“Aku Mohon Kepada Mu Ya Allah, Berilah Aku Kekuatan & Ketabahan…” Rintihan Ibu Ni Undang Rasa Pilu. Anaknya Koma Kesan Jatuh Basikal!

Share

YA allah…
Aku tidak ingin menangis lagi…aku tidak ingin kecewa lagi..bantulah aku Ya ALLAH..hanya padamu tempat aku berharap..hanya pada MU tempat aku mengadu segala isi hatiku..hanya pada Mu tempat aku meluahkan segala2 nya…kerana Engkau Maha Mengetahui segala-galanya…

Sesungguhnya hanya Engkau yang mengetahui segala isi hati ku…Ampuni lah aku Ya ALLAH…jika ini ujian dari Mu…jika Engkau memilih aku untuk menjalani ujian dan dugaan ini, aku mohon sangat-sangat kepada Mu Ya ALLAH….berilah aku kekuatan….berilah aku ketabahan,..berilah aku kesabaran……..Supaya aku terus mampu meneruskan kehidupan seperti hari-hari yang berlalu bersama orang-orang yang aku sayangi….

Membaca coretan dari seorang ibu di akaun fbnya, merintih setiap hari mohon didoakan kesejahteraan buat anak bongsunya yang kini terlantar di hospital tidak sedarkan diri. Setiap bait-bait katanya, cukup membuatkan orang ramai berasa simpati dan tersentuh pilu.

Kejadian berlaku bilamana Muhammad Hassif Daneal Muhammad Sofian, 12 terjatuh ketika menaiki basikal pulang dari mengaji. Dan siapa menduga, rentetan daripada kejadian tersebut menyebabkan kini anak kecil ini telah pun menjalani dua pembedahan serius bagi membuang darah beku di kepalanya dan masih tidak sedarkan diri.

Menurut laporan Sinar Harian, rutin setiap hari adik Muhammad Hassif Daneal, dia akan pergi mengaji dengan berbasikal bersama kawan-kawannya. Namun pada hari 17 Julai lalu, semasa pulang ke rumah dia terjatuh basikal.

Kemudian ibunya, Puan Ruzaini Bakar membawanya ke Hospital Gua Musang (HGM) setelah mengadu pening kepala dan muntah-muntah sebanyak empat kali. Kemudian membawanya ke Hospital Kuala Krai (HKK) dan doktor mengesan ada darah beku di kepalanya. Lalu, anaknya dihantar ke HUSM untuk rawatan lanjut.

Katanya yang juga ibu tunggal, meskipun pembedahan kedua selamat dilakukan semalam, namun Hassif masih tidak sedarkan diri dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Tambah Ruzaini, di saat getir ini, dia mengharapkan doa dari semua agar anaknya pulih seperti sedia kala.

“Tiada apa yang saya harapkan selain doa dari semua. Doakan kesembuhan anak saya,” katanya yang membesarkan empat anak dengan meniaga kuih di pasar malam. Sejak anaknya ditempatkan di hospital, Ruzaini mengakui, dia hilang punca pendapatan kerana perlu menemani Hassif.

sumber :Ruzaini Bakar dan Sinar Harian