Poligami menjadi isu panas yang tiada kesudahan. Sesuatu yang dihalalkan agama dan mengharamkan poligami barangkali menafikan hukum Tuhan.
Namun, jarang ditekankan soal bahayanya poligami yang mampu memperjudikan nasib dan masa depan diri, isteri dan anak jika sang suami tidak mampu berlaku adil.
Aku pernah dah tulis sebelum ni. Poligami ini bukan perkara kau boleh buat suka-suka.
Isteri yang kau ada sekarang, hati dia kau kena jaga sungguh. Ummi pernah pesan ke aku;
“Jangan permainkan hati perempuan.” (Dia merujuk kepada isteri)
Lagi pula isteri itu isteri pertama kau.
Baik, dia begini;
1. Iya, Islam tidak mensyaratkan kau mesti mendapatkan izin isteri pertama untuk kau kahwin 1 lagi. Tapi mendahulukan hati seorang yang bernama isteri itu keadilan yang kau kena buat.
Ads
2. Kalau berlaku dia tidak setuju, hormati keputusan itu. Berbincang habis-habis dulu. Fahamkan dia apa sebab kau nak berbuat begitu. Apa pula perancangan kau nak handle 2 hati lepas ini.
3. Kalau sampai masa dia setuju, kau buatlah. Andai sampai ke sudah dia masih belum bersetuju, dan dalam masa yang sama dia masih taat sebagai isteri, kau jagalah dia seorang sahaja.
Percayalah, kau tak akan jumpa hati yang sama seperti itu di tempat lain.
4. Menjaga dan mendidik 1 hati pun berat. Lebih lagi lah mendidik 2 hati. Kan? Keperluan 2 orang isteri ini kau mesti penuhi. Kau dah ukur kemampuan sendiri? Persoalan ini semua kau kena jawab dulu.
5. Menceraikan isteri pertama yang tidak setuju dengan kehendak kau nak berkahwin lain adalah 1 perbuatan yang cukup tidak bertanggungjawab. Lagi pula kau baru kahwin bang dengan dia. Ya ampun. Pesan aku, baca balik poin nombor 2 dan 3.
Kalian, rumahtangga ini dibina bersama. Suami dan isteri ibarat 2 sayap burung. Untuk terbang, keduanya perlu bergerak serentak. Ke atas ke bawahnya sama. Mesti sepakat dan sekata.
Ads
Kalau satu ke atas, satu ke bawah, percayalah kau akan menjunam ke bawah dengan cukup laju. Hah! Faham?
Termasuklah kalau kau rasa kau mampu untuk mengemudi 2 isteri, tetap kau kena pastikan isteri yang ada sekarang faham juga. Dia juga yakin dengan kemampuan kau.
Kawan-kawan, isteri itu anugerah Tuhan buat kita. Kenapa mudah sangat kita sia-siakan hati mereka?
Atas kapasiti apa aku bercakap semua ni? Aku poligami ke? Oh tidak tuan-tuan puan-puan.
Cuma aku anak sulong kepada isteri pertama ayah aku. Dan ummi aku ada 3 adik madu yang boleh hidup 1 bumbung bersama.
Ads
Sembahyang sama-sama, masak bergilir, buat kerja rumah sama-sama.
Ummi dengan adik madu yang lain memang macam adik beradik. Anak jaga sama-sama. Sekali pun anak daripada madu dia sendiri.
Namun begitu ingat ini, aku jadi mata yang menyaksikan poligami bukan mudah. Kau kena jadi manusia yang sangat sangat sangat sabar.
Wajib menjadi hamba yang hidup penuh dengan air mata. Merintih dan mengadu cuma pada Tuhan. Abah sebagai seorang suami yang tak pernah tinggal sembahyang malam sekali pun.
Sembahyang fardhu mesti berjemaah. Disiplin beragama sangat tinggi. Bukan Abah seorang diri. Semua isterinya juga diajak mendahulukan agama lebih daripada segalanya.
Abah sedia untuk sembahyang, isteri-isteri dah dalam saf di tikar sembahyang. Sampai tahap itu.
Dan aku berani cakap, gelaran PU bukanlah tanda kau dah cukup sabar untuk semua itu.
Sekian.
Firdaus Mokhtar, Bukan siapa-siapa.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sotong antara makanan laut yang menjadi kegemaran ramai. Geram bila tengok sotong yang segar dan besar-besar saiznya kan. Tetapi pasti terjadi bila dimasak, saiznya mula mengecut.
Jadi, admin nak kongsikan satu perua mudah untuk ibu-ibu bagi memastikan sotong tidak mengecut saiznya apabila dimasak.
Petua ini dikongsikan oleh puan Zin Rose Perodua menerusi laman page Masak Apa Hari Ini. Caranya mudah, hanya gunakan asam keping sahaja.
Mula2 siang sotong buang semua tulang sotong lepas cuci masukkan kepala sotong ke dalam badan sotong tu..supaya sng nanti xde la badan ke lain kepala ke lain. Rebus sotong 5-8minit bersama 4@5keping asam keping.
Hasilnya bila masak sotong x hanyir dan saiznya maintain x mengecut. Taklah nanti masa beli beso sotongnya..bila masak kecik jadinya..😆
Cara membuat:
Masukkan kepala sotong ke dalam badan sotong. Boh 4@5 asam kepingRebuskan. Dh cukup 5-8minit tutup api.Lepas tu toskan..blh la di masak.. hasilnya sotong x hanyir..saiz maintain x mengecut lagi bila di masak dan yg plg penting kepala sotong elok terlekat kat badan sotong.
Asyik beli je taugeh tapi tak masak-masak lagi. Bila nak masak taugeh dah tak ‘fresh’ dah, bertukar jadi kuning dan lembik. Tentu rasanya tak sedap selepas di masak.
jadi tak payah susah-susah beli lagi, boleh tanam taugeh dengan cara paling mudah di rumah untuk dapatkan taugeh lebih bersih dan segar.
Ramai yang mencari cara tanam taugeh yang betul. Guna cara ni pun mudah sangat. Tanam dalam botol aje, dah boleh masak taugeh ‘fresh’ yang anda tanam di rumah.
Ikuti perkongsian oleh puan Nora Valo mengenai cara tuai taugeh dalam botol.
Tuai taugeh dalam botol.
Cara saya buat taugeh. Step by step boleh baca pada setiap gambar.
Anak ini baru berusia lima tahun. Aktif. Berlari-lari. Nampak sihat luarannya. Namun, ada satu masalah yang tidak pernah hilang pada beliau.
Setiap kali ia berlaku, mana-mana ibu pasti akan berasa panik, bimbang, risau dan takut. Hampir setiap bulan, hidung anak kecil ini akan mengeluarkan darah. Tiba-tiba. Tak ada hujung pangkalnya. Tidak semena-mena.
Apabila saya tanya lebih dekat dengan si ibu, bagaimana sejarah keluarga, apakah ada masalah lain yang berlaku, bagaimana pula dengan telinga, hidung, mata dan keseluruhan tahap kesihatan anak itu, barulah saya mendapat jawapan.
Setiap pagi anak ini akan mengalami gejala bersin yang sukar untuk diberhenti. Hidungnya akan sering tersumbat, mata kerap berair, jika keadaan lebih teruk, pendengaran juga akan terganggu.
Setiap bulan juga akan berlaku pendarahan daripada hidung. Kadang-kadang malam, ada itu waktu siang. Boleh juga berlaku secara tiba-tiba ketika sedang tidur. Pendek cerita, masalah resdung yang tidak terkawal memang boleh menyebabkan pendarahan hidung berlaku!
Jika ini berlaku kepada anda, apa kalian akan lakukan di rumah?
“Saya akan bawa anak saya ke sinki atau bilik air, basuh hidungnya bersih-bersih. Kemudian, suruh dia dongakkan kepala supaya darah itu tidak lagi keluar.” Jawab ibu muda ini.
Ibu-ibu, ayah-ayah atau cikgu-cikgu di luar sana, apabila kejadian ini berlaku di depan mata anda, sama ada di rumah, di sekolah atau di mana-mana sahaja, lakukanlah langkah-langkah bijak ini. Mudah, selamat dan amat penting sebelum pesakit dibawa ke fasiliti kesihatan terdekat.
1. Bertenang. Ini amat penting supaya anda mampu melakukan dan bertindak mengikut langkah seterusnya. Kalau anda gelabah, apa-apa perkara pun tidak akan jadi.
2. Tekan atau ‘pinch’ bahagian luar hidung pesakit. Lakukan selama sepuluh minit tanpa henti. Minta pesakit bernafas melalui mulut. Langkah ini akan menghalang darah daripada terus keluar daripada depan hidung.
3. Tundukkan kepala pesakit. Ini penting bagi mengelakkan darah daripada mengalir ke belakang, masuk ke saluran pernafasan dan seterusnya disedut ke paru-paru. Jangan dongakkan kepala. Ini amat berbahaya!
4. Letak ais pada bahagian dahi pesakit. Ini juga bertujuan bagi mengawal pendarahan daripada terus berlaku.
5. Ulang langkah-langkah ini jika pendarahan semakin berkurang.
6. Jika tiada tanda-tanda pendarahan akan berhenti, segera bawa pesakit ke hospital. Langkah kecemasan perlu dilakukan oleh doktor.
Semoga tip ini berguna untuk kita semua. Jom kita saling berpesan. Sebarkan ilmu ini supaya lebih ramai mendapat manfaat.
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mengakui naluri keibuannya semakin menebal malah tidak boleh berpisah lama dengan anak kesayangannya terutama apabila keluar bekerja.