Tidak hairanlah jika dikatakan dunia anak-anak kita hari ini jauh bezanya dengan zaman kita dahulu. Apa tidaknya, lihat sahaja setiap ruang masa yang mereka lalui pasti ada dibayangi dengan penggunaan teknologi terkini.
Umpamanya, pelbagai permainan video dan kandungan visual pada platform dalam talian telah merubah cara anak-anak kita bermain. Ini secara tidak langsung telah memberi kesan kepada anak-anak muda dan remaja yang dilihat menjadi kurang aktif dari aspek fizikal dan sosial.
Trend yang membimbangkan ini telah dilaporkan baru-baru ini, mendedahkan lebih daripada separuh remaja Malaysia mengamalkan gaya hidup yang tidak aktif dan lebih suka duduk berjam-jam tanpa sebarang aktiviti fizikal. Akibatnya, mereka terlepas peluang untuk merasai dan melalui proses pembelajaran aktif semasa bermain.
Charlene Marie Samuel, Pengarah Pusat Perilaku Autisme dan ahli terapi Analisis Terapi Terapan yang terlatih berkata, “Masa bermain adalah penting untuk perkembangan kanak-kanak terutamanya waktu kanak-kanak ini adalah menjadi waktu yang cukup penting dalam membentuk siapa mereka di masa akan datang.
“Dengan bermain, ia membolehkan mereka mempelajari kemahiran penting seperti penyelesaian masalah, bekerja dalam pasukan dan menyesuaikan diri dengan persekitaran baru – semuanya itu sangat berguna apabila mereka semakin membesar. ”
Sehubungan dengan itu, bersempena musim cuti sekolah yang tidak lama lagi, SuperPark Malaysia sebuah taman aktiviti dalaman yang paling mesra di seluruh dunia baru-baru ini memperkenalkan SuperDayCamp. Iaitu satu program unik yang dilengkapi dengan pelbagai aktiviti sukan yang menarik untuk memupuk kecergasan, kebolehan kognitif dan kerja berpasukan.
SuperDayCamp menyediakan alternatif untuk semua kanak-kanak berumur empat hingga sepuluh tahun dengan nisbah 1: 7, seorang jurulatih untuk tujuh kanak-kanak. Setiap peserta akan dibimbing menerusi kegiatan bermain di dalam taman untuk membangunkan kesejahteraan fizikal, mental, emosi dan sosial – kualiti penting untuk membantu kanak-kanak berkembang dan menjadi sukses di sekolah dan di dalam kehidupan.
“Memperluas konsep utama kami tentang ‘kuasa bermain’, SuperDayCamp akan dapat menguatkan hubungan, membina kepercayaan dan menyokong keyakinan diri, memberi kanak-kanak permulaan awal dalam membangun landasan yang kuat dalam kemahiran hidup. Ianya disahkan oleh Lembaga Pendidikan Finland dan kem hari ini menawarkan pengalaman pembelajaran pelbagai lapisan di mana para peserta boleh mengeluarkan peluh sambil berseronok.
“Malah menariknya juga, kem ini dijalankan di dalam persekitaran yang tertutup, bebas dari terkena hujan dan panas. Ini sekali gus membuatkan ibu bapa tidak berasa bimbang sepanjang anak-anak melakukan aktiviti di sini sepanjang cuti sekolah ini. , “kata Andes S.H Wong, Pengurus Pemasaran Kanan, SuperPark Malaysia.
Ekstra info SuperDayCamp!
Kanak-kanak boleh menghadiri sama ada kem sehari atau kem tiga hari sepanjang hari Isnin – Rabu dari 25 November 2019 hingga 18 Disember 2019. Program SuperDayCamp ini akan bermula dari 9:00 pagi hingga 3:30 petang dan untuk maklumat lanjut mengenai SuperDark Malaysia SuperDayCamp ini, klik SINI.