Rakyat Malaysia takkan melupakan kisah pemergian Zulfarhan Osman Zulkarnain akibat penderaan yang dilakukan oleh rakan seangkatannya.
Belum pun surut dengan kisah itu, kini timbul lagi kes ragging dari senior terhadap pelatih junior dilaporkan. Nampaknya masih ada pihak yang langsung tidak mengambil ikhtibar dan tergamak melakukan jenayah sama.
Pendedahan dari seorang pemilik twitter @ummiiiiiinmo yang menyatakan bahawa adiknya telah di buli oleh beberapa orang senior ketika menjalani kursus di Pengkalan Udara TUDM Kuantan, Pahang sehinggakan telinga kiri adiknya pekak sewaktu hari kejadian.
Mungkin ada yang berpendapat bahawa untuk memasuki kursus ketenteran menuntut seseorang untuk berjiwa kental, namun haruslah diingat bahawa penderaan yang dibuat itu telah memberikan impak emosi sampaikan pelatih tersebut berada dalam ketakutan.
Paling tak masuk akal, alasan si pelaku membuat semua kekerasan itu kononnya dengan motif mendidik rasa hormat kepada orang atasan.
Menurut gadis ini lagi, pihak terbabit berani bertindak begitu kerana salah seorang daripada pelaku mempunyai pertalian dengan satu ‘cable besar’. Gadis ini berkata pihaknya sudah pun melaporkan hal tersebut kepada pegawai dalaman namun ia ibarat mencurah ‘air ke daun keladi’.
Sehingga kini, pihak keluarga mangsa sedang menunggu hasil siasatan dari laporan polis yang dibuat. Difahamkan kejadian ini berlaku ketika adiknya sedang menjalani kursus. Semua pelaku kini sudah pun memasuki alam pekerjaan dan sudah balik ke base masing-masing antaranya du Subang, Labuan dan Butterworth.
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club