Baru sahaja melahirkan anak keduanya lima bulan yang lalu, aksi berani dan lasak penyanyi Ayda Jebat menerusi persembahan untuk sebuah program nyanyian menarik perhatian ramai.
Tambah membuatkan wargamaya risau bila mana Ayda melahirkan cahaya mata keduanya itu menerusi kaedah pembedahan.
Malah ada wargamaya yang menganggap aksi stunt yang dilakukan Ayda agak berbahaya buat wanita yang baru sahaja melahirkan secara pembedahan atau caesarean.
“Dah la baru 5 bulan beranak czer ni. Harap-harap tak terceduk macam nila malam ni. Bismillah. Doakan tau,” tulis Ayda menerusi satu entri kapsyennya baru-baru ini.
Enggan membuatkan wargamaya terus bimbang dan begitu prihatin dengan dirinya, Ayda terlebih dahulu mendapatkan pandangan dan nasihat dari doktornya.
Ads
“Doktor sudah beritahu senaman apa yang perlu dibuat sebelum saya buat stunt tu.
“Kadang-kadang adalah rasa sakit di bahagian perut, kalau nak ikutkan yang paling hardest persembahan saya untuk minggu kedua ni, ketika saya nak masuk ke pentas dan diangkat oleh gorilla tu.
Ads
“Adalah saya nak buat tapi tak boleh kerana ada batasannya dan saya juga baru lepas czer kan, belum baik sepenuhnya.
“Apa-apa pun saya dah dapatkan nasihat daripada doktor,” katanya berkongsi.
Bercerita tentang pengalaman menjadi seorang ibu dalam menjaga anak-anak memang bermacam-macam kisahnya. Ada saat membahagiakan, berdepan dengan waktu cemas, rasa gembira, suka, duka dan pelbagai emosi lainnya.
Apa yang pasti, semua yang dilalui sepanjang membesarkan anak-anak ini secara tidak langsung telah mematangkan diri kita untuk menjadi seorang ibu yang terbaik untuk anak-anak kita.
Ini sebagaimana mana yang ingin dikongsikan oleh Puan Niena Samsir tentang apa yang pernah dilaluinya pada April tahun lalu. Ibu muda ini juga turun memberikan beberapa pesanan kepada ibu-ibu di luar sana yang mempunyai anak kecil agar jangan beri anak makan pisang terlalu banyak dan kalau anak tak kencing lebih 4 jam, disarankan terus ke hospital.
Nak tahu kenapa ibu ini berpesan demikian, ayuh baca artikel penuh ini semoga bermanfaat untuk semua.
Scroll album, terjumpa gambar Haziq masa warded di Hospital Sultanah Aminah di Johor Bharu.
Waktu tu, kami sebenarnya nak pergi bercuti ke JB. Dalam perjalanan ke sana, Haziq moody. Makan tak nak, minum pun kena paksa. Tapi kami anggap mungkin sebab dia demam.
Sampai hotel nak check in, Haziq menangis non stop. Serba tak kena. Masuk tandas, tengok diaper kering. (Aik, takkan tak kencing langsung. Pelik ni.)
Haziq mula nangis sekuat hati, tak ada kompromi dah. Dia cakap sakit kat perut. Tekan perut da keras, pundi da keras. Tak sempat check in, kami pi klinik. Hari Ahad, klinik banyak tutup. Syukur jumpa satu klinik yang buka.
Doctor check, doctor minta terus ke Hospital, bahagian kecemasan. Kami blur. Doctor explain, Haziq tak kencing dah lebih 4 jam. Sangat bahaya untuk kanak-kanak. Boleh akibatkan pundi kencing pecah! (Masa ni, Allah je tahu apa perasaan kami).
Hujan lebat, kami redah cari hospital berhampiran. Terus berlari bawak Haziq ke bahagian kecemasan. Bila doctor panggil dan check Haziq, doctor terus refer ke bahagian red zone! (Ummi da nak nangis masa ni .
Datang doctor pakar, minta Haziq buat xray. Saluran air kencing da penuh dan terlalu sendat. Usus Haziq dah membengkak, kalau lambat keluarkan air kencing, boleh effect buah pinggang Haziq! Allahuakbar, ummi rasa nak pengsan. Kaki dah tak kuat, seram sejuk badan, dukung Haziq. Ayah Haziq kat luar menunggu.
Doctor ambil darah Haziq, Haziq pun meraung kesakitan. Ummi mampu peluk dan pujuk Haziq je. Paling gerun, bila doctor nak masukkan tiub untuk keluarkan air kencing Haziq. Risiko? Ya, ada risiko nya. Tapi, tu je cara yang ada.
Dua kali Doctor cuba, tak juga boleh. Haziq da pucat kesakitan menangis. Merayu kat ummi, nak balik. Ummi mampu peluk je Haziq, ummi tak kuat nak pandang mata Haziq waktu ni. Apa yang silap, kenapa Haziq tak boleh kencing macam biasa.
Doctor kata, kena buat operation jugak! OT room doctor dah booked. Tunggu doctor pakar datang. Ya allah, ummi rasa nak pitam. Takkan sampai kena operate!!!
Haziq kena naik ke ward sementara, tunggu Doctor pakar datang. Ada sesi interview. Nurse tanya bila last Haziq buang air besar, apa menu Haziq makan dan minum, berapa kali kekerapan yang biasanya Haziq buang air besar dan kecik.
Habis tu, Doctor pakar datang. Tengok result darah dan xray Haziq. Doctor minta izin cuba masukkan sekali lagi tiub untuk keluarkan air kencing Haziq. Ummi dengan berat hati, terpaksa akur. Ayah Haziq pun ada sekali, sama-sama risau tengok anak yang dalam kesakitan.
Tiub yang ada besar, doctor explain apa risikonya. Kalau silap cara, boleh akibatkan luka dan maybe boleh akibatkan kemandulan pada Haziq. Ya allah, berita apa lagi ni. Kami tak ada pilihan. Kami serahkan pada doctor pakar buat keputusan. Selebihnya, kami mampu berdoa saja pada Allah untuk Haziq.
Alhamdulillah, doctor berjaya keluarkan air kencing Haziq. Kemudian, doctor masukkan ubat untuk pelembut najis. Haziq tak membuang baru 1 hari, tapi kami tak sangka hasilnya sampai buat dia sakit macam tu. Selalunya dia akan membuang setiap hari sekali sekurang-kurangnya.
Bila borak dengan doctor, doctor syak Haziq jadi macam tu sebab ‘pisang’. Yea, pisang! Doctor explain gambar xray usus dan pundi Haziq. Usus penuh dan padat langsung tak ada ruang. Najis terlalu banyak, kalau tak keluarkan, usus boleh pecah.
Dan, paling buat kami terkejut, doctor kata pisang adalah salah satu punca kanak-kanak sembelit teruk. Bukan Haziq sorang, tapi dah banyak kes jadi macam tu sebab makan pisang.
Haziq suka pisang. Kebetulan memang seminggu tu dia kerap makan pisang. Menu yang lain semua sama je. Air masak dia minum jugak, tapi tak cukup doctor kata. Kalau makan pisang, kena lebihkan ambil air kosong daripada biasa.
Pisang akan buat najis jadi banyak, dan usus akan jadi sendat, padat. Maafkan ummi sayang. Ummi ingatkan pisang ni melawaskan, tapi sebaliknya.
Sejak dari kes tu, kami kawal Haziq. Kalau makan pisang, cukup sebiji je. Lepastu, memang kami akan bagi dia air kosong banyak-banyak.
Ni lah kisah yang kami takkan lupakan. Hanya kerana pisang, Haziq nyaris kena operate. Sejak Haziq hadir dalam hidup kami, slowly banyak perkara yang kami tak pernah tahu, jadi tahu. Benda yang kami tak pernah kisah, sekarang jadi keutamaan kami.
Betul kata orang, bila kau dah ada anak, hidup kau akan berubah 360°!! Tu la kisah Haziq, Ummi ter throw back malam ni. Hehe, ada ke ni yang baca?
Ingat ya, siapa ada anak kecik. Jangan bagi anak makan pisang banyak sangat. Kalau anak tak kencing lebih 4 jam, terus ke Hospital tau. Jangan pergi Klinik.
Banyak lagi kisah Haziq ni. Nanti ada masa kita sembang lagi. Sampaikan pada kawan-kawan yang ada anak kecik tau. Pantau diaper anak selalu.
Pempengaruh cilik, Fatimah ‘The Family UK’ yang cukup dikenali dengan kepetahannya berdialek Kelantan dikhabarkan semakin lemah selepas prosedur pembedahan biopsi dilakukan pada minggu lepas.
Menurut perkongsian di Instagram keluarga ini, Fatimah yang dikhabarkan tidak sihat dan berulang alik ke hospital sejak Mac lalu mengalami pendarahan sejak lapan hari lalu malah sehingga kini masih tidak berhenti.
“Bismillahirrahmanirrahim. Pada hari Jumaat yang mulia ini, kami sekeluarga dengan penuh rendah diri dan pengharapan, ingin memohon jasa baik anda semua agar sudi mendoakan Shifa’ dan Aafiyah kepada anak kesayangan kami, Fatimah binti Omar Mukhlis yang kini masih lagi berada di hospital.
“Fatimah mengalami pendarahan selepas prosedur pembedahan biopsi pada minggu lepas.
“Hari ini sudah masuk hari ke-8 Fatimah mengalami pendarahan dan masih lagi belum berhenti. Keadaan Fatimah semakin lemah semenjak dua hari lepas,” kongsinya menerusi kapsyen.
Ibu dan ayahnya serta seluruh keluarga turut memohon doa dari semua agar keadaan Fatimah semakin bertambah baik dan stabil.
“Pohon jasa baik anda semua untuk membuat doa khusus agar pendarahan berhenti dengan segera. Semoga berkat doa ramai, Allah kurniakan keajaiban buat Fatimah.
“Terima kasih pada semua yang tak putus-putus bertanya khabar, mendoakan dan juga menitipkan kata-kata semangat buat Fatimah dan kami sekeluarga.
“Semoga segala jasa baik anda semua dikurniakan ganjaran berlipat kali ganda oleh Allah SWT,” kongsinya lagi.
Terdahulu, beberapa hari lalu Fatimah dikhabarkan tidak sihat bahkan sering berulang alik ke hospital untuk menerima rawatan sejak Mac lalu.
Hal penjagaan kesihatan dan kecantikan wanita secara tradisionalnya memang pelbagai dan lazim didengar dan diamalkan di kalangan kita hingga hari ini. Selain petua ini mudah untuk dipraktikkan, tidak dinafikan kos penyediaan bahannya juga cukup murah dan berbaloi dengan kesan atau manfaat yang dirasai oleh si pengamal tersebut.
Sebagaimana maklum, penggunaan bahan-bahan makanan seperti halia, kunyit, halba, madu dan sebagainya itu menjadi antara ramuan popular yang sering digunakan di dalam penjagaan kecantikan dan kesihatan. Bertepatan dengan khasiat yang luar biasa daripada makanan-makanan tersebut memberikan tindak balas positif pada tubuh sama ada bab kesihatan mahu pun kecantikan.
Diakui dengan mengamalkan petua-petua ini ada kebaikannya jika serasi. Ini sebagaimana yang diamalkan oleh Kak Esah Lah untuk penjagaan kecantikan dalaman dan luarannya iaitu dengan minum air herba buatannya sendiri.
Menurutnya, “ Nak cantik, nak sihat dalaman tak perlu belanja mahal-mahal. Yang penting kena rajin. Ni la yang Kak Esah dok amal tiap kali lepas period untuk pulihkan kembali sistem-sistem dalaman kita orang perempuan ni. Tak susah pun, guna ja apa yang ada kat dapur tu.
“Halia,kunyit,halba,asam keping n madu ja. Kalau ada manjakani boleh masuk sekali..Ni Kak Esah tak masuk sebab stok manjakani kat umah dah habis. Masuk air penuh periuk,rebus sampai tinggal setengah.
“Simpan dalam peti ais amal minum tiap-tiap malam sampai habis. Perut pun boleh kempis!”
Bahan-bahan:
Halia
Kunyit
Halba
Asam keping
Madu
Cara buat :
Masukkan air seperiuk, dan rebus sehingga menjadi setengah periuk.
Sedia untuk diminum setelah suam.
Selebihnya simpan di dalam peti sejuk. Minum setiap hari sehingga habis.
Sumber : Kak Esah Lah Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sangka anak Demam, selesema biasa, ibu terkejut anak hidap penyakit sinus kronik. Mulanya seorang ibu menyangka anaknya mengalami demam dan selesema biasa. Namun sangkaan itu meleset.