Keibubapaan

Aktiviti Padat & ‘Happening’, Festival Hari Kanak-Kanak 2024 di Royale Chulan Seremban Pasti Gamat!

Share

Bersempena sambutan Hari Kanak-Kanak pada November ini, Royale Chulan Seremban akan menganjurkan Festival Hari Kanak-Kanak selama dua hari pada 9 dan 10 November 2024.

Acara ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik dan pertandingan khusus untuk kanak-kanak sebagai meraikan hari penuh makna buat mereka.

Bakal dikunjungi oleh pelbagai peringkat umur kanak-kanak, kesemua kesuluruhan Royale Chulan Seremban ini akan turut menjalankan pelbagai aktiviti menarik.

Menariknya, Bzu Bzu, yang terkenal dengan produk penjagaan rumah dan diri semula jadi, akan memberikan 2,000 hadiah percuma kepada kanak-kanak yang hadir!

Antara pertandingan yang akan diadakan di Ballroom Seri Negeri 1 ialah pertandingan mewarna, tarian, nyanyian, dan pertunjukan fesyen.

 

Pemenang tempat pertama akan membawa pulang hadiah bernilai RM400, wang tunai RM500 daripada PTPN, trofi, sijil, dan 4 tiket taman tema Legoland Malaysia.

Tempat kedua dan ketiga akan menerima wang tunai RM400 dan RM300, serta tiket ke Snowlim Wonderland Malaysia dan hadiah-hadiah lain. Yuran penyertaan bermula dari RM25, termasuk hidangan khas untuk peserta.

Di Ballroom Seri Negeri 2, Brickmasters akan menganjurkan pertandingan Lego pertama di Negeri Sembilan, dengan penyertaan lebih 500 orang setiap hari. Yuran penyertaan ialah RM5 dan terbuka kepada semua.

Sementara itu, Pusat Latihan Catur Negeri Sembilan akan menganjurkan kejohanan catur di Ballroom Seri Negeri 3, terbuka kepada kanak-kanak dan dewasa.

Selain itu, acara ini turut menawarkan aktiviti seperti istana angin, pertunjukan silap mata, pencarian harta karun, pameran haiwan, dan bengkel baking di Restoran Han Pi Yuen yang terbuka kepada kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun dengan yuran RM49.90 sahaja.

Tidak ketinggalan, KPJ Seremban Specialist Hospital juga akan turut menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma seperti saringan tekanan darah, BMI, glukosa, dan analisis lemak badan sepanjang festival ini berlangsung. Aktiviti lain termasuklah pemeriksaan pertuturan, pendengaran, gigi, dan mata percuma.

Jadi apa tunggu lagi, jom sertai aktiviti menarik ini dan untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila hubungi kami di WhatsApp 016 920 9880 atau telefon 06-766 6666, atau e-mel enquiry.rcs@royalechulan.com.

IKLAN