Rezeki tidak pernah salah alamat, selagi kita berusaha tentu ada habuannya. Begitulah yang dibuktikan oleh wanita berbangsa India ini yang dikenali sebagai Sangeetha atau lebih mesra disapa ‘Akka Nasi Lemak’.
Wanita hebat ini juga lah yang menjadi tulang belakang keluarga selepas suaminya tidak boleh berjalan akibat kemalangan. Tanggungjawab yang digalas oleh ibu kepada dua anak ini sekali gus pencari nafkah tunggal keluarga bukanlah kerja mudah.
Meskipun telah berniaga nasi lemak 12 tahun lalu, pun begitu perniagaannya yang diusahakan biasa-biasa sahaja. Namun baru-baru ini, siapa sangka dengan kuasa viral perniagaannya mencipta fenomena hebat.
Pelanggan yang datang tidak seperti biasa malah meningkat berganda-ganda hingga menyebabkan setiap pembeli sanggup beratur panjang hingga berjam-jam demi mendapatkan nasi lemak yang dijual.
Difahamkan setelah perniagaannya viral, Sangeetha telah meningkatkan kuantiti nasi yang dimasak hingga 70kg beras untuk menyediakan nasi lemak biasa dan nasi lemak pandan. Pun begitu, masih tidak mencukupi bila mana permintaan pelanggan terus menerus meningkat hingga membuatkan dia tidak menang tangan.
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
Harga Murah & Rasa Sedap
Mencungkil rahsia jualan nasi lemak Akka ini mendapat tempat dihati pelanggan selain kerana penangan viral, rasa masakan dari air tangannya juga mendapat pujian pelanggan. Bukan sahaja sedap bahkan dijual dengan pilihan lauk pauk yang pelbagai. Antaranya ayam masak kicap, ayam masak merah, rendang ayam, sambal udang, sambal sotong, dan sambal kerang. Soal harga rata-rata pelanggan berpuas hati dan difahamkan untuk harga nasi lemak biasa dijual RM3.
Oleh itu, menurut perkongsian dibuat menerusi TikTok pengguna bernama @meerasha2 mengenai pengalamannya menunggu lebih 11 jam untuk menikmati nasi lemak di gerai itu, manakala seorang lagi pengguna, @haxrexnaxxiax_08 mengatakan, dia beratur tujuh jam untuk membeli nasi lemak popular berkenaan.
@meerasha2 finally gt our nasi lemak after waiting almost 7 hours☺️… #akkakadainasilemak #akkanasilemakserikembangan #nasilemakviral #nasilemakserikembangan #akkanasilemakserikembangan @Akka Nasi Lemak Seri Kembangan @Black Mafia ♥️🔥 ♬ The Monster (KGF) – Rosh Blazze
@haxrexnaxxiax_08 : Finally , After 7 Hours 🫠 . #akkanasilemak #serikembangan ♬ original sound – : HaareeNambiar 💯🔥 .
Bagi mereka yang berminat mencuba nasi lemak Sangeetha, boleh ke gerainya di hadapan Hong Leong Bank di Jalan PUJ3/2 di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, dengan waktu operasi dari jam 6 pagi hingga 12 tengah hari.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club