Besarlah harapan kita sebagai ibu ayah setiap kali menghantar anak-anak ke sekolah, diharapkan bila besar nanti menjadi insan yang berguna atas didikan dan bantuan guru yang terlatih.
Namun seorang ibu yang dikenali sebagai Puan Eda Ni menerusi postingnya di laman facebook mendakwa anaknya telah dirotan oleh seorang guru hingga berbirat dan muka anaknya bercalar.
Ibu ini juga berkongsi beberapa keping gambar untuk membuktikan apa yang terjadi kepada anaknya. Perkongsian tersebut membuatkan ramai ibu ayah yang terkejut dan menimbulkan tanda tanya motif seorang guru hingga bertindak sedemikian.
‘Hanya Sebab Tak Siap Kerja Sekolah’
Bercerita lanjut, ibu ini mendakwa guru tersebut berbuat demikian dek kerana anaknya tidak menyiapkan kerja seolaha.
Allahu ketaq tangan badan.
JATUH ayaq mata‼️‼️
Cikgu tibai Danish hanya Sbb tak siap kerja sekolah lg yg baru diberi harine.
Atas sebab itu juga di posting yang lain, ibu ini telah membawa anaknya ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan tidak itu sahaja malah telah membuat satu laporan polis untuk tindakan selanjutnya.
Terima kasih follower eda hampa ingat kt eda Dan Danish. Hampa doakn kami. Benda ne kena kt eda sebagai sorang mak. Ujian Allah.
Posted by Puan Eda Ni on Thursday, 22 April 2021
Sumber : Puan Eda Ni
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club