
Sarat hamil anak kedua, pelakon cantik Zahirah Macwilson dilihat semakin cantik dan berseri-seri biarpun baby bumpnya semakin membesar.
Bahkan kata Zahirah, dia merasakan dirinya tidak banyak perubahan fizikal biarpun berat badannya naik 10kg.
“Kandungan saya enam bulan, nak masuk tujuh bulan dan masih lagi bekerja selagi mampu.
“Buat masa ini saya masih okay dan kuat lagi. Berat badan naik. Saya rasa perkara itu sesuatu yang normal tapi mungkin sebab saya aktif bekerja jadi tak nampak sangat.
“Saya naik 10 kilogram sekarang ini dan mungkin akan bertambah lagi,” kongsinya.
Bahkan kata ibu cantik jelita ini lagi, dia dan Aiman sudahpun mengetahui jantina anak kedua mereka tetapi akan mengumumkan bila sampai masanya kelak.
Tambah Zahirah lagi, anak sulungnya Isaac Raees insan paling teruja untuk menyambut kelahiran adiknya tidak lama lagi.
“Dia sangat teruja, setiap hari akan cium perut saya dan bercakap dengan adik. Dia pun sudah beritahu semua orang dia akan jadi abang.
“Nampak dia punya kematangan dan sikap seorang abang,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu kata Aiman, isteri kesayangannya itu amat berbeza ketika hamil anak kedua ini. Jika dahulu Zahirah paling menjaga pemakanannya tetapi kini dia tidak kisah malah cukup sukakan makanan Melayu.
“Anak kali ini lain sangat. Dia aktif, tak tahu datang mana tenaga dia.
“Dia sebelum ini sangat menjaga pemakanan dan tak minum minuman bergas. Nasi-nasi semua tak makan, tapi kali ini dia belasah semua.
“Kali ini macam rasa Melayu sikit. Itu pelik bagi saya. Biasanya saya yang makan nasi lemak dan minum minuman bergas tapi kali ini dia,” katanya lagi.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Kasih Anak hingga Ke Liang Lahad.” Adik Kongsi Kisah Abang Meninggal Dunia Lepas Sejam Kebumi Ibu. Allahu Sebaknya!

Ajal maut, jodoh pertemuan asemuanya rahsia Allah S.W.T. Tiada siapa yang dapat menghalang andai kematian itu tiba. Namun, sebagai manusia biasa, kita seharusnya redha dengan ketentuan tersebut kerana itu semua adalah takdir daripada Maha Kuasa.
Kisah yang dimuat naik oleh saudara Mohd Shari Saidin cukup menyentuh hati. Dalam satu hari, keluarga ini kehilangan dua insan yang disayangi. Namun mereka redha dengan apa yang berlaku.
Ibu yang disayangi dijemput ilahi dan sejam kemudian abang pula menyusul tanpa sebarang petanda.“Hanya selepas sejam selesai kebumikan mak abg sulung kami Shuhaimi Saidin (berbaju melayu biru dlm gambar) turut dijemput pergi buat selamanya.”
Xda sebarang tanda pun abg akan pergi tnggalkan kami, tnggalkan isteri, tnggalkan 5 org cahaya mata yg masih kecil, masa kebumikan mak abglah org yg paling kuat, abglh org yg paling tenang.
Seperti tidak percaya, apa yg berlaku bagaikan mimpi, kisah yg terjadi ibarat drama tv yang telah disusun atur perjalanannya…
Kisah duka keluarga kami bermula ptg selasa 23.6.2020 apabila mak mengadu sakit dada, kami terus bawa mak ke klinik besar kangar sbab time tu dh pukul 5 lebih, klinik terdekat dh tutup. Pagi tu mak okey ja, siap boleh pi kedai, bjalan bsembang kt rumah jiran. Mak mmg dh ada darah tinggi, kencing manis & kolestrol tinggi.
Sampai di klinik kangar doktor check bacaan jantung mak xberapa cantik, mak terpaksa ditahan ward HTF Kangar. Hari pertama di ward mak jadi bselera makan, tidur pun lena, sblmni kat rumah mak x mcm tu, makan xbrpa selera, payah nk tidur.
Hari kedua rabu 24.6.2020 mak makin ceria, muka pun dh makin berseri, dh x mgadu sakit dada dah. Mak masih diberi ubat cair darah oleh doktor. Hari kedua ni ptg dlm jam 4 cmtu abg sulung kami dari manjung sampai kt hospital & terus ziarah mak, lepas ziarah tu baru abg balik ke rumah mak. Abg balik dgn menbawa isteri & 4 org anaknya, anak yg sulung form5 & tnggal dgn opahnya di Kuala Kangsar, abg xsempat utk snggah ambil dia.
Hang Kena kuat Dik
Hari ketiga khamis 25.6.2020 mak semakin pulih, ubat semua mak makan dgn baik, mak ceria sbab plan awal doktor janji harini mak dah boleh keluar ward tapi ptg doktor check semula jantung mak bacaan kembali x normal, doktor ckp saluran jantung mak ada sedikit tersumbat, doktor xbenarkan mak balik sbab nk pantau lg.
Hari keempat jumaat 26.6.2020 lebih kurang jam 5.30 ptg mak xda dalam tidur, kami anak beranak hnya tnggalkan mak sekejap, sampai jiran katil sebelah & depan mak pun xsedar mak hembuskan nafas terakhir waktu mana. Mmg dh tertulis mak nak pergi tanpa kami anak beranak disisi. Aku sangat lemah, jantung aku berdegup kencang, nafas aku bagaikan tersekat, aku terpaksa diberi bantuan oksigen oleh nurse. Masa ni abglah org yg paling tenang, dia dtg dekat aku, dia tepuk² blkg aku & ckp kt aku hang kena kuat dik, jang lemah, kuat! kuat! Xsangka kata² itu petanda yang dia akan memberikan tanggungjawab besar kt aku.
Tak tidur berjaga malam
Mak pergi di hari jumaat yg penuh keberkatan, dlm keadaan yg kami langsung xjangka, mak sangat ceria haritu, seperti xda apa yg berlaku. Jenazah mak jangka dpt dikebumikan hari itu juga selepas solat isya. Tapi apakan daya kita merancang Allah yang menentukan, jenazah mak xdpt disimpan mlmtu oleh sebab hujan.
Jenazah mak dibawa pulang ke rumah diiringi hujan renyai sepanjang jalan, mlmtu rasa sangat tenang. Kami sekeluarga xdpt tidur mlmtu, smuanya silih berganti membacakan surah yaasin utk mak.
kak sempat mencium mak buat kali terakhir.
Sabtu 27.6.2020 awal² pg lagi mak dimandikan. Kami anak beranak bersama memandikan mak buat kali terakhir. Abg sulung kami dialah org yg paling kuat menguruskan jenazah mak. Masa ni ada lg seorg anak mak yg belum sampai yg bertolak balik dari kuantan. Mak dikafankan dgn cermat, selesai kafankan mak kami anak beranak mencium dahi & pipi mak buat kali terakhir, dah selesai semua muka mak nak ditutup, time ni Alhamdulillah kak yg dari pahang tu sampai, kak sempat mencium mak buat kali terakhir.
Kakak rebah, dia menangis sekuatnya, manakan tidak last dia jumpa mak setahun yang lalu, suasana hiba kembali memenuhi ruang rumah, kak terpaksa dipapah masuk ke bilik sbab masa ni dah nk solatkan mak, jenazah mak perlu disegerakan, sampaikan saat ini abg sulung kami masih xda apa² tanda, dia terus menjadi tonggak kami dlm menguruskan jenazah mak.
Mak disolatkan dirumah dalam jam 10.30pg cmtu. Selesai solat mak terus dibawa ke tanah perkuburan utk dikebumikan diiringi cuaca yg sangat baik, redup ja. Abg kami (berbaju melayu biru dalam gambar) dia org pertama yang turun ke liang lahad. Jam 11.15pg jenazah mak selesai dikebumikan, Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya.
Abang mengadu kelabu mata & pedih dada
Semua org beransur pulang, aku & abg antara org terakhir yg bergerak keluar dari tanah perkuburan. Saudara mara semuanya beransur pulang ke rumah, hnya beberapa org yg masih ada.
Jam 11.30pg abg yg berehat utk redakan letih tetiba mengadu kelabu mata & pedih dada, abg tetiba rebah & separuh sedar. Kami adik beradik yg masing² berehat utk redakan letih tetiba didatangi suasana kecoh. Kami cuba bagi bantuan awal kt abg, urut² seluruh badannya, sapu badan dgn kain basah. Masa ni badan abg sangat sejuk seperti direndam ais batu, kebetulan ada seorg sudara mara anggota RELA yg ada sedikit asas, dialah yg bantu sementara menunggu ambulans sampai. Abg mmg dah ada penyakit kencing manis & kolestrol tinggi
Jam 12.00 tghhari Ambulans sampai, abg terus dibawa ke HTF kangar diiringi isterinya. Masa ni abg masih separuh sedar. Kami dirumah semuanya dah gelisah, apa lagi dugaan yang akan datang. 10 minit dalam perjalanan ke hospital abg dah mula xsedarkan diri. Bantuan oksigen terus diberikan dalam ambulans.
Jam 12.30 ambulans sampai ke hospital, abg terus dibawa masuk ke REDZONE, doktor sedaya upaya utk kembalikan degupan jantung abg, 30 minit berlalu jam 1tghhari abg disahkan meninggal dunia.
ALLAHUAKHBAR! Keluarga kami diuji sekali lagi
ALLAHUAKHBAR! Keluarga kami diuji sekali lagi, terasa bagaikan tidak percaya, abg pergi buat selamanya meninggalkan alam dunia mengikut emak hanya selepas sejam selesai kebumikan mak, dunia bagaikan gelap seketika, saudara mara yang tadinya masing² dah sampai rumah dikejutkan dgn satu lg berita kematian. Abg pergi dengan begitu pantas, air mata mengalir kembali membashi pipi, anak² abg yg masih kecil menangis sekuatnya, suasana hiba kembali memenuhi ruangan rumah…
Jenazah abg diuruskan terus di hospital, jam 5.30ptg jenazah abg tiba di rumah & disolatkan. Kami adik beradik & anak beranaknya mencium dahi abg, dahi ayah mereka buat kali terakhir muka abg nampak tersenyum ja, sangat bersih, masa cium pipi tu muka abg rasa sangat sejuk, sejuk seperti diletakkan ais, xtahu dari mana datangnya sejuk itu.
Anak cium dahi ayah buat kali terakhir
Tepat jam 5.50 ptg anak abg yg sulung selamat tiba & sempat mencium dahi ayahnya buat kali terakhir. Suasana hiba kembali memenuhi ruangan rumah, manakan tidak kali terakhir anak sulungnya berjumpa ayahnya masa hari rasa puasa tempoh hari.
Tepat jam 6ptg jenazah abg disolatkan & dibawa ke tanah perkuburan. Kami sekeluarga lagi sekali kembali ke sana utk menguruskan jenazah abg. Aku yg tadi kuat menguruskan jenazah mak sudah tiada daya, kaki aku lemah melangkah, aku hanya mampu duduk melihat saudara lain kebumikan abg.
Abang, kami adik beradik sangat sayangkan abg, abg adalah abg terbaik yg kami pernah ada, abg xpernah tinggi suara dgn kami, xpernah memarahi kami teruk² & sangat hormati mak ayah. Kawan² yg rapat dgn arwah abg tau cmna sifat abg yg sangat disenangi rakan taulan.
Mak, kami anak beranak sangat sayangkan mak, mak adalah ibu terbaik yang kami pernah ada. Mak membesarkan kami dengan penuh kasih sayang, mak bekerja keras tulang 4 kerat dalam bembesarkan kami 6 beradik tanpa pernah mengeluh, halalkan makan minum kami, halalkan susu yang mak pernah berikan pada kami, Amin Amin ya Rabbal Alamin…
Kisah yang menjadi sejarah buat keluarga kami
Kisah yang menjadi bualan buat kampung kami kerana belum ada kisah kematian yang sebegini rupa di kampung kami. Allahurabbi…
Masa awal PKP dulu aku beriya² sangat utk beli cangkul, xsangka cangkul yg aku beli & simpan tu buat ptama kalinya digunakan utk kebumikan mak & abg
Allah xkan menguji hambaNya diluar kemampuannya. Tamparan besar buat aku, dalam sekelip mata kehilangan dua insan tersayang dengan cerita yang berbeza dalam tempoh waktu yang sama. Kami 6 beradik hanya aku & abg aku shj lelaki. Kini aku terpaksa menggalas tugas sebagai waris buat keluargaku, tugas yang berat utk aku galas…
Yaaaa semua org akan merasakan kehilangan, tapi org yang tidak pernah melaluinya xkan dpt mendalamai apa yg kita rasakan, peritnya kesakitan yang kita lalui, kesakitan rindu yang tiada berpenghujung, rindu pada org yang sudah tiada…
Kini hanya doa & sedekah yang dapat aku kirimkan….
Semoga tenang disana Ibu & Abgku…
ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKHBAR! ALLAHUAKHBAR!
Al-Fatihah
Coretan diari keluarga kami Saidin Awang
28.6.2020 | 10.30pm – 12.30am
Sumber gambar: Sinar Harian
“5 Tahun Dulu, Pandu Sendiri Kereta Ke Dewan Nikah.” Alif Satar Throwback Gambar Nikah Sempena Ulang Tahun Ke-5

Pelakon dan hos yang satu ini sememangnya cukup terkenal bukan sahaja sebagai selebriti malah seorang suami serta ayah yang bertanggung jawab. Biarpun sebelum ini pernah mengakui bukan jenis romantik, namun perasaan kasih dan sayangnya terhadap isteri sering diluahkan baik melalui perbuatan mahupun ucapan.
aSisi suami dan ayah peyayang ini dizahirkan baik melalui perbuatan mahupun ucapannya. Sememangnya lelaki bernama Alif Satar ini seorang yang family man orangnya.
Akui empunya diri yang merupakan penyanyi dan pelakon ini, dia tidak pandai nak taip ucapan yang manis, namun ucapan ringkas buat isterinya jelas menunjukkan Alif Satar sememangnya suami yang romantik.
Terbaru, Alif Satar telah memuat naik sekeping gambar throwback bersama isterinya. Melalui akaun Istagram milikya, Alif Satar memuat naik gambar mereka mengenakan pakaian pengantin dan berada di dalam sebuah kereta. Rupa-rupanya, hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima!
“5 years ago.. Drove myself to the dewan nikah alone, but drove back with my wife by my side! Alhamdulillah.. we turned 5.” Tulisnya
Sementara itu, isteri Alif Satar iaitu Shadila Halid turut berkongsi momen yang sama. Menurutnya, kunjungan mereka kali ini lebih bermakna kerana disertai oleh anak-anak, Alisha Anugerah dan Ariana Mecca.
View this post on InstagramA post shared by Shadila Halid (@shadilahalid) on
Usia perkahwinan pasangan ini sudah memasuki tahun ke 5. Lebih istimewanya mereka kini sedang menantikan kelahiran anak ketiga tidak lama lagi.
Dikatakan, anak-anak mereka sangat teruja memantikan kelahiran adik baru mereka dan menggelarnya dengan panggilan “baby brother”.
Sumber: ig Sumber: Alif Satar, Shadila Halid.
Jangan Jadi ‘Husna’, Cepat-Cepat Istighfar & Taubat Jika Terpaut Hati Pada Suami Orang, Tulisan Padu Wanita Ni Wajib Baca!

Perampas suami orang dalam kehidupan kita memang wujud. Jangan kata dalam drama sahaja, realitinya banyak kes yang semacam ni bertebaran di sekeliling kita.
Suami atau perampas, sama-sama bersalah dalam hal ini. Drama Jangan Benci Cintaku yang bersiaran setiap petang ternyata amat menyentuh naluri seorang isteri.
Watak ‘ Husna’ dipersalahkan bulat-bulat. Tulisan wanita ni, Nieza Termizi, memang padu. Banyak benarnya. Bagi yang dah mula terjatuh hati pada suami orang sila baca ni. Cepat-cepat sedar diri.
Sejak tak ada TV hampir 4 tahun lepas, saya dah jarang layan drama. Kadang-kadang mengganggu emosi sampai boleh masuk ke dunia sebenar kita.
Minggu lepas bersepah cerita pasal ‘Husna’ si perampas suami orang di medsoc. Saya pun buat sedikit homework. Cerita apa ni? Haha..
Kawan-kawan,
Memang wujud ‘Husna’ di dunia sebenar.
Jangan terkejut kalau ada ‘Husna’ yang kata,
“Allah yang datangkan perasaan sayang aku ni pada suami orang. Perasaan ni wujud sebab Allah yang bagi”
Astaghfirullah..jika begini alasan, saya yang bukan ustazah ni menyangkal sungguh-sungguh. Mengapa sandarkan perasaan yang wujud untuk suami orang itu dari Allah SWT? Bukan dari hawa nafsu sendiri atau dari hasutan syaitan kah?
Ya..memang Allah yang wujudkan perasaan cinta. Tetapi bukan semua yang kita perlu ‘layan’ itu benar. Ada yang datang dalam bentuk ujian. Apabila rasa yg datang itu salah secara fitrah, maka ia pasti akan ditambh hasutan iblis. Kalau kita tahu mana yang betul mana yang salah, kita tak akan ikut sewenang-wenangnya “rasa hati” yg sudah ditambah rencah oleh iblis laknatullah.
Allah izinkan semua perkara yang berlaku atas muka bumi ini. Yang baik dan yang buruk. Tapi setiap satunya adalah pilihan kita. Nak ikut nafsu atau nak ikut iman.
Jika benar, semua perkara maksiat akan disandarkan pada takdir Allah. Sama seperti golongan LGBT atau suka kaum sejenis.
“Allah yang wujudkan perasaan ni pada kami. Semua berlaku sebab Allah yang bagi”
Begitukah?
Sedangkan Allah dah bagi garis panduan. Yang halal tu jelas. Yang haram itu juga jelas.
Saya pernah dengar ceramah ustaz ketika saya di zaman remaja dulu. Ketika itu kita semua dibayangi indahnya cinta monyet. Masih segar di ingatan saya sampai sekarang. Ustaz kata,
“Perasaan cinta dan sayang kamu pada girlfriend/boyfriend itu semua HARAM. Zina bukan hanya pada mata, tangan, mulut dan kaki. Tapi zina juga wujud dalam hati. Rasa cinta dan sayang yang halal hanya wujud selepas kamu sah menjadi pasangan suami isteri”
‘Husna’ tidak dapat lepaskan perasaan itu bukanlah kerana Allah yang bagi perasaan itu kekal dalam hatinya, tapi kerana tidak mahu mengakui perasaan yang wujud itu HARAM. Terus-menerus menurut hawa nafsu dan ikut perasaan.
Mintalah pertolongan Allah dalam urusan hati. Cepat-cepat istighfar dan taubat jika benar hati telah terpikat pada suami orang. Fitnahnya jauh lebih besar dan dasyat jika diteruskan. Lari jauh-jauh. Kalau boleh, sejauh kutub utara dan kutub selatan. Sejauh langit dan bumi.
Pesanan buat ‘suami orang’
Jangan mudah memaniskan bicara pada wanita bukan mahram mu. Kadangkala kita cuma mahu mengusik, mahu berbual, mahu kenal-kenal. Tak sedar, ada hati yang rasa diperlukan. Ada diri yang rasa diberi perhatian. Ada pula yang sedang memintal harapan dan menaruh impian.
Demi Allah, saya tidak menolak poligami.
Namun, periksa semula bagaimana cara yang sebetulnya mengikut sunnah nabi. Adakah dengan berhubungan di belakang isteri?Adakah betul dengan bermesej atau berdating secara sembunyi-sembunyi? Bila bertemu berdua maka adalah yang ‘ketiga’.
Berbincang dengan isteri. Adakah menjadi keperluan untuk berpoligami? Emosi isteri bagaimana? Kemampuan pula sudah diperiksa? Masa depan dan perasaan anak-anak sudah diambil kira?
Fuhh…membebel panjang pula saya pasal kisah ini. Harapnya tersampaikan apa yang terbuku di hati.
InshaAllah Husna Husna yang wujud dalam dunia saya semuanya baik-baik. Seperti maksud namanya juga
Heh!
Heh!
Kredit: Nieza Termizi