah yang dilakukan oleh puan Adlil Rajiah . Beliau tidak memaksa anaknya untuk duduk diam dan belajar. Hasilnya, anaknya kini telah memasuki darjah dua merupakan antara pelajar cemerang di sekolahnya.
Kenapa ramai yang takut nak hantar anak kat playschool ni?
Apa yang dirisaukan sangat bila anak belum tahu ABC 123?
Apa yang tak kena bila rutin harian anak hanya penuh dengan bermain?
Nak anak cepat sangat pandai membaca mengira mengaji, nak buat apa?
Nak anak terus jadi CEO gaji juta2 ke?
Ke sebab tercabar dengan anak jiran sebelah yg dah hafal sifir 68? ?
.
I sent Haikal to ONLY playschool dari kecik until he’s 6.
No books, no worksheet, no classroom, no homework, no nothing. ONLY MEANINGFUL PLAY.
Masa tu ramai yang kalut cakap nanti Haikal cannot cope with Standard 1 sebab tak biasa dengan suasana belajar.
Well, I pekakkan aje.
I just want my son to enjoy his childhood to the fullest.
Dan saya tahu–
perkembangan emosi hanya berlaku pada 6 tahun pertama.
Berapa ramai parents sekarang yang pening dengan masalah anak panas baran, ganas, tak sabar, pemarah, penakut, tak pandai kawal emosi?
Ini lah puncanya–
ANAK TAK DAPAT HAK BERMAIN SECUKUPNYA SEMASA 6 TAHUN PERTAMA.
Asyik dipaksa duduk diam, belajar, duduk diam, belajar, duduk diam, belajar.
Now, Haikal dah Standard 2.
Dan Alhamdulillah. Dalam exam he always in the Top 3,
sangat aktif sukan, aktif chess, aktif hafazan, dan selalu dapat pujian daripada guru2 tentang his leadership, his empathetic character, his creativity, his good emotional control, etc.
Korang ingat Haikal jadi camtu sebab dia anak Adlil Rajiah ke? ?
HELL NO. Proses “unlock potensi diri” ni adalah possible untuk SEMUA ANAK.
I never share about Haikal’s school achievements in any of my socmed post sebab taknak parents lain jadikan Haikal as benchmark utk anak2 mereka.
Because I strongly believe. Every child has their own unique superpower.
U just have to believe in it and let it unlocked naturally.
And the only way to unlock it. is through QUALITY PLAY during the first 6years.
Biarkan EQ berkembang
Biarkan EQ (emotional quotient) mereka berkembang sepenuhnya dulu. dan IQ akan hadir dengan sendiri.
Bila main–
anak gelak, gaduh, gurau, sedih, takut, marah, happy, excited, berkongsi, berkerjasama, berinteraksi, merancang strategi, berfikir, berdikari, berani cuba, semuaaaaaaa ni lah yang membentuk EQ anak.
Tapi bila awal2 dah paksa anak duduk diam belajar, hafal macam2, anak jadi apa?
JADI ROBOT!
.
Jack Ma pemilik syarikat Alibaba once said–
“My billion dollar company only has 60 workers. How is that possible? We use robots (artificial intelligence). In 10years time, human beings will lose jobs, because they cannot compete with robots, who can work 24/7 without feeling tired or stressed.”
.
IQ manusia dah tak diperlukan sangat dah. Sebab semuanya teknologi dah boleh tiru.
Tapi apa yang teknologi tak boleh tiru?
.
EQ–
Empathy, humanity, creativity, love, kindness.
.
So dear parents, please. Nak anak ada masa depan. Jadikan anak manusia. Bukan robot.
.
Manusia yang bijak kawal emosi, berkeyakinan diri, berakhlak, kreatif, hati penuh kasih sayang, penuh kebaikan dan kemanusiaan.
.
Bila EQ dah dibina sepanjang 6 tahun pertama. Campak lah kat sekolah mana-mana pun
anak akan terbang macam roket, insyaAllah.
Semoga kita menjadi ibu bapa yang hebat untuk anak-anak!
Sumber: Adlil Rajiah