Sejak semalam, kisah kepulangan pelawak, Abam Bocey ke rahmatullah diperkatakan. Pemergian mengejut Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pada usia 32 tahun benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam buat mereka yang pernah mengenali Allahyarham.
Terbaru dalam satu perkongsian oleh pelakon Fizo Omar benar-benar mengusik emosi netizen.
Ads
“ AKU MACAM TAK NAK KERJA DAH, RASA NAK DUDUK RUMAH JE MAIN DENGAN ANAK”. Ayat ni lah terlintas dlm kepala aku bila dpt tahu yg Abam dah tak de pg td, ni last conversation aku ngn arwah masa buat teater Siti Di alam Fantasi 2 bulan lepas. Punyalah seronok dia cter pasal anak dia, Hamzah. “lama weh aku tunggu nak dapat jodoh, dan Allah terus bg rezeki zuriat, macam tak caya dgn keadaan aku mcm ni Allah bg rezeki kat aku”.
“kalau ikutkan hati aku,rasa tak nak keluar rumah, nak main ngn anak je hari2, tu la bila aku habis keje pecut balik rumah nak main ngn anak”. aku paham perasaan tu sbb aku pun berada dlm situasi yg sama, beza Maryam dan Hamzah tak sampai setahun. Tiap kali borak psl anak je aku blh rasa dan nampak dia punya excited dan rasa bersyukur tu lain macam.
Hari ni aku sedih sgt bila pg ziarah keluarga td, bila tgk Hamzah,aku tak leh tahan sebak aku, sbb aku tahu betapa bapaknya sayang dia..Allahu.Apa yg aku blh sampaikan pada Hamzah, bapak kau ni orang yang baik dan tak pernah nak berckp psl orang lain dan dia sgt bertanggung jawab kpd keluarga dia.kau beruntung menjadi keturunan yg baik, tengoklah beribu orang yg dtg memberi penghormatan terakhir pada bapak”.
Pandanglah kearah positive dgn percaturan Allah, sekurang kurangnya Allah mengurniakan salah satu nikmat dunia sebagai seorang bapa yg dpt memberikan kasih sayang kpd seorang anak walaupun hanya 8 bulan sahaja.Allah sebaik2 perancang, jgn sesekali kita menidakkan aturanNYA, Allah menjemput anak kpd Ali Puteh (adik Abam) dan DIA mengizinkan Ali menjadi juara MLM dan rezekinya melimpah ruah dan semalam Allah menjemput pula Abam.Dan aku percaya pangkat sebagai bapa saudara adalah sama seperti bapa sendiri.
Ads
Subhanallah, itulah sebaik baik perancang yg kita sebagai manusia dikaburi dengan kesedihan diatas sesuatu kehilangan atau musibah yg berlaku.
Kawan2, mungkin Balu kpd arwah, anaknya Hamzah atau keluarga tak perlukan bantuan dari segi kewangan, tetapi kita sebagai sesama Islam tak salah kalau kita nak kongsikan rasa kasih sayang dan moral support utk kita bantu mereka yang akan meneruskan kehidupan baru mereka selepas ini.
Ads
Saya doakan semoga semua yg membaca ini, Allah gerakkan hati kita semua dgn membantu keluarga arwah dgn seikhlas hati, ( Siti Norhidayah – 4732721822 – Public Bank) . Sama kita doakan semoga arwah ditempat dikalangan orang beriman, dan Allah mengampuni segala dosa2 nya dan juga menerima segala amalan kebaikannya. . AL – FATIHAH. . #ABAMBOCEY #GEMUKISAWESOME
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lucu tapi ada pengajaran disebalik situasi ini. Betapa PKP atau Perintah Kawalan Pergerakan ini membawa seribu satu makna buat kita semua.
Jika sebelum ini, ibu bapa tiada masa untuk melayan anak-anak bermain. Jika ada sekalipun jarang sekali dapat santai sebegini. Ada banyak hal lain yang perlu diuruskan, tetapi berbeza hari ini.
Ibu bapa dapat bermain dan meluangkan masa sepenuhnya melayan karenah anak-anak. Yang pasti anak-anak paling gembira dan bahagia. Itulah ‘manisnya’ disebalik kedukaan disebabkan oleh Wabak Covid-19 ini.
Perkongsian seorang ayah menerusi facebooknya Tengku Azam Mikail cukup mencuit hati. Melayan anak-anak bermain pondok-pondok dan sanggup ‘dibuli’ dek anak-anak apabila disuruh menjadi ’emak’ mereka.
Satu hiburan yang cukup menggembirakan di saat semua tidak boleh ke mana-mana atas perintah #stayathome.
Duk gumah anak ajak main pondok2 la,main anak patung la,main masak2 la dia ckp papa jadi emak aku ye kn ye,sampai tergolek mak ko koje kn ye.
penat layan ko org ni.ape ko bt dgn papa ni nak oiii ni cuti tambah lg ape lg ko ajak papa main.
Yang kelakarnya si ayah ini terlentang kepenatan dek melayan anak-anaknya bermain pondok-pondok. Walaupun penat tetapi itulah momen yang cukup manis dan indah untuk yang menjadi kenangan apabila anak-anak besar kelak. Yang lebih penting lagi ikatan ayah-anak lebih erat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
cili kisar terlalu lama adakalanya buat ia menjadi berkulat malah timbul seperti kelapuk putih di permukaannya. Walaupun tidak berbau, cili kisar ini sebenarnya masih boleh digunakan ketika memasak.
Namun ada caranya hendak menyimpan cili kisar ini lebih lama daripada yang dijangka. Malah kulapak putih pun pasti tidak ada lagi. Ini cara yang dikongsikan oleh Roazura Baharimenerusi Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
sebelum ni jenuh buat cili kering kisar untuk simpan buat stok, tak sampai seminggu dah berkulat 😢
Ok jom saya nak share bagaimana cara nak buat stok cili kisar yang tahan 3 bulan tanpa bahan pengawet
1 .Potong 2 cili kering dan rebus.
2.Selepas rebus sejukkan , buang biji dan masukkan cili kering dalam mesin pengisar
3. Tambah garam kasar, minyak masak ,air dan air perahan asam jawa (sukatan agak sendiri ikut banyak mana cili )
# air perahan asam jawa boleh juga gantikan cuka jika tiada alahan pada cuka.
4. Simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk..Guna bila perlu.
Cili kisar ni tahan 3 bulan..Masa nak masak nanti just balance kan jer dengan bahan lain.
Nanti saya share bagaimana nak buat bahan perisa sama macam pak ajinomoto ,yang penting bahan senang dapat dan ianya menyihatkan dan menyedapkan masakan korang.
Pernah suatu ketika dahulu viral tentang air rendaman halba yang dikatakan memberi manfaat hebat kepada yang mengamalkannya. Selain dijadikan minuman, tahukah anda bahawa halba ini juga sebenarnya boleh dijadikan masker wajah yang cukup istimewa.
Ini sebagai mana yang telah diamalkan oleh puan Zilla Janis. Lihat sahaja wajahnya cukup mulus dan bebas jerawat. Buat ibu-ibu di luar sana yang ingin mencuba petua ini, jom hadam cara penyediaan bahan masker ini. Selamat mencuba!
Bestnya! Masker halba ni. Harini zilla nak kongsi dengan korang tentang masker halba.
Macam-macam boleh buat dengan halba ni kan. Selain boleh buang angin dan kempiskan perut. Halba bagus untuk basmi jerawat kat muka. Biasala kekadang jerawat ni beronok ronok pulak naik tak dijemput. Lelagi kalau besok ade event. Kacau daun betul.
Okey jangan buang masa. Jom buat. Senang yakmat!
Bahan-bahan:
1 genggam halba.
1 sudu teh asam jawa.
Air sesudu makan.
Cara Buat :
Blendkan halba sampai halus. Pakai blend kering ye. Jangan buh air tau.
2. Bila dah siap masukkan halba dalam mangkuk lepastu bolehlah letak air sikit. Zilla suka nak tambah asam jawa sikit. Khasiat asam jawa kat bawah zilla senaraikan.
3. Dah letak semua bahan bahan tadi. Gaul rata. Pastu gosok kat muka ataupun kat badan. Biarkan 15minit. Lepastu bilas dengan air.
Masker untuk kulit wajah.
Posted by Zilla Janis on Wednesday, 28 February 2018
Kesannya
“Kulit muka licin dan lembut je macam sutera dari china. Best sangat pegang. Nak pegang lelame je. Tangan macam kena gam pulak. Tapi takpela. Muke sendirikan. Kalau muka orang lain mau kena lepuk. Sesiaaa. Hahahaha. “–Zilla Janis
Kebaikan asam jawa
1. Mencerahkan kulit.
2. Memudarkan selulit.
3. Mengangkat sel sel kulit mati.
4. Memudarkan flek hitam pada kulit wajah.
5. Mengurangkan tanda penuaan.
6. Memudarkan kesan hitam pada leher.
7. Melembabkan kulit.
8. Mengurangkan jerawat dan jeragat.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...