Aksi Spontan, Remeh Tapi Bawa Bahagia, Suami Isteri Jangan Lupa Buat Ni, Memang Sweet!

Share

Rumah tangga kalau tak bergurau senda pasti rasa tak indah. Cuti mencuit, usik mengusik setiap hari pun dah terasa bahagia. Jika setiap hari berkomunikasi secara serius sahaja pasti terasa boring, malah kalau tak dibendung buat makin stress.

Tak perlu serius sangat. Kalau suami serius memanjang, bawa-bawalah bergurau lebih sikit. Ni bukan hal remeh tapi perkara yang membahagiakan suami isteri. Tak percaya sila cuba 7 perkara ni. Barulah rumah tangga makin bahagia. Tak rugipun kalau nak gurau- gurau manja. Tak gitu?

Beberapa perkara di bawah ini dianggap sebagai romantik spontan dan boleh dijadikan panduan bagi pasangan yang mahu terus hidup bahagia bersama pasangan.

1. Aksi cuit mencuit
Bagi membangkitkan keghairahan dalam hubungan intim, baik suami atau isteri tidak boleh terlalu serius, sebaliknya perlulah ada aksi cuit mencuit yang boleh mewujudkan rasa lucu dalam hubungan. Tidak salah sesekali cuit pinggang, punggung ataupun pipi pasangan. Ketika menonton televisyen ataupun pasangan sedang memasak, belajarlah cuit mencuit. Rugi tak buat.

2. Whatapps nakal
Kalau rasa boring tu bawa-bawalah sakat menyakat suami atau isteri di whatapps. Boleh juga tag suami di media sosial jika terjumpa gambar atau kata-kata yang spontan. Pastikan ianya kelakar. Usik sekejap pasti pasangan suka. Relaks-relaks je.

3. Kenyit mata
Boleh juga buat aksi spontan seperti mengenyit mata pada pasangan. Ketika hantar pasangan ke pejabat, sebelum berlalu apa kata kenyit mata padanya sambil melemparkan senyuman manis. Suami atau isteri pasti tersenyum gembira. Siap terkenang-kenang lagi sampai petang. Kan best tu?

4. Pegang tangan sekali sekala
Tunjukkan aksi romantik spontan dengan memegang tangannya setiap kali keluar bersama. Pegangan dan sentuhan ini menunjukkan rasa kasih sayang paling ikhlas buat pasangan kita. Misalnya ketika melintas jalan, tak payah fikir-fikir, aksi spontan sahaja terus pegang tangannya. Ketika sedang menonton atau minum petang bersama pun boleh cuba trik yang sama.

5. Sesekali berbisik di telinga
Perkara yang jarang kita buat, kalau sekali kita cuba pasti kesannya mendalam. Apa kata sesekali anda cuba berbisik di telinganya dengan hembusan nafas yang lembut. Tak pernah cuba, sekali cuba mesti lain macam rasanya. Ungkapkan kata-kata manis dan manja di telinga dan pasti buat pasangan terasa geli. Silap-silap boleh teruskan berhubungan intim. Tak gitu? Tak perlu fikir-fikir, spontan saja.

6. Memeluk pinggang dari belakang


Aksi ni mungkin nampak biasa bagi kebanyakkan dari kita. Percayalah jika tiba-tiba pasangan memeluk dari belakang, kesannya cukup rasa bahagia. Ada rasa damai dan tenang di situ. Ketika pasangan memasak, mencari barang, leka dengan laptop dan sebagainya, aksi ini sangat disyorkan. Spontan bawa bahagia.

7. Suap makanan di mulut
Apa kata ketika sedang menikmati hidangan, anda secara spontan menyuap hidangan ke mulutnya. Walaupun nampak seperti kebudak-budakan tetapi jika dilakukan pasti membuatkan pasangan anda terharu. Sweet! Lebih seronok lagi jika dilakukan di tempat terbuka. Pasangan pasti tak pernah sangka. Rasa bahagia!